Persatuan Penulis Utara Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) merupakan satu persatuan penulis di Sarawak, Malaysia. [1]

Persatuan Penulis Utara Sarawak ditubuhkan pada 7 Jun 1979 di Miri, Sarawak. Ia ditubuhkan sebagai mewujudkan sebuah badan penulis yang bakal menjadi pusat bagi penggemblengan tenaga dan minda dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan di wilayah utara Sarawak Bumi Kenyalang. Pengasas utama dan orang yang paling penting dalam mengilhamkan kelahiran PUTERA ini ialah Jeli Bohari Biha, mantan ketua I PUTERA.

Beliau sebelum ini pernah bersama dengan Persatuan Bahasa dan Sastera Sarawak (PEBAS) di Kuching, sebelum menghimpunkan beberapa orang penulis dan peminat sastera setempat untuk duduk semeja dalam usaha untuk menubuhkan sebuah persatuan penulis. Akhirnya mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi pada 4 April 1980. Ketua I yang pertama ialah Abu Bakar Matasan dan Setiausaha I pula disandang oleh Jeli Bohari Biha sendiri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]