Federation of Organized Trades and Labor Unions

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Federation of Organized Trades and Labor Unions (Persekutuan Kesatuan Sekerja Amerika Syarikat) menggambarkan proses peralihan kesatuan-kesatuan sekerja di Amerika Syarikat. Ia merupakan pengganti kepada American Federation of Labor (AFL, Persekutuan Buruh Amerika Syarikat).

Dalam perhimpunan wakil kesatuan sekerja selama dua hari mulai dari 3 Ogos 1881 di Terre Haute, Indiana, Amerika Syarikat, perutusan daripada 15 buah kesatuan yang mewakili 40,000 buruh mahir bertemu untuk menggariskan struktur keseluruhan serta juga menyediakan perlembagaan. Ditubuhkan pada November 1881 dalam sebuah konvensyen di Pittsburgh yang dihadiri oleh wakil-wakil sebilangan kesatuan buruh, tujuan utamanya adalah untuk menggalakkan pembentukan kesatuan buruh serta juga untuk mendapatkan perundangan, seperti larangan buruh kanak-kanak, kerja hari lapan jam, dan juga pengalihan pekerja kontrak asing. Samuel Gompers daripada Cigar Makers' International Union (CMIU, Kesatuan Antarabangsa Pengilang Cerut) dipilih menjadi pengerusi jawatankuasa pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan serta juga anggota Majlis Perundangan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.