Persatuan Ulama Malaysia
Persatuan Ulama Malaysia ڤرساتوان علماء مليسيا | |
---|---|
ڤرساتوان علماء مليسيا | |
Ditubuhkan | 1974 |
Pengasas | Ahmad Mohamed Ibrahim Nik Mohd Mohyiddeen Wan Musa |
Diasaskan di | Kolej Islam Kelang, Selangor, Malaysia |
Yang Dipertua | Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir |
Laman web rasmi | pum |
Persatuan Ulama Malaysia atau PUM (Jawi: ڤرساتوان علماء مليسيا ) ialah sebuah pertubuhan ditubuhkan di Malaysia. Ia ditubuhkan bertujuan untuk menegakkan syariat Islam dan mempertahankan kebenaran serta kemurnian ajarannya melalui usaha-usaha penyatuan ulama dan penggemblengan tenaga mereka dalam satu wadah perjuangan. Yang Dipertua PUM terkini ialah bekas Mufti Terengganu, Dato' Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir.
Penubuhan[sunting | sunting sumber]
PUM ditubuhkan hasil kesedaran para ulama yang menyertai Kongres Ekonomi Islam pada tahun 1972. Satu perjumpaan membincangkan penubuhannya telah diatur oleh beberapa orang tokoh ulama dan cendekiawan Islam yang menyertai kongres tersebut pada 22 Safar 1392H bersamaan 8 April 1972, di Dewan al-Malik Faisal, Maktab Perguruan Islam (kini Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Petaling Jaya, Selangor[1].
Berikutan daripada pertemuan tersebut, Profesor Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim telah dilantik sebagai penasihat jawatankuasa penaja sementara Tuan Haji Nik Mohd Mohyiddeen Wan Musa pula menjadi pengerusi penajanya. PUM telah ditubuhkan secara rasmi dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1974[1] dalam satu mesyuarat agung khas pertama yang diadakan di Kolej Islam Kelang[2]. Tuan Haji Nik Mohd Mohyiddeen Wan Musa telah dipilih sebagai yang dipertua pertama.
Senarai yang dipertua[sunting | sunting sumber]
# | Nama | Tahun mula | Tahun akhir |
---|---|---|---|
1 | Nik Mohd Mohyiddeen Wan Musa | 1974 | 1981 |
2 | Ustaz Ahmad Awang | 1981 | 1999 |
3 | Ustaz Abdul Ghani Samsudin | 1999 | 2003 |
4 | Dato' Md Saleh Ahmad | 2003 | 2007 |
5 | Dato' Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir | 2007[3] | Penyandang[4] |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Sharifah Ibrahim (21 Oktober 2020). "Persatuan Ulama Malaysia". Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia. Dicapai pada 8 Julai 2021.
- ^ "Persatuan Ulama Malaysia". IslamicEvents Malaysia. IslamicSG Networks. Dicapai pada 8 Julai 2021.
- ^ "DATO' SYEIKH HJ ABDUL HALIM ABDUL KADIR". Abu Nuha Corner. 9 November 2009. Dicapai pada 8 Julai 2021.
- ^ MAISARAH SHEIKH RAHIM (4 Julai 2021). "Doakan kesejahteraan PM, seluruh rakyat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Julai 2021.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Laman web rasmi Persatuan Ulama' Malaysia
- Persatuan Ulama Malaysia di Facebook