Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
LOGO RASMI PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) merupakan sebuah persatuan penulis yang dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah Labuan yang ditubuhkan pada 18 April 1985.

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan merupakan ahli kepada GAPENA.

PERWILA telah pun menerbitkan beberapa buah buku seperti SEPULAU SEKASIH KITA pada tahun 2010 yang memuatkan beberapa buah puisi daripada 11 orang penulis termasuk Maharatu Rafidah Mohamad, Norgadis Labuan, Suili Bakar ANS, Othman Mahali, Samsa Harris, Puan Hjh Hasnah Sambas dan lain-lain lagi. Kemudian pada tahun 2011, PERWILA menerbitkan dua buah buku antologi cerpen iaitu PELURU CINTA VICTORIA yang memuatkan beberapa orang penulis sekitar di Wilayah Persekutuan Labuan dan juga sebuah buku Antologi Cerpen ....Aarrgghh, Kantoinya Aku ! hasil karya Maharatu Rafidah Mohamad. Pada tahun 2012, PERWILA turut menerbitkan sebuah buku antologi puisi yang bertajuk SETIA MENGALIR hasil karya Norjannah MA. Dan pada tahun 2014, PERWILA telah menerbitkan dua buah buku antologi puisi yang bertajuk Kembali MH370 dan MENGENANG R. HAMZAH DUA.

Pada tahun 2015, PERWILA telah berjaya menerbitkan sebuah kumpulan puisi berjudul Benang Merah oleh penulis Norgadis Labuan. Manakala pada tahun 2016, sebanyak 3 judul buku telah berjaya diterbitkan iaitu novel Cinta Tania (Othman Mahali), antologi puisi Doa Buat PERWILA dan kumpulan puisi Membongkok Senja Tua (Suili Bakar @ Suili ANS).

Sepanjang 30 tahun ini, PERWILA telah mempunyai seramai 50 orang yang berdaftar sebagai ahli seumur hidup malah PERWILA juga telah banyak menyumbangkan pelbagai aktiviti yang memajukan dunia sastera, bahasa, budaya dan karyawan di Wilayah Persekutuan Labuan dan juga kawasan sekitarnya. Malah PERWILA juga turut melahirkan beberapa penulis seperti Norgadis Labuan, Gabriel Kim, Maharatu Rafidah Mohamad dan ramai lagi.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Pada 2008 Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Dilog Teluk ke-6 (DITEL ke-6) di Hotel Sara (Dewan USIA) dengan kedatangan wakil seluruh pesisir Teluk Brunei iaitu dari Brunei, Miri, Limbang, Sipitang, Kuching, Kota Kinabalu serta Labuan sendiri, dengan tuan rumah kali ini ialah PERWILA.

Wakil ASTERAWANI Brunei, BAHASA dari Sabah, IPS dari Sabah, PUTERA, GERAK dari Sarawak, malah PERWILA Labuan telah menyemarakkan Dialog tersebut.

Dialog Teluk akan berlangsung dua tahun sekali bertujuan bagi mengumpulkan karya dan khazanah sastera, bahasa, seni dan budaya serantau ini.

Pada tahun 2012, PERWILA turut menganjurkan Dialog Borneo Kalimantan 11 yang telah disertai oleh persatuan Negeri Sabah, Sarawak, Brunei dan persatuan dari keempat-empat daerah seluruh Kalimantan.

Di samping itu, PERWILA juga turut mengadakan beberapa aktiviti yang menyemarakkan sastera, budaya, bahasa dan karyawan di W.P. Labuan dengan mengadakan aktiviti seperti SANTAI PUISI PERWILA yang menjadi pembuka ruang mata kepada seluruh persatuan di Malaysia dan juga beberapa sayembara yang telah dianjurkan sejak tahun 2006 lagi.

Semarak 30 Tahun PERWILA[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Ogos 2015, PERWILA sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya menganjurkan majlis sempena ulangtahun ke-30 penubuhannya. Majlis ini telah diadakan di Kolej Matrikulasi Labuan dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Rosman Bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen P166 Labuan merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan selaku Penaung PERWILA.

Carta AJK PERWILA SESI 2013 - 2015[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat Agung diadakan sekali dalam dua tahun yang mana akan memilih perwakilan yang akan mewakili badan induk PERWILA. dan sessi 2013 - 2015 telah pun sebulat surat diputuskan pada Mesyuarat Agung DwiTahunan pada April 2013.

Sumber : Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ]

Carta AJK PERWILA SESI 2015 - 2017[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat agung dwitahunan kali ke-15 telah diadakan seperti berikut;

Tarikh: 11 April 2015
Tempat: Bilik Mesyuarat S. M. K. Pantai 2015
Masa : 2:00 petang

Keputusan pemilihan ahli jawatankuasa adalah seperti berikut;

Penasihat: PROF. MADYA DR. HARUN BIN HAJI PUDIN
Ketua Satu: HAJI OTHMAN MAHALI
Ketua Dua: ENCIK SAHAR MIRON
Setiausaha: ENCIK FRANCIS LABI
Penolong Setiausaha: PUAN FATIMAH IBRAHIM
Bendahari: PUAN MASMAH MOHD ALI

Ahli Jawatan Kuasa yang dipilih ialah;

1. HAJI ABD. RAHMAN LAMUDIN
2. CIK FATEN HAMAMA ABD HADI
3. HAJAH HASNAH SAMBAS
4. ENCIK GABRIEL KIMJUAN
5. HAJI SUILI BAKAR
6. ENCIK MATALI IBRAHIM
7. ENCIK AIZAMIN ABD AZIZ
8. ENCIK SANI LA BISE

Juruaudit:
1. TAWIL BADDU
2. MOHD. SYAIFUDIN DUAKIM BIN ABDULLAH

Rujukan[sunting | sunting sumber]