Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia
Kerangka
Status undang-undangAktif
Keanggotaan Bumiputera
Tapak webayamkampung.com.my
Sejarah
DibentukOgos 2016
Pengurusan
PresidenAhmad Najib Habeb
Lokasi
Ibu pejabatSeri Kembangan
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA) ialah himpunan semua warga yang terlibat dalam industri ayam kampung di Malaysia demi kemajuan bersama. Persatuan ini telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 10 Ogos 2016 (No pendaftaran PPM-007-10-10082016). Mesyuarat penubuhan PUSAKA yang telah diadakan pada 18 Jun 2016 di Institut Pengurusan Veterinar, Cheras yang telah dihadiri lebih 40 orang usahawan ayam kampung dari seluruh Malaysia. Mesyuarat yang bermula pada 2 ptg dan tamat pada 5 ptg telah dipengerusikan oleh Dr. Abd Razak Mohd Zailan. Selain perlantikan AJK, mesyuarat juga telah membincangkan isu-isu dan cadangan aktiviti serta langkah-langkah yang harus diambil untuk mencapai objektif penubuhan.

Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) pertama telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), di Putrajaya pada 17 November 2016. Acara ini juga diadakan bersempena dengan Karnival Ayam Kampung yang mendapat kerjasama Seksyen Unggas Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV/DVS) dan menerima kehadiran lebih 120 usahawan ayam kampung dan pelajar seluruh Malaysia.

Perasmian Karnival Ayam Kampung 2016
Bersama Penceramah & Pegawai DVS Karnival Ayam Kampung 2016

Objektif Penubuhan[sunting | sunting sumber]

  1. Rangkaian Perniagaan - Membina rangkaian perniagaan ayam kampung dikalangan ahli dan meningkatkan daya saing pengkhususan bidang masing-masing.
  2. Program & Aktiviti - Menganjurkan kursus-kursus, program dan aktiviti berkaitan perternakan dan perniagaan ayam kampung untuk meningkatkan pengatahuan dan daya saing.
  3. Kerjasama - Mengeratkan kerjasama dikalangan ahli dan memupuk semangat bantu-membantu.
  4. Kebajikan - Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan

Jenis Keahlian[sunting | sunting sumber]

  1. Ahli Biasa - Bayaran 3 tahun sekali. Tahun kedua pembaharuan akan secara otomatik menjadi ahli seumur hidup. Yuran Rm60 (untuk 3 tahun)
  2. Ahli Seumur Hidup - Terbuka Kepada Ahli Biasa Yang Membayar Yuran Sekaligus. Yuran Rm100 (sekali seumur Hidup)

[sunting | sunting sumber]

  1. Pemilihan bapak ayam jantan yang gagah & sihat dengan penambahan simbol ikon sinar dibelakang mencerminkan gabungan usahawan ayam kampung ini mempunyai misi & visi yang mantap dan jelas.
  2. Tulisan "Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia" secara melengkung menggambarkan kesepakatan atau penggabungan semua ahli persatuan untuk mencapai sesuatu perkara yang dirancang.
  3. Pemilihan font yang nampak tegap dan mantap serta ikon ribbon dibelakang membri maksud kekuatan & kekuasaan gabungan ini.
  4. Pemilihan warna coklat membawa makna aktiviti yng berhubung kat dengan semula jadi serta aktiviti outdoor. Manakala pemilihan warna merah adalah warna yang nampak bold serta mempunyai unsur energy dan emosional yang kuat. Ia juga nampak jelas serta eye catching.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]