Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia
Kerangka
KependekanPFAM
Cogan kata"Supporting the Players, Building the Game" ("Menyokong Pemain, Membangunkan Temasya")
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
Tapak webpfam.my
Sejarah
Dibentuk2009
Pengurusan
PresidenRezal Zambery Yahya
Naib PresidenHairuddin Omar
CEOIzham Ismail
GabunganPersatuan Bola Sepak Malaysia
FIFPro
Lokasi
Ibu pejabatSubang Jaya
Lokasi
Kawasan perkhidmatanMalaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (Inggeris: Professional Footballers Association of Malaysia; singkatan: PFAM) ialah pertubuhan perwakilan untuk pemain bola sepak profesional di Malaysia, ditubuhkan pada tahun 2009.[1] Ia bergabung dengan organisasi pemain bola sepak profesional seluruh dunia, FIFPro, sejak 22 Oktober 2013.[2] Ia telah didaftarkan dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 4 Ogos 2014.[3]

PFAM tidak aktif selama beberapa tahun sehingga ia diaktifkan semula pada tahun 2013, dengan Hairuddin Omar dipilih sebagai presiden persatuan.[4]

PFAM ialah pemangkin bagi kebajikan pemain bola sepak di Malaysia, sama ada yang masih aktif atau bersara.[5] PFAM juga bertanggungjawab untuk anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM, diberikan kepada pemain terbaik di Malaysia setiap bulan.

Objektif[sunting | sunting sumber]

PFAM berusaha dalam kecemerlangan kebajikan keseluruhan komuniti pemain bola sepak profesional dalam pembangunan kebajikan, pembangunan, perwakilan dan bantuan tawar-menawar kolektif, nasihat, dan bantuan undang-undang untuk Anggota-anggotanya. Mereka juga memberi tumpuan kepada komunikasi antara hubungan yang secara semulajadi wujud dan akan wujud di antara ahli-ahli, FAM, kelab, persatuan bola sepak negeri, atau mana-mana badan lain yang bertanggungjawab atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan pentadbiran atau peraturan bola sepak di Malaysia, termasuk nasihat mengenai kontrak penajaan.

Sebagai badan utama bantuan dan penasihat, PFAM juga menggalakkan pembangunan bola sepak di Malaysia, termasuk pemangkin untuk mendorong bola sepak sebagai kerjaya yang stabil, selamat, dan berfaedah untuk anak-anak muda. PFAM, sebagai penganjur, juga akan melaksanakan projek-projek di Malaysia dan di peringkat antarabangsa untuk memajukan kepentingan ahli-ahlinya.

Anugerah PFAM[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, PFAM membuat satu anugerah untuk diberikan kepada pemain;

Pada tahun 2016, mereka membuat satu lagi anugerah;

Eksekutif PFAM[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama Lain-lain
Ketua Pegawai Eksekutif Izham Ismail LL. B (Hons) Malaya
Perunding Eksekutif Zaidi Hassim LL. B (Hons. ) (MCL) UKM
Ph. D (Undang-Undang Sukan) UKM
Eksekutif Perundangan Muhammad Azzairi Rosle LL. B (Hons) Malaya
Eksekutif Pentadbiran Hanani Azren Husin LL. B Sh & Civ (Kepujian) USIM
LL. M (Kepujian) UKM
Eksekutif Pentadbiran Wan Syazana Akmal Wan Roslan LL. B Sh & Civ (Kepujian) USIM
LL. M (Kepujian) UKM

Jawatankuasa PFAM[sunting | sunting sumber]

Untuk sesi 2017-2019[6]

Jawatan Nama Lain-lain
Pengerusi Rezal Zambery Yahya Bekas pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
Naib Presiden Hairuddin Omar Bekas pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
Setiausaha Ahmad Fauzi Saari (Perlis FA, Liga Perdana Malaysia)
Bendahari Rudie Ramli (Pemain MOF FC, Malaysia FAM League)
Exco Fairuz Abdul Aziz (Selangor FA, Liga Super Malaysia)
Exco Khairul Fahmi Che Mat Pemain Kelantan FA, Liga Super Malaysia
Exco Razman Roslan (Selangor FA, Liga Super Malaysia)
Exco Baddrol Bakhtiar (Kedah FA, Liga Super Malaysia)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Al-Ikhsan Sports co-brands with Football Association Malaysia". New Straits Times. 6 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-04. Dicapai pada 28 February 2018. Established in 2009, and affiliated with the worldwide professional football organisation FIFPro since 2013, PFAM is platform that provides Malaysian professional footballers support and advice for their career development.
  2. ^ "Malaysia [Professional Footballers Association of Malaysia]". FIFPro. Dicapai pada 28 February 2018.
  3. ^ Tony Mariadass (12 February 2016). "PFAM are legal, says Izham". The Malay Mail. Dicapai pada 28 February 2018.
  4. ^ Fadzrie Hazis (11 June 2013). "PFAM kembali bernafas" (dalam bahasa Malay). Astro Awani. Dicapai pada 28 February 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Nik Afiq (4 May 2016). "PFAM urges FAM to take action on KAFA for late payment issue". Goal.com. Yahoo! News. Dicapai pada 28 February 2018.
  6. ^ "PFA Malaysia Bentuk Jawatankuasa bagi Sesi 2017 – 2019". Professional Footballers Association of Malaysia. 10 December 2017. Dicapai pada 10 December 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]