Persekutuan Persatuan-Persatuan Veksilologi Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bendera Persekutuan Persatuan-Persatuan Veksilologi Antarabangsa.

Persekutuan Persatuan-Persatuan Veksilologi Antarabangsa (FIAV, akronim Perancis: Fédération internationale des associations vexillologiques) adalah sebuah persukutuan antarabangsa[1] terdiri daripada 56 persatuan dan institusi berperingkat daerah, kebangsaan dan multinasional di seluruh dunia yang mengkaji bidang veksilologi, yang FIAV mentakrifkan dalam lembaganya "penciptaan dan perkembangan sebuah badan pengetahuan tentang semua jenis bendera, bentuk dan fungsi bendera tersebut, serta prinsip dan teori saintifik berdasarkan ilmu tersebut."

FIAV juga mempunyai laman sesawang sendiri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengungkapan kajian tentang bendera, atau veksilologi, mula dirakam secara rasmi dalam penulisan oleh Whitney Smith pada tahun 1957.[2] Beliau kemudian menubuhkan dan menganjurkan pelbagai organisasi dan mesyuarat bendera seperti Kongres Veksilologi Antarabangsa pertama[2] pada tahun 1965[3] dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Veksilologi Antarabangsa.[2]

FIAV diorganisasikan pada 3 September, 1967, di Kongres Veksilologi Antarabangsa kedua yang dianjurkan di Rüschlikon, Switzerland, dan ditubuh secara rasmi pada 7 September, 1969, di Kongres Veksilologi Antarabangsa ketiga di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FIAV mempunyai Lembaga tiga orang yang terdiri daripada seorang Presiden, seorang Setiausaha Agung dan seorang Setiausaha Agung untuk Kongres-Kongres.[4] Lembaga mengurus hal ehwal semasa FIAV menganjurkan sesi Perhimpunan Agung dwitahunan,[4] yang dianjurkan di setiap Kongres Veksilologi Antarabangsa.[5] Perhimpunan Agung FIAV terdiri daripada seorang wakil daripada setiap ahli FIAV. Perhimpunan Agung memilih Lembaga dan bertanggungjawab untuk menyediakan polisi.[4]

Pegawai[sunting | sunting sumber]

Setakat 2019, ahli-ahli Lembaga FIAV adalah:[6]

  • Željko Heimer (Presiden)
  • Bruce Berry (Setiausaha Agung)
  • Graham Bartram (Setiausaha Agung untuk Kongres-Kongres)

Ahli[sunting | sunting sumber]

Setakat 2019, ahli-ahli FIAV adalah:[7]

Kongres Veksilologi Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kongres Veksilologi Antarabangsa (ICV/International Congress of Vexillology) persidangan dwitahunan yang berlangsung selama satu minggu. Sebuah Kongres terdiri daripada penyampaian veksilologi, Perhimpunan Agung FIAV, dan lawatan persembahan bendera.[5]

Sejak 1969, FIAV telah menaja ICV dwitahunan dengan pertolongan pegawai penganjur tempatan.[8] Kongres-kongres tersebut telah diadakan di:

ICV ke-29 akan diadakan di Ljubljana, Slovenia pada tahun 2021.

Bendera[sunting | sunting sumber]

Bendera FIAV mula-mula dicipta oleh Klaes Sierksma dan diubahkan sedikit oleh pegawai penganjur ICV kedua. Bendera tersebut dipersembahkan pada 3 September, 1967. Penerangan bendera tersebut ialah "Pada sebuah padang biru, dipanjangkan secara mengufuk dari satu hujung kepada hujung yang lain, dua tali kuning membentuk dua gelung terikat." Ikatan yang dihasilkan ialah ikatan lembaran. Warna biru ditakrifkan sebagai U293 Sistem Bersesuaian Pantone dan warna kuning ditakrifkan sebagai U123 Sistem Bersesuaian Pantone. Bendera-bendera untuk ketiga-tiga pegawai Lembaga diluluskan pada tahun 1999, dicipta oleh bekas presiden FIAV, William Crampton.[11]

Penghargaan dan Pingat[sunting | sunting sumber]

Banyak anugerah dan pingat diberikan kepada ahli-ahli FIAV atau ahli-ahli organisasi berkaitan dengan FIAV untuk pelbagai sebab.[12] Dua pingat yang diikuti oleh huruf pasca-nominal adalah pingat PEMENANG PERSEKUTUAN/LAUREATES OF THE FEDERATION, yang mendapat LF dan KAWAN-KAWAN PERSEKUTUAN/FELLOWS OF THE FEDERATION yang mendapat FF.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.flaginstitute.org/index.php?location=8
  2. ^ a b c Vulliamy, Elsa (15 Disember 2015). "Which flag is it? Take our quiz to find out". The Independent. Dicapai pada 13 Mac 2016.
  3. ^ a b c d "Consider Vexillology". SemiotiX. Semioticon. May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-28. Dicapai pada March 13, 2019.
  4. ^ a b c "FIAV Constitution". FIAV Constitution. FIAV. 11 September 2009-09. Dicapai pada 13 Mac 2016. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ a b c Koziol, Michael (1 September 2015). "World experts fly the flag in Sydney". Sydney Morning Herald. Fairfax Media. Dicapai pada 13 Mac 2016.
  6. ^ http://fiav.org/current-officers/
  7. ^ http://fiav.org/current-members/
  8. ^ Mercer, Phil (14 Julai 2015). "What do our flags say about us?". Culture (dalam bahasa Inggeris). BBC. Dicapai pada 19 Julai 2019.
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-29. Dicapai pada 2019-09-24.
  10. ^ https://therivardreport.com/dixie-flag-stitches-banners-with-pride-and-patriotism/
  11. ^ https://www.crwflags.com/fotw/flags/vex-fiav.html
  12. ^ https://nava.org/awards-and-honors/