Persatuan seni kuntau nakhoda sug

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Seni Kuntau Nakhoda Sug berasal daripada seni beladiri Orang Laut daripada suku Suluk atau Tausug. Keunikan seni bela diri “Kuntau” yang dapat dilihat menerusi gabungan tiga seni beladiri masyarakat masyarakat Suluk, Cina dan Melayu (Minangkabau dan Johor Riau). Ini dapat dilihat dari segi prinsipnya yang mementingkan “beladiri dengan menyerang,” seni menyerang serta hantaran serangan yang tepat.

Hasil tekanan penjajah Sepanyol, Amerika Syarikat dan Filipina ke atas Kesultanan Sulu, maka lahirlah satu bentuk seni beladiri gabungan daripada cabang seni beladiri yang dibawa dari tanah besar China, Johor Riau ke bumi Sulu dan gabungan seni beladiri penduduk setempat. Hasil daripada inovasi dan revolusi antara seni beladiri anak tempatan etnik Suluk, seni beladiri Nakhoda Johor Riau dan Nakhoda China maka lahir seni bela dinamakan sebagai “Kuntau”. Ilmu ini terus diwarisi turun temurun oleh masyarakat Sulu di selatan Filipina dan timur Sabah.

Kuntau ini telah berevolusi berkembang dari zaman ke zaman telah menyebabkan seni bela diri ini mengalami satu transformasi telah lahir dan wujudnya seni 64 serangan, seni belebat, sinawali, sumbrada, selak belebat, belebat, bergelut, bermain pelbagai senjata dan lain-lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Persatuan ini bermula pada tahun 1999, bertempat di Kampung B.D.C. Sandakan iaitu sebuah perkampungan air di timur Sabah. Guru Utama Ahmad Riza mempelajari kuntau oleh beberapa guru Kuntau, antaranya bernama Syeikh Abdul Ghafar bin Haji Othman, Suffian, Mat Amin dan beberapa guru pengamal kuntau.

Pada peringkat awalnya Guru Ahmad Riza dimaklumkan kuntau ini hanya diajar kepada anak atau saudara mara yang terdekat sahaja untuk pertahanan diri menghadapi pencerobohan penjajah. Namun, atas sokongan ibu angkat beliau, Makcik Fatimah yang merupakan orang dihormati oleh Masyarakat Suluk, akhirnya ia diperturunkan kepada Guru Ahmad Riza yang berketurunan Melayu Semenanjung.

Pada tahun 2001, apabila tugas Guru Ahmad Riza selesai di Sabah, beliau mengambil adab-adab guru dan telah diberikan mandat satu hari agar dikembangkan kuntau ini ke Semenanjung Malaysia. Kepulangan kuntau ini ke Semenanjung ibarat yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat.

Perkembangan Kuntau Nakhoda Sug di Semenanjung[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, Guru Ahmad Riza telah terlibat dengan Kumpulan Kesenian Menara PERKESO (KESPO) di Menara PERKESO. Cikgu Ahmad Riza dibertanggungjawab untuk menubuh dan menerajui kumpulan gendang/kompang PERKESO dan kumpulan seni silat persembahan PERKESO. Tujuan asal hanya untuk persiapan persembahan bagi majlis di bawah Kementerian Sumber Manusia. Sambutan terhadap persembahan gendang/kompang dan silat meningkat dan Guru Ahmad Riza telah mengajar asas Kuntau kepada beberapa orang PERKESO bagi melaksanakan persembahan oleh pihak Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO.

Gelanggang di Menara PERKESO[sunting | sunting sumber]

Setelah beberapa anggota PERKESO yang belajar untuk tujuan persembahan, mereka memohon untuk melanjutkan pelajaran seni Kuntau ini. Atas sokongan dan dorongan beberapa anggota PERKESO akhirnya Cikgu Ahmad Riza telah membuka sebuah gelanggang kecil di PERKESO bergerak di bawah KESPO. Dalam masa yang sama, Guru Ahmad Riza dan anggota kuntau bergerak aktif dalam program di bawah kesenian PERKESO dan program luar berbusana. Apabila Kuntau Sug semakin diketahui ramai maka bertambah ramai pemintaan untuk belajar daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Gelanggang di Lembah Keramat[sunting | sunting sumber]

Bagi menampung jumlah pengamal yang makin meningkat, Guru Ahmad Riza membuka gelanggang di perkarangan rumah beliau di Taman Lembah Keramat AU5, Kuala Lumpur. Di gelanggang Lembah Keramat, Cikgu Ahmad Riza mendapat sokongan lebih ramai seperti Angah (Warisan Angsari), Abang Rais, Abang Fius,dan beberapa lain anggota sama ada dari sudut kewangan dan moral ia mengalakkan lagi perkembangan kuntau kepada masyarakat.

Gelanggang di Subang Bestari[sunting | sunting sumber]

Dalam mengikuti beberapa aktiviti berbusana Melayu dan memanah, Cikgu Ahmad Riza, Shahril dan Aizat di Keriswarisan. Cikgu Ahmad Riza dipelawa oleh Pengerusi Keriswarisan En. Johan Iskandar untuk membuka gelangang di tapak memanah Keriswarisan, Subang Bestari. Semakin banyak kemudahan peralatan latihan, medium penyampaian pembelajaran, perantian perkakasan, jaringan internet, dan lain-lain telah memperkayakan lagi penyampaian ilmu Kuntau pada masyarakat.

Pendaftaran Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Januari 2016, melalui kerjasama dan tunjuk ajar serta bimbingan En. Muhammad Rais (Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia), En. Johan Iskandar (Keriswarisan) dan En. Muhamad Filus Ghazali (Silat Parang Selewa) mengusul agar Kuntau didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (R.O.S.). Akhirnya Jawatankuasa Penaja bagi melaksanakan pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia W/P Kuala Lumpur dengan nama Persatuan Seni Kuntau Nakhoda Sug Kuala Lumpur Selangor dengan nombor pendaftaran 529.

Pada bulan April 2017, Persatuan Seni Kuntau Nakhoda Sug Kuala Lumpur Selangor diterima sebagai Ahli Gabungan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Wilayah Persekutuan menjadi persatuan ini bertambah giat memperkenalkan seni pusaka bangsa Sulu ini ke seluruh Malaysia.

Gelanggang[sunting | sunting sumber]

  1. Taman Lembah Keramat AU5, Kuala Lumpur.
  2. Tingkat 8, Dewan Persidangan, PERKESO Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
  3. Masjid Abi Ayyub Al-Ansari', Batu Muda, Kuala Lumpur.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]