Persidangan Asia Pasifik Mengenai Timor Timur II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persidangan Asia Pasifik Mengenai Timor Timur II (Apcet II) diadakan pada 9 November 1996 di Hotel Asia, Kuala Lumpur , Malaysia. Seramai 49 peserta Apcet II termasuk wartawan hadir. Apcet I diadakan pada Mei 10994 di Manila. [1]

Kehadiran Xanana Gusmao[sunting | sunting sumber]

Pada malam itu sepatutnya pemimpin gerila Xanana Gusmau akan hadir dalam satu forum. Beliau mengucapkan terima kasih kepada para penyokong perjuangan kemerdekaan Timorese. Timur Timor pernah dijajah oleh Portugis,Jepun dan Indonesia .

Xanana Gusmau berucap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris . Pada 1975 Indonesia menjajah Timor Timur - Timor Leste kini. Gusmao dianggapa sebagai 'Mandela Timor'. Gusmao ditahan oleh kerajaan Indonesia pada 1992 dan dipenjara srelama 20 tahun kerana kesalahan menggunakan senjata dan merancang pembentukan Timor Timur. Semasa dipenjarakan, Gusmao diziari ramai pemimpin PBB dan Nelson Mandela. Pada 2000, beliau dibebaskan . Beliau diberi anugerah Hadiah Keamanan Nobel pada 1996 bersama osé Manuel Ramos Horta.

Sebelum Apcet II, Ramos-Horta telah berjumpa dan meminta sokongan daripada Perdsana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar

Kekecohan dan ditahan[sunting | sunting sumber]

Semasa persidangan , berlaku jerit-jerit daripada Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) dan polis bertindak menahan sebahagian peserta. Malaysiakini melaporkan Apcet II diganggu oleh beberapa pemimpin pemuda UMNO.[2]

Antara 29 peserta yang ditahan itu ialah :

  • Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Chua Tian Chang
  • Timbalan Presiden Keadilan Dr Syed Husin Ali
  • Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini J.Premesh Chandran
  • Presiden Kesatuan Kongres Pekerja Malaysia Syed Shahir Syed Mohamad
  • Peguam R.Sivarasa.

Tuntutan saman[sunting | sunting sumber]

Seramai 35 aktivis dan wartawan terbabit telah memfailkan saman RM83 juta terhadap kerajaan Malaysia dua tahun selepas insiden tersebut (1998).

Pada 9 November 1998, saman difailkan di mahkamah terhadap bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Ismail Che' Ros, bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainal Abidin Ali, pegawai penyiasat Cif Inspektor Tengku Hamzah Tengku Abdullah dan kerajaan Malaysia dan menamakan mereka sebagai defendan.

Mereka mendakwa telah ditahan oleh polis ketika mereka sedang menyuraikan kekacauan oleh ahli-ahli yang menggelarkan diri mereka sebagai Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) yang membuat kacau pada hari persidangan APCET itu.

Ramai ahli BBRM telah menjerit-jerit dan melemparkan kata-kata kesat terhadap peserta-peserta APCET yang bukan sahaja terdiri daripada mereka tetapi juga peserta luar negara. Mereka mendakwa polis telah gagal dan cuai untuk bertindak mententeramkan keadaan dan menyuraikan kekacauan itu.


Ganti rugi[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM30 ribu setiap seorang kepada 29 peserta Apcet II yang ditahan secara salah oleh polis pada 1996. [3]

Tindakan polis menahan mereka di tempat persidangan wajar dan tidak salah demi keselamatan, supaya tiada kekecohan berlaku.Hakim Datuk Wan Adnan juga memerintahkan polis dan kerajaan Malaysia membayar faedah 8 % setahun dari tarih saman difailkan iaitu pada 9 November 1998 sehingga penyelesaian penuh kes itu dan juga kos kepada kesemua 29 peserta terbabit. Tiada gantirugi teladan, keterlaluan dan gantirugi khas kerana mereka tidak memberikan dokumen lengkap semasa perbicaraan tetapi hanya keterangan secara lisan sahaja.


Alasan Hakim Datuk Wan Adnan @ Addinan Muhamad ialah kesusahan selama 24 jam iaitu dari 9 November 1996 hingga 10 November 1996. Hakim Wan Adnan merupakan Hakim Mahkamah Rayuan. RM30,000 itu bukan ganjaran tetapi pampasan berasaskan kepada kesusahan yang mereka alami.[4]

Tiada konspirasi membabitkan pihak polis dan kerajaan Malaysia berhubung penahanan itu.OCPD Dang Wangi Zainal Abidin Ali tidak cuba mensabotaj persidangan APCET II. Permohonan polis untuk melanjutkan tahanan adalah sah di segi perundangan.[5]

Pengakuan[sunting | sunting sumber]

Pada 12 April 2001, Saifuddin Nasution mengaku bahawa 400 ahli Pergerakan Pemuda UMNO bertanggungjawab mengganggu persidangan Apcet II di Hotel Federal itu. Ketika Saifuddin menjadi Setiausaha Pemuda UMNO. Kini beliau menjadi pemimpin PKR.

Ketua pemuda UMNO ketika itu ialah Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjadi Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dalam UMNO.

Saifuddin mendakwa mendapat 'arahan' dari Timbalan Menteri Dalam Nehgeri , Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob. Ketika itu pemimpin kemerdekaan Timor Timur Xanana Gusmao dan Jose Ramos-Horta akan hadir sama. Emosi ketika itu ialah Malaysia tidak merestui pemecahan Indonesia . Namun akhirnya Timor Timor mendapat kemerdekaan dari Indonesia semasa Presiden Indonesia, Gusdur.

Pada jam 4 pm, 9 Oktober 1996 Saifuddin mendakwa mendapat panggilan telefon daripada Megat Junid. Dalam dialek Perak, Megat Junid mencabar ' Kalau tidak, saya anggap Pemuda Umno tiada telur'.

Rujukan[sunting | sunting sumber]