Persatuan Pelajar Pergigian Antarabangsa
![]() | |
![]() International Association of Dental Students | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | IADS |
Cogan kata | Together is better! |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) |
Tujuan | Menghubungkan para pelajar pergigian di seluruh dunia |
Keanggotaan | 70 buah negara |
Bahasa rasmi | bahasa Inggeris |
Tapak web | http://iads-web.org |
Sejarah | |
Dibentuk | September 1951 |
Pengurusan | |
Presiden | Sina Saygili ![]() |
Organisasi induk | FDI - Persekutuan Pergigian Dunia |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Geneva, ![]() |
Kawasan perkhidmatan | Dunia |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Persatuan Pelajar Pergigian Antarabangsa (Inggeris: International Association of Dental Students - IADS) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili para pelajar pergigian daripada 70 buah negara di seluruh dunia. Ia ditubuhkan pada September 1951, semasa Perhimpunan IADS yang pertama di Copenhagen, Denmark.[1][2]
Objektif mesyuarat IADS
[sunting | sunting sumber]Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menjemput ahli IADS, perwakilan dan wakil-wakil rakan IADS dan sesiapa yang berminat untuk saling menukar idea dan pendapat antara satu sama lain, berbincang dan bekerjasama dalam perkara berkaitan dengan persatuan ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dibincangkan semasa mesyuarat: Perhimpunan Agung, Mesyuarat Jawatankuasa, program-program saintifik, bengkel kerja, aktiviti-aktiviti sosial dan pelbagainya.
Berapa lama untuk persatuan ini mengadakan mesyuarat
[sunting | sunting sumber]IADS mempunyai tradisi untuk menganjurkan mesyuarat dua kali setahun. Kongres Pergigian Dunia Tahunan Pelajar merupakan acara terbesar setiap tahun, biasanya ia berlaku pada akhir musim panas, di mana Perhimpunan Agung dianjurkan dan pilihan raya tahunan berlaku; Mesyuarat Pertengahan Tahun, yang biasanya berlaku pada akhir musim sejuk atau awal musim bunga, merupakan mesyuarat pertengahan antara dua Kongres untuk menilai dan mengoptimumkan kerja IADS.