Persekutuan Badminton Dunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persekutuan Badminton Dunia
Kerangka
KependekanIBF Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahBadan induk sukan antarabangsa, persatuan badminton Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiPersatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa, Persatuan Persekutuan Antarabangsa Sukan Olimpik Musim Panas Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.bwfbadminton.org Sunting ini di Wikidata
Facebook: bwfbadminton Twitter: bwfmedia Instagram: bwf.official Youtube: UChh-akEbUM8_6ghGVnJd6cQ Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan5 Julai 1934 Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengerusiPoul-Erik Høyer Larsen
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Map
Ibu pejabatKuala Lumpur Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Malaysia
Koordinat3°3′13.45″N 101°41′36.80″E / 3.0537361°N 101.6935556°E / 3.0537361; 101.6935556
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Persekutuan Badminton Dunia (Bahasa Inggeris: Badminton World Federation) atau BWF ialah badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan sukan badminton. Ditubuhkan pada 1934 sebagai Persekutuan Badminton Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Badminton Federation) bersama 9 anggota ( Kanada,  Denmark,  England,  Perancis,  Ireland Utara,  Belanda,  New Zealand,  Scotland, dan  Wales. Pada 24 September 2006, Perjumpaan Tahunan diadakan di Madrid, yang mana kata sepakat menerima penukaran nama baru kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).[1]

Pejabat utama pertubuhan ini terletak di Cheltenham, United Kingdom sejak ia ditubuhkan, tetapi pada 1 Oktober 2005, ia kini terletak di Kuala Lumpur.[2] Presiden terkini ialah Poul-Erik Høyer Larsen.[3]

Konfederasi Benua[sunting | sunting sumber]

BWF bekerjasama dengan badan kerajaan benua untuk sama-sama memprosomikan dan memperkenalkan badminton di seluruh dunia, seperti:[4]

Peta dunia dengan lima konfederasi
Benua Konfederasi Singkatan Ahli
     Asia Badminton Asia BA 39
     Eropah Badminton Europe BE 51
     Amerika Badminton Pan Am BPA 30
     Afrika Konfederasi Badminton Afrika BAC 31
     Oceania Badminton Oceania BO 8
Jumlah 159

Presiden[sunting | sunting sumber]

No. Tahun Nama Negara
1 1934–1955 George Alan Thomas United Kingdom
2 1955–1957 John Plunkett-Dillon  Republik Ireland
3 1957–1959 Brigadier Bruce Hay United Kingdom
4 1959–1961 A. C. J. van Vossen  Belanda
5 1961–1963 John McCallum  Republik Ireland
6 1963–1965 Nils Peder Kristensen  Denmark
7 1965–1969 David Bloomer United Kingdom
8 1969–1971 Humphrey Chilton United Kingdom
9 1971–1974 Ferry Sonneville  Indonesia
10 1974–1976 Stuart Wyatt United Kingdom
11 1976–1981 Stellan Mohlin  Sweden
12 1981–1984 Craig Reedie United Kingdom
13 1984–1986 Poul-Erik Nielsen  Denmark
14 1986–1990 Ian PalmerIan Palmer  New Zealand
15 1990–1993 Arthur Jones United Kingdom
16 1993–2001 Lu Shengrong  Republik Rakyat China
17 2001–2005 Korn Dabbaransi  Thailand
18 2005–2013 Kang Young-Joong Korea Selatan
19 2013–kini Poul-Erik Høyer Larsen  Denmark

Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Seperti yang ditetapkan, BWF menganjurkan enam acara kejohanan badminton utama:

Dua acara kejohanan yang sudah tidak lagi dianjurkan:

  • Piala Badminton Dunia tidak dianjurkan sejak 1997. Walau bagaimanapun, pihak BWF menganjurkan acara itu kembali pada 2005 (yang mana China sebagai tuan rumah) tetapi ia hanyalah sebagai kejohanan jemputan. China menyapu bersih kesemua pingat emas yang ditawarkan dalam 5 kategori.
  • Grand Prix Badminton Dunia dihentikan sejak 2000.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pihak BWF menyediakan anugerah istimewa kepada pemain, pengadil, penaja, dan individu lain atas pencapaian masing-masing dalam badminton atau sumbangan ke atas badminton.

  • Hall of Fame
  • Herbert Scheele Trophy
  • Distinguished Service
  • Meritorius Service
  • Certificate of Commendation
  • Eddy Choong Player of the Year

[sunting | sunting sumber]

Selama bertahun-tahun, pertubuhan ini mempunyai beberapa logo. Pada asalnya ia menggunakan logo IBF. Sebagai BWF, ia menggunakan logo baru pada 2007.[5] Pada 2012 ia menggunakan logo baru yang diperkemaskan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Madrid Welcomes Badminton World Federation". BadmintonAsia.org (dalam bahasa Inggeris). 29 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2012. Dicapai pada 11 Mac 2012.
  2. ^ "BWF Council / Executive Board" (dalam bahasa Inggeris). BWF. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2010. Dicapai pada 11 Mac 2012.
  3. ^ Leung, Edwin (18 Mei 2013). "Poul-Erik Hoyer Wins BWF Presidential Election". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2013. Dicapai pada 18 Mei 2013.
  4. ^ Member Associations
  5. ^ Lacroix, Yves (15 Jun 2007). "EXCLUSIVE – BWF Unveils New Logo Today". Badzine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 11 Mac 2012.
  6. ^ "BWF rebrand and launch new logo: Modern, Strong, Efficient". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). 26 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2012. Dicapai pada 1 Jun 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]