Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia merupakan pertubuhan NGO yang ditubuhkan di Malaysia. Dahulu dikenali dengan Persatuan Perlindungan Pengguna Pahang, di antaranya ialah membantu melindungi hak-hak pengguna dari dianiaya dan dizalimi mana-mana pihak sama ada pekedai, peniaga , agensi kerajaan mahupun pihak swasta yang lain. Presiden PPPM terkini adalah Dato’.Mohd Firdaus b. Abdullah. Sehingga kini, PPPM mempunyai tiga cawangan iaitu Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 2002, Dato’.Mohd Firdaus b. Abdullah telah menjemput sekumpulan penggiat masyarakat dan mencadangkan untuk menubuhkan sebuah persatuan pengguna yang relevan di mana ianya boleh membela nasib pengguna-pengguna. Dan beliau telah menerangkan apakah peranan dan faedah-faedah yang akan didapati untuk pengguna-pengguna jika persatuan ini ditubuhkan. Mesyuarat pertama telah diadakan pada jam 7:30 mlm hari Isnin,23hb sept 2002, bertempat di komplek Belia dan Sukan, Jalan Tun Ismail, Kuantan, Pahang Darulmakmur. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dato’ Mohd Firdaus b. Abdullah. Bilangan kehadiran adalah seramai 33 orang yang terdiri daripada berbagai kaum dan bangsa.

Sepertimana yang dicadangkan oleh beliau ahli-ahli mesyuarat yang hadir telah bersetuju nama pertubuhan dikenali sebagai PERSATUAN PERLINDUNGAN PENGGUNA PAHANG. Dengan berperanan melindungi hak-hak seseorang pengguna ataupun masyarakat sekeliling daripada apa-apa jua segi masalah dan lebih tepat lagi ianya berperanan mendapat perlindungan kesihatan dan keselamatan pengguna-pengguna, menjaga dan memelihara alam sekitar demi kepentingan pengguna dan masyarakat. Memberi kesedaran tentang keselamatan jalanraya, memelihara kemudahan-kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan untuk kegunaan pengguna-pengguna dan juga merapatkan perpaduan antara kaum. Ahli-ahli yang hadir telah sebulat suara telah memilih Dato’ Mohd Firdaus b.Abdullah sebagai Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Pahang, dan diberi mandat untuk menyediakan Perlembagaan persatuan dan Logo persatuan seterusnya memohon secara rasminya kepada PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (KEMENTERIAN DALAM NEGERI) supaya persatuan ini boleh didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang kerajaan Malaysia. Permohonan rasmi telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 21 November 2002 dengan sokongan daripada YAB.Dato Seri Hj.Abdullah Hj Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, selaku Menteri Dalam Negeri, dan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia. Sementara menunggu keputusan kelulusan sepenuhnya, daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Ahli-ahli persatuan ini telah mengadakan berbagai aktiviti dengan mendapatkan kebenaran bergerak sementara daripada Pendaftar Pertubuhan. Pada 13 Februari 2003, Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah meluluskan dan mendaftarkan Persatuan Pelindungan Pengguna Pahang sebagai pertubuhan yang sah disisi undang-undang dibawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1996, Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM/PPP/PHG/340. Pada Mesyuarat Agong pertama 20 Mac 2004, dimana telah diusulkan pindaan undang-undang iaitu keahlian dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia dari negeri-negeri lain. Pada 27 Oktober 2004, Pendaftar Pertubuhan malaysia telah meluluskan pindaan undang-undang tersebut iaitu Keahlian Persatuan ini terbuka kepada seluruh waranegara Malaysia dari negeri-negeri lain di Malaysia Sejurus itu jawatankuasa pusat telah berusaha mendapatkan ahli-ahli di seluruh Malaysia. Pada mesyuarat tersebut beberapa pindaan undang-undang telah diluluskan untuk melicinkan pengurusan persatuan ini di peringkat Nasional. Sejurus itu, secara rasminya pada 15hb.Julai.2005, Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah meluluskan pindaan nama daripada PERSATUAN PERLINDUNGAN PENGGUNA PAHANG kepada PERSATUAN PERLINDUNGAN PENGGUNA MALAYSIA dan pindaan undang-undang. Dengan pindaan undang-undang dang nama tersebut, Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia dapat menubuhkan cawangan-cawangan di seluruh Malaysia.

Polis enggan bertindak[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Jun 2009, Pengerusi PPPM Sabah Datuk Victor Lu Heng Loong mengumpul 124 tandatangan dalam sehari yang mahu polis peka dengan sebarang aduan. Aduan tentang pelancong yang menginap di sebuah hotel dan pemandu kenderaan hotel itu diganggu oleh pemandu teksi tiada sebarang tindakan daripada polis. Polis hanya bertindak hanya jika berlaku kecederaan ,kemalangan dan kematian.[1]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]