Persidangan Anak Muda Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persidangan Anak Muda Kebangsaan diadakan pada 20 Mac 2010 di Auditorium, Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor. Ia dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Selangor menerusi Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS). Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melakukan perasmian penutup.

Amirudin Shari selaku Pengerusi Persidangan Anak Muda Kebangsaa menyatakan kira-kira 1,000 orang Penggerak Belia Tempatan (PeBT), mahasiswa, pemimpin belia akar umbi, politik serta NGO dari seluruh Malaysia yang akan bersama-sama membincangkan isu-isu kepentingan belia dan negara. Fokus utama ialah komunikasi-pendidikan , ekonomi, sosial, bahasa-budaya, dan kepimpinan.

Ahli panel ialah Datuk Zaid Ibrahim (Kepimpinan), YB Khalid Abd Samad (Sosial), YB Tony Pua (Komunikasi), Dr Abu Hassan Hasbullah (Pendidikan), Prof Emeritus Nik Safiah Karim (Budaya).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]