Pergi ke kandungan

Persembahan curahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bomoh Buryat melakukan persembahan curah susu

Persembahan curahan ialah upacara mencurah cecair sebagai korban kepada dewa atau roh, atau untuk mengenang orang yang telah mati. Ia amalan dalam banyak agama zaman purba dan masih dilakukan dalam berbagai-bagai budaya hari ini.

Pelbagai bahan digunakan sebagai air persembahan, paling biasanya wain atau arak, minyak zaitun, madu, dan di India, minyak sapi. Bejana yang digunakan dalam upacara itu selalunya mempunyai rupa yang membezakannya daripada bekas minuman biasa. Minuman persembahan itu mungkin dicurahkan ke atas sesuatu yang mempunyai kepentingan agama, seperti mazbah, atau ke atas tanah.

Dalam agama-agama

[sunting | sunting sumber]

Zaman purba

[sunting | sunting sumber]

Sumer Purba

[sunting | sunting sumber]

Alam ghaib dalam kepercayaan Sumeria ialah gua kelam dan gelap, yang terletak jauh di dalam bumi bernama Kur.[1][2] Di sana, roh-roh dipercayai hanya dapat memakan debu kering[3] dan ahli ekluarga si mati akan sering membuat persembahan curahan ke atas kubur mereka menerusi paip tanah liat, memberi si mati minum.[3]

Mesir Purba

[sunting | sunting sumber]

Persembahan curahan dalam masyarakat Mesir purba ialah air persembahan untuk menghormati dan menggembirakan pelbagai dewa, nenek moyang suci, manusia yang ada dan manusia yang masih hidup tetapi tidak hadir secara fizikal, serta alam sekitar.[4] Persembahan curahan dicadangkan berasal dari suatu tempat di hulu Lembah Nil dan merebak ke kawasan lain di Afrika dan dunia.[5][6] Menurut Ayi Kwei Armah, "legenda ini menjelaskan kebangkitan adat pemujaan yang terdapat merata-rata di benua Afrika: persembahan curahan, penuangan arak atau minuman lain sebagai persembahan kepada nenek moyang dan dewa-dewa."[7]

Minuman susu untuk Osiris mungkin berasal dari Filae dan tersebar ke selatan ke Meruwi.[8] Mungkin juga yang sebaliknya terjadi; kerana persembahan curah susu telah diketahui oleh orang Nubia, mereka mungkin yang memperkenalkannya di Filae.[9]

Yunani Kuno

[sunting | sunting sumber]
Adegan korban, dengan air persembahan dicurahkan dari jag (Pelukis Pothos, krater figura merah Attika, 430–420 SM)

Persembahan curahan (Yunani: σπονδή, spondȇ, /spondɛ̌ː/) merupakan aspek penting dalam agama Yunani Kuno, dan salah satu amalan agama yang paling ringkas dan lazim.[10] Ia satu perbuatan agama asas yang menunjukkan kesolehan di Yunani kuno, berasal dari Zaman Gangsa malah Yunani prasejarah.[11] Persembahan curahan sebahagian daripada hidup sehari-hari, dan golongan soleh mungkin melakukannya setiap hari pada waktu pagi dan malam, serta sebelum makan.[12][13] Persembahan curahan sering kali wain bercampur air tetapi boleh juga wain semata-mata, madu, minyak, air atau susu.[14]

Persembahan curahan, spondȇ, biasanya melibatkan menuang wain dari jag atau mangkuk yang dipegang di tangan. Minuman dicurahkan dari oinochoē (jag wain) ke dalam phiale, mangkuk tohor yang direka khas untuk tujuan ini. Selepas wain dicurahkan daripada phiale, baki kandungan oinochoē diminum oleh para penyambut.[15] Minuman dicurahkan pada bila-bila masa wain akan diminum, amalan yang direkodkan paling awal dalam epik-epik Homer. Dalam kenduri simposium pula menurut etika, apabila mangkuk pertama (krater) wain dihidangkan, persembahan curahan perlu dibuat kepada Zeus dan dewa-dewi Olympus. Wira-wira turut mendapat satu curahan apabila krater kedua dihidangkan, dan Zeús Téleios (Ζεύς Tέλειος, her. "Zeus yang Menamatkan") dengan yang ketiga, yang sepatutnya jadi yang terakhir. Alternatifnya ialah menawarkan curahan daripada mangkuk pertama kepada Agathos Daimon dan daripada mangkuk ketiga ke Hermes. Sesiapa yang di simposium itu juga boleh menyeru dan membuat persembahan curahan kepada dewa pilihannya.

Curahan amnya diikuti dengan doa.[16] Orang Yunani berdiri semasa sembahyang, dengan mengangkat lengan, atau jika semasa persembahan curahan dengan lengan kanan dihulurkan mengangkat phiale.[17][18]

Apollo mencurah minuman daripada phiale ke omfalos, dengan kakaknya Artemis hadir; tengkorak kerbau tergantung di atas mereka

Semasa mengorbankan haiwan, wain dicurahkan ke atas persembahan itu semasa upacara menyembelih dan menyediakannya, kemudian wain dicurahkan ke atas abu dan api.[19] Ini sering digambarkan dalam seni Yunani, yang juga sering menunjukkan orang yang membuat korban atau dewa-dewa memegang phiale.[20]

Kata kerja Yunani spéndō (σπένδω), "mencurahkan air persembahan", juga "berpakatan", berasal daripada akar bahasa Indo-Eropah *spend-, "membuat persembahan, melakukan upacara, melibatkan diri dengan perbuatan upacara". Kata namanya ialah spondȇ (jamak spondaí), "persembahan curahan". Dalam suara tengah, kata kerja itu bermaksud "memasuki perjanjian", dalam erti kata bahawa para dewa dipanggil untuk menjamin sesuatu tindakan.[21] Pengorbanan darah dilakukan untuk memulakan perang; spondaí menandakan tamatnya permusuhan, dan sering digunakan dalam erti kata "gencatan senjata, perjanjian." Formula "Kami, pihak kota (polis) telah membuat persembahan curahan" ialah pengisytiharan damai atau "Gencatan Senjata Tuhan", yang juga dilakukan apabila pelbagai negara kota berkumpul untuk Sukan Antara Dunia Yunani, Sukan Olimpik, atau perayaan Misteri Eleusinia: persembahan curahan begini "tidak berdarah, lemah lembut, tidak boleh ditarik balik, dan muktamad".[20]

Air persembahan yang dicurahkan ke tanah adalah untuk si mati dan dewa-dewa alam ghaib. Dalam Kitab Kematian dalam Odysseia, Odysseus menggali lubang persembahan di mana dia menuangkan madu, wain, dan air. Untuk persembahan curahan yang dipanggil choē (Bahasa Yunani Kuno: χεῦμα, cheuma, "sesuatu yang dicurahkan"; daripada IE *gheu-),[22] sebuah bejana yang lebih besar ditumpahkan ke atas tanah untuk dewa-dewa alam ghaib, yang boleh juga menerima spondai.[23] Wira-wira, iaitu manusia yang telah didewakan, boleh menerima persembahan darah jika mereka pernah berperang, seperti Brasidas dari Sparta.[24] Dalam upacara-upacara menjaga orang mati di kubur, persembahan akan termasuk susu dan madu.[25]

Pembawa Persembahan Curahan ialah tajuk Inggeris untuk tragedi pusat Trilogi Orestes, karya Aeschylus, merujuk kepada persembahan yang dibawa oleh Electra ke makam mendiang bapanya Agamemnon.[20] Sophocles menyediakan huraian yang paling terperinci tentang persembahan curahan dalam kesusasteraan Yunani dalam Oedipus di Colonus, yang dilakukan sebagai taubat di hutan suci Eumenides:

Pertama, air diambil daripada mata air yang mengalir segar; kawah yang terletak di tempat kudus itu dikalungkan dengan bulu dan diisi dengan air dan madu; memandang ke arah timur, pengorban itu mencurahkan bekas-bekas itu ke arah barat; dahan-dahan zaitun yang dia pegang di tangannya kini ditaburkannya di atas tanah di tempat bumi telah meminum persembahan itu; dan dengan doa dalam hati dia berangkat, tanpa menoleh ke belakang.[26]

Hero dari Iskandariah memerihalkan sebuha mekanisme untuk mengautomasikan proses ini dengan menggunakan api meja korban untuk memancutkan minyak daripada cawan dua buah patung.[perlu rujukan]

Patung gangsa Rom menggambarkan seorang pendeta bertudung, menghulurkan patera sebagai isyarat persembahan curahan, abad ke-2-3 TM.

Dalam agama Rom kuno, persembahan curahan menggunakan cecair, selalunya wain tidak bercampur dan minyak wangi.[27] Dewa Rom Liber Pater ("Bapa Liber"), kemudiannya dipadankan dengan Dionysos dalam budaya Yunani atau Bacchus, ialah dewa libamina, "persembahan curahan," dan liba, kek semah yang ditaburi madu.[28][21][29]

Dalam seni Rom, persembahan curahan ditunjukkan dibuat di mensa (meja makan persembahan), atau tripod. Ia korban yang paling mudah, dan boleh menjadi persembahan yang sudah memadai.[30] Upacara pembukaan (praefatio) untuk mengorbankan haiwan termasuk kemenyan dan mencurahkan wain ke atas mazbah yang terbakar.[30][31] Kedua-dua maharaja dan dewa-dewi sering digambarkan, terutamanya pada syiling, membuat persembahan curahan.[32] Adegan persembahan curahan biasanya menandakan kualiti pieta, kesolehan atau kewarakan.[33]

Persembahan curahan sebahagian daripada upacara pengebumian Rom, dan mungkin merupakan satu-satunya korban di majlis pengebumian yang sederhana.[34] Air persembahan dicurahkan dalam ritual menjaga si mati, dan sesetengah makam dilengkapi dengan tiub yang melaluinya persembahan boleh dicurahkan kepada orang mati di bawah tanah.[31]

Susu jarang digunakan sebagai persembahan di Rom, tetapi selalu dipersembahkan kepada beberapa dewa, terutamanya yang lebih purba sifatnya[35] atau yang memang secocok dengannya, seperti Rumina, dewi kelahiran dan pengasuhan yang membantu susu ibu mengalir, dan Cunina, dewi buaian.[36] Ia juga ditawarkan kepada Mercurius Sobrius (Mercurius yang "tidak mabuk"), yang terbukti dipuja di Afrika Rom dan mungkin telah diimport ke bandar Rom oleh komuniti Afrika.[37]

Yahudi Kuno

[sunting | sunting sumber]

Persembahan curahan adalah sebahagian daripada agama Yahudi kuno dan disebut dalam Bible:[38]

Lalu tepat di tempat Allah berfirman kepadanya itu Yakub mendirikan sebuah tugu batu. Dicurahkannya persembahan minuman di atasnya lalu dituangkannya minyak ke atasnya.

— Keluaran 35:14

Dalam Yesaya 53:12, Yesaya menggunakan persembahan curahan sembelihan sebagai metafora apabila menggambarkan kematian Hamba yang Terseksa yang "mencurahkan nyawanya sampai mati".

Pencurahan wain pernah dibuat di kuil suci Baitulmuqaddis, dan curahan wain dengan air turut dibuat semasa Sukkot, mungkin sebagai upacara memanggil hujan.[39]

Persembahan curahan berhala adalah dilarang, bersama-sama dengan larangan Taurat ke atas korban untuk berhala dan penyembahannya secara umum.

Kristian awal

[sunting | sunting sumber]

Persembahan curahan ada dan dalam agama Kristian muncul dalam Perjanjian Baru dan merupakan amalan Yesus dan tokoh-tokoh Bible yang lain.[40]

Demikian juga, sesudah makan, Dia mengambil cawan sambil berkata, “Cawan ini perjanjian baru dengan darah-Ku yang ditumpahkan bagimu.

— Lukas 22:20

Ungkapan dalam Lukas ini merujuk kepada tindakan persembahan curahan sebagai perjanjian baru, kepada darah Yesus yang akan dicurahkan semasa dibunuh.

Walaupun sekiranya aku dicurahkan seperti minuman yang dipersembahkan sebagai korban dan khidmat imanmu, aku berbahagia dan bersukacita bersama kamu semua.

— Filipi 2:17

Persembahan curahan biasanya dilakukan dengan semangat damai, perkataan Yunani untuk persembahan curahan, σπονδή (spondȇ), menjadi kata seerti dengan "perjanjian damai".[41]

Persembahan curahan dahulu sebahagian daripada masyarakat Mesir purba di minuman dipersembahkan untuk menghormati dan menggembirakan pelbagai dewa, nenek moyang keramat, manusia yang hadir dan manusia yang masih hidup tetapi tidak hadir secara fizikal, serta alam sekitar.[42] Persembahan curahan dicadangkan berasal dari kawasan hulu Lembah Nil dan tersebar ke kawasan lain di Afrika dan dunia.[43][44] Menurut Ayi Kwei Armah, "Legenda ini menjelaskan peningkatan adat semahan yang merata-rata di benua Afrika: persembahan curahan, penuangan arak atau minuman lain sebagai persembahan kepada nenek moyang dan ketuhanan."[45]

Penuangan air persembahan di sebuah majlis di Bouaké, Ivory Coast

Dalam budaya-budaya Afrika dan agama-agama tradisional Afrika, persembahan curahan ialah upacara adat yang penting dan cara menghormati nenek moyang. Nenek moyang bukan sahaja dihormati dalam budaya sedemikian tetapi juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam semua fungsi awam (begitu juga dewa-dewa dan Tuhan). Doa dibuat dengan persembahan, memanggil nenek moyang untuk hadir. Upacara ini biasanya dilakukan oleh seorang ketua. Walaupun air boleh, lazimnya arak tradisional (cth. tuak) akan digunakan, dan persembahan akan disertai dengan menjemput (dan menyeruan) nenek moyang, para dewa dan Tuhan. Di wilayah Volta di Ghana, air dengan campuran tepung jagung juga digunakan sebagai air persembahan.[perlu rujukan]

Persembahan curahan juga biasanya menandakan waktu rehat dalam persembahan Agbekor, tarian puja dalam kebudayaan Afrika Barat. Ia juga dicurahkan semasa majls perkahwinan tradisional, apabila anak dilahirkan dan upacara pengebumian. Perayaan Tradisional seperti Asafotu dan Homowo kaum Ga Adangbe di Ghana dan Togo. Juga semasa penobatan raja, permaisuri, dan penghulu, persembahan curahan dibuat.[perlu rujukan]

Selewat 1920-an, Nubia Hilir mempunyai adat yang mana wanita pergi ke kubur saudara-mara setiap hari Jumaat dan menuangkan air persembahan ke dalam mangkuk merah di kepala kubur.[46] Bagi balu, dahulunya pernah menjadi adat untuk mencurahkan susu ke atas kubur suami pada hari kedua selepas kematiannya.[9]

Dalam tradisi Qibti juga wanita melawat kubur dan membuat persembahan curahan secara berselang-seli selama 40 hari pertama selepas apa-apa kematian, dan semasa beberapa majlis tahunan, seperti Nayrouz.[47]

Amerika Selatan

[sunting | sunting sumber]

Dalam budaya Quechua dan Aymara di Pergunungan Andes, minuman seseorang biasa ditumpahkan sedikit ke tanah sebelum minum sebagai persembahan kepada Pachamama, atau dewi bumi. Ini berlaku terutamanya apabila meminum Chicha, sejenis minuman beralkohol yang unik di rantau ini. Persembahan curahan biasanya dipanggil challa dan sering dilakukan, biasanya sebelum makan dan semasa perayaan. Penulis abad ke-16, Bernardino de Sahagún merakamkan upacara Aztec yang ada peminuman octli:

Persembahan curahan dilakukan dengan cara ini: apabila octli diminum, apabila mereka merasa octli yang baru, apabila seseorang baru sahaja membuat octli ... dia akan memanggil orang. Dia meletakkannya di dalam bekas di depan perapian, bersama-sama cawan-cawan kecil untuk minum. Sebelum sesiapa minum, dia mengangkat octli dengan cawan kemudian mencurahkannya kepada perapian; dia mencurah octli itu ke empat arah. Apabila dia sudah mencurah octli, barulah semua orang meminumnya.[48]

Hinduisme

[sunting | sunting sumber]
Bali membuat persembahan curah kepada Vamana
Tarpan dibuat di Ghat Jagannath, Kolkata
Tarpan (persembahan air suci) di Ghat Jagannath, Kolkata, pada akhir Pitri Paksha

Dalam agama Hindu, persembahan curahan dilakukan untuk dewa dalam upacara Tarpan dan dilakukan semasa Pitri Paksha (Dua Minggu Moyang) selepas bulan Bhadrapada dalam kalendar Hindu (September – Oktober).[49] Di India dan Nepal, Dewa Siwa (juga Wisnu dan dewa-dewi lain) dibuatkan abhiseka dengan air oleh penganut di banyak kuil apabila mereka menziarah, dan pada peristiwa-peristiwa tertentu melakukannya dengan air, susu, yogurt, minyak sapi, madu dan gula.

Buddhisme Burma

[sunting | sunting sumber]

Dalam agama Buddha Burma, persembahan curahan yang dipanggil yay zet cha (ရေစက်ချ) dan melibatkan mencurah air dari bekas air ke dalam pasu setitik demi setitik dibuat untuk menutup kebanyakan upacara agama Buddha, termasuk sambutan derma, syinbyu (upacara pemasukan sami), dan kenduri. Persembahan ini dilakukan untuk berkongsikan jasa kolektif dengan semua benda hidup dalam kesemua 31 petala kewujudan.[50] Upacara ini mempunya tiga doa utama: pengakuan iman, pencurahan air, dan perkongsian jasa.[51] Semasa air dicurahkan, pengakuan iman yang dipanggil hsu taung imaya dhammanu (ဆုတောင်း ဣမာယ ဓမ္မာနု) dibacakan dan diketuai oleh para sami.[52]

Kemudian, jasa tersebut diagihkan oleh para penderma (dipanggil ahmya wei အမျှဝေ) dengan membaca yang berikut tiga kali:[51]

(Kepada semua orang yang boleh mendengar), kami berkongsi jasa kami dengan semua makhluk
(Kya kya thahmya), ahmya ahmya ahmya yu daw mu gya ba gon law''
((ကြားကြားသမျှ) အမျှ အမျှ အမျှ ယူတော်မူကြပါ ကုန်လော)

Upacara curah air agama Buddha Burma pada tahun 1900

Selepas itu, para peserta membaca pengisytiharan pengiyaan sebanyak tiga kali: thadu (သာဓု, sadhu), bahasa Pali untuk "syabas", serupa dengan amin dalam agama Islam dan Kristian. Selepas itu, air persembahan dicurahkan ke tanah di luar, untuk mengembalikan air itu kepada Vasudhara. Dewi bumi Vasudhara diseru untuk menyaksikan amalan-amalan kebajikan ini.[52]

Sebelum pemerintahan penjajah, persembahan curahan air juga dilakukan semasa pemahkotaan raja-raja Burma, sebagai sebahagian daripada tatacara yang ditulis dalam Raza Thewaka Dipani Kyan, teks tahun 1849 yang menggariskan kelakuan yang betul bagi raja-raja Burma.[53][54]

Walaupun persembahan air kepada Vasudhara mungkin daripada sebelum agama Buddha, upacara ini dipercayai telah dimulakan oleh Raja Bimbisara, yang membuat persembahan curahan, untuk berkongsi jasa baginda dengan nenek moyangnya yang telah menjadi preta, hantu-hantu yang kebuluran.[55][56][57]

Adat ini juga diamalkan pada akhir upacara-upacara agama Buddha di Thai dan Laos untuk memindahkan jasa, yang mana ia dipanggil kruat nam (กรวดน้ำ) dan yaat nam.[58]

Dalam adat Cina, wain beras atau teh dicurahkan di hadapan mazbah atau batu nisan secara melintang dari kanan ke kiri dengan kedua-dua tangan sebagai persembahan kepada dewa dan penghormatan kepada si mati. Persembahan biasanya diletakkan di mazbah untuk seketika sebelum dicurahkan sebagai korban. Dalam upacara yang lebih rumit untuk menghormati dewa, air persembahan boleh dicurahkan ke atas persembahan kertas yang dibakar; jika untuk si mati, wain dicurahkan sahaja ke tanah.

Dalam agama Shinto, persembahan curahan dan air persembahan itu dipanggil Miki (神酒), atau "Arak Para Dewa". Dalam upacara di sebuah kuil Shinto, ia biasanya dilakukan dengan sake, tetapi di keramat rumah ia boleh digantikan dengan air segar yang ditukarkan setiap pagi. Ia dihidangkan dalam cawan porselin putih atau besi tanpa apa-apa hiasan.

Ikupasuy daripada pokok katsura.

Dalam suku Ainu, persembahan curahan dibuat dengan ikupasuy, alat kayu berukir dengan "lidah", bahagian hujungnya yang runcing[59] dari mana bir sekoi atau sake dititiskan pada objek keramat.[60]

Adat moden

[sunting | sunting sumber]
Modern pouring libation

Di Cuba, terdapat adat menumpahkan sedikit rum daripada gelas sendiri dan mengucap "para los santos" (untuk para santo). Hal ini juga terdapat di Brazil apabila arak kasyasa (cachaça) diminum, dengan beberapa titis dicurahkan "para o santo" atau "para o santinho". Adat-adat ini serupa dengan orang Visaya di Mindanao, Filipina, yang mana rum dicurahkan apabila botolnya dibuka, lalu dibacakan "para sa yawa" ("untuk si syaitan").[61]

Di Rusia, dan sesetengah Komanwel Negara-Negara Merdeka, ada tradisi menuangkan vodka ke atas kubur, yang mungkin ada kaitan dengan perayaan dziady (Malam Nenek Moyang). Di Georgia di mana wain adalah penting dalam budaya mereka, ia sering dicurahkan ke kubur daripada gelas, terutamanya menghampiri Paskah untuk mengingati orang yang telah mati.

Di Amerika Syarikat zaman kini, minuman kadangkala dicurahkan demi seseorang yang telah mati, biasanya apabila meminum bersama-sama kawan dalam suasana peribadi. Ada juga tradisi mencurah arak malt sebelum minum, yang khususnya dikaitkan dengan penyanyi rap Amerika Afrika. Ini dipanggil tipping atau "menumpahkan" minuman untuk mengingati seorang kawan yang sudah mati,[62] atau pouring one out. Hal ini terakam dalam filem, seperti Boyz n the Hood, dan dirujuk dalam bermacam-macam lagu, seperti seperti "Gangsta Lean (This Is For My Homies)" oleh DRS dari tahun 1993 ("I tip my 40 to your memory") dan "Pour Out a Little Liquor" oleh 2Pac dari tahun 1994. Sama seperti amalan-amalan yang serupa di seluruh dunia, pelbagai ucapan simbolik disebut semasa mencurah minuman.

Dalam agama Yahudi Rabbinik, beberapa titis wain diambil daripada gelas seseorang individu semasa Seder Paskah dengan mencurahkannya atau mencelupkan jari seseorang ke dalam gelas itu,[63] sama ada 10 kali untuk setiap wabak,[64] atau 16; sepuluh untuk sepuluh wabak, tiga untuk "Darah, Api dan Tiang Asap", dan tiga untuk "Detzach, Adash, B’achav".[65] Penjelasannya berbeza-beza tetapi yang lazimnya mengatakan ia adalah penyesalan kerana pembebasan orang Yahudi telah menyebabkan ramai orang Mesir menderita dan mati, dan sebagai penghormatan untuk "tidak bergembira dengan kejatuhan musuh". Walau bagaimanapun, ini tafsiran yang lebih moden yang asalnya dicipta oleh datuk kepada Rabai Yirmiyahu Löw, pada penghujung abad ke-18 atau awal abad ke-19, tetapi mencontohi Sanhendrin 39b:5.[66]

  1. ^ Choksi 2014; Barret 2007.
  2. ^ Choksi 2014; Black & Green 1992, m/s. 114; Nemet-Nejat 1998, m/s. 184.
  3. ^ a b Black & Green 1992, m/s. 58.
  4. ^ Nehusi, Kimani S.K. (2016). Libation. An Afrikan Ritual of Heritage in the Circle of Life (dalam bahasa Inggeris). University Press of America. m/s. 14. ISBN 978-0-7618-6710-4.
  5. ^ Delia, 1992, hlm. 181-190[petikan lengkap diperlukan]
  6. ^ James, George G. M. (1954). Stolen Legacy. New York: Philosophical Library.
  7. ^ Armah, Ayi Kwei (2006). The Eloquence of the Scribes: a memoir on the sources and resources of African literature. Popenguine, Senegal: Per Ankh. m/s. 207.
  8. ^ Yellin, Janice W. "Abaton-style milk libation at Meroe" (PDF). Meroitic Studies.
  9. ^ a b Ashby, Solange (December 2019). "Milk Libations for Osiris Nubian Piety at Philae". Near Eastern Archaeology. 82 (4): 200–209. doi:10.1086/705360.
  10. ^ Zaidman & Schmitt Pantel 1992, m/s. 28.
  11. ^ Burkert 1985, m/s. 70, 73.
  12. ^ Hesiod, Works and Days 724–726.
  13. ^ Zaidman & Schmitt Pantel 1992, m/s. 39.
  14. ^ Zaidman & Schmitt Pantel 1992, m/s. 40; Burkert 1985, m/s. 72–73.
  15. ^ Zaidman & Schmitt Pantel 1992, m/s. 40.
  16. ^ Burkert 1985, m/s. 70–71.
  17. ^ Furley, William D. (2010). "Prayers and Hymns". A Companion to Greek Religion. Wiley-Blackwell. m/s. 127.
  18. ^ Bremmer, Jan N. (2010). "Greek Normative Animal Sacrifice". A Companion to Greek Religion. Wiley-Blackwell. m/s. 138.
  19. ^ Zaidman & Schmitt Pantel 1992, m/s. 36; Burkert 1985, m/s. 71.
  20. ^ a b c Burkert 1985, m/s. 71.
  21. ^ a b Adams & Mallory 1997, halaman 351: From the same root derives the Latin verb spondeo, "promise, vow".
  22. ^ Adams & Mallory 1997, halaman 351: From the same root derives the Latin verb spondeo, "promise, vow".
  23. ^ Burkert 1985, m/s. 70.
  24. ^ Gunnel Ekroth, "Heroes and Hero-Cult," in A Companion to Greek Religion, p. 107.
  25. ^ D. Felton, "The Dead," in A Companion to Greek Religion, p. 88.
  26. ^ Burkert 1985, m/s. 72.
  27. ^ Scheid 2007, m/s. 269.
  28. ^ Isidore of Seville, Etymologies 6.19.32.
  29. ^ Robert Turcan, The Gods of Ancient Rome (Routledge, 2001; originally published in French 1998), p. 66.
  30. ^ a b Moede 2007, m/s. 165, 168.
  31. ^ a b Nicole Belayche, "Religious Actors in Daily Life: Practices and Related Beliefs," in A Companion to Roman Religion, p. 280.
  32. ^ Jonathan Williams, "Religion and Roman Coins," in A Companion to Roman Religion, pp. 153–154.
  33. ^ Scheid 2007, m/s. 265.
  34. ^ Scheid 2007, m/s. 270–271.
  35. ^ Such as Jupiter Latiaris and Pales.
  36. ^ Hendrik H.J. Brouwer, Bona Dea: The Sources and a Description of the Cult (Brill, 1989), pp. 328–329.
  37. ^ Robert E.A. Palmer, Rome and Carthage at Peace (Franz Steiner, 1997), pp. 80–81, 86–88.
  38. ^ Bar, Shaul (2016). A Nation Is Born: The Jacob Story (dalam bahasa Inggeris). Wipf and Stock Publishers. m/s. 53. ISBN 978-1-4982-3935-6. Dicapai pada 5 May 2020.
  39. ^ "ניסוך המים a Sukkot Rain Making Ritual - TheTorah.com". www.thetorah.com. Dicapai pada 2024-02-15.
  40. ^ "Bible Gateway passage: Matthew 26:7, Matthew 26:28, Mark 14:24, Luke 22:20, Acts 2:33, Acts 10:45, Romans 5:5, Philippians 2:7, Philippians 2:17 - World English Bible". Bible Gateway (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-05.
  41. ^ Warren, Meredith (2018). "The Cup of God's Wrath: Libation and Early Christian Meal Practice in Revelation". Religions. 9 (12): 413. doi:10.3390/rel9120413.
  42. ^ Nehusi, Kimani S.K. (2016). Libation. An Afrikan Ritual of Heritage in the Circle of Life (dalam bahasa Inggeris). University Press of America. m/s. 14. ISBN 978-0-7618-6710-4.
  43. ^ Delia, 1992, pp. 181-190Templat:Incomplete citation
  44. ^ James, George G. M. (1954). Stolen Legacy. New York: Philosophical Library.
  45. ^ Armah, Ayi Kwei (2006). The Eloquence of the Scribes: a memoir on the sources and resources of African literature. Popenguine, Senegal: Per Ankh. m/s. 207.
  46. ^ Blackman, Aylward M. (1916). "Libations to the Dead in Modern Nubia and Ancient Egypt". The Journal of Egyptian Archaeology. 3 (1): 31–34. doi:10.2307/3853589. ISSN 0307-5133. JSTOR 3853589.
  47. ^ Naguib, Saphinaz-Amal (2008-04-18). "Survivals of Pharaonic Religious Practices in Contemporary Coptic Christianity". UCLA Encyclopedia of Egyptology (dalam bahasa Inggeris). 1 (1).
  48. ^ Sahagún, Bernardino de; Sullivan, Thelma D.; Sahagún, Bernardino de (1997). Primeros memoriales. The civilization of the American Indian series. Norman, Oklahoma: Univ. of Oklahoma Press. ISBN 978-0-8061-2909-9.
  49. ^ "Indian Hindu devotee performs "Tarpan"". Hindustan Times. Oktober 2010. Diarkibkan daripada asal pada 2014-12-15. Dicapai 2013-09-30.
  50. ^ Spiro, Melford E. (1996). Burmese supernaturalism. Transaction Publishers. m/s. 44–47. ISBN 978-1-56000-882-8.
  51. ^ a b ဝတ်ရွတ်စဉ် (PDF) (dalam bahasa Burma). Austin, Texas: သီတဂူဗုဒ္ဓဝိဟာရ. 2011. m/s. 34–35. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-10-18. Dicapai pada 2012-02-28.
  52. ^ a b Spiro, Melford E. (1982). Buddhism and society: a great tradition and its Burmese vicissitudes. University of California Press. m/s. 213–214. ISBN 978-0-520-04672-6.
  53. ^ "The AungZay Institute Inc. - Notes on Statecraft". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-25. Dicapai pada 2010-06-18.
  54. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-27. Dicapai pada 2014-01-05.CS1 maint: archived copy as title (link)
  55. ^ Houtman, Gustaaf (1990). Traditions of Buddhist Practice in Burma. ILCAA. m/s. 53–55.
  56. ^ "Archived copy". www.usamyanmar.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2021. Dicapai pada 15 January 2022.CS1 maint: archived copy as title (link)
  57. ^ "The king performs merit in the name of his ancestors reborn as petas (hungry ghosts); the peta rejoice in the act and receive a share of the merit". Mahidol University. 2002. Dicapai pada 28 February 2012.
  58. ^ Hayashi, Yukio (2003). Practical Buddhism among the Thai-Lao: religion in the making of a region. Trans Pacific Press. m/s. 146–147. ISBN 978-4-87698-454-1.
  59. ^ "British Museum - ceremonial equipment / ikupasuy". British Museum. Dicapai pada 19 July 2015.
  60. ^ "Ainu: Spirit of a Northern People". si.edu. Dicapai pada 19 July 2015.
  61. ^ "Soy del Caribe - Edición No.23 - Reportaje | El Ron de Cuba, con su toque de siglos". Diarkib daripada yang asal pada 2012-09-13. Diperoleh pada 2007-08-13.
  62. ^ "40ozMaltLiquor.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-07. Dicapai pada 2010-07-27.
  63. ^ "Drops of Wine Poured Out at the Seder Mean the Opposite of What Most People Think". April 19, 2019.
  64. ^ "Spilling Wine While Reciting the Plagues to Diminish Our Joy? - TheTorah.com". www.thetorah.com. Dicapai pada 2024-02-15.
  65. ^ Shurpin, Yehuda. "Why Do We Spill Wine at the Seder?".
  66. ^ "Spilling Wine While Reciting the Plagues to Diminish Our Joy? - TheTorah.com". www.thetorah.com. Dicapai pada 2024-02-15.

Karya yang dipetik

[sunting | sunting sumber]