Persidangan DUN Perak Mac 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persidangan DUN Perak Mac 2010 ke-12 diadakan pada 30 Mac 2010 di bangunan Perak Darul Ridzwan, Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh, Perak. Ia merupakan mesyuarat pertama penggal ketiga. Perasmian oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah . Menteri Besar Perak ialah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sementara Speaker ialah Datuk R. Ganesan.[1]

Bantahan dari Adun Pakatan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Bekas Speaker, V Sivakumar mengacah untuk duduk di kerusi Speaker sebelum titah perasmian oleh Pemangku Sultan, Raja Nazrin Shah. Zambry mendakwa seorang adun Pakatan Rakyat enggan berdiri ketika bacaan doa manakala beberapa lagi membawa kamera masuk ke dewan.[2] Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng mengacah untuk memukul Zambry dengan fail .[3]

Persidangan ini dibantah oleh semua Adun Pakatan Rakyat , yang diketuai oleh Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PAS - Pasir Panjang). Semua 28 adun PR keluar dewan. Wartawan dilarang mmasuki dewan.

Ngeh Koo Ham (DAP - Sitiawan) membangkitkan Peraturan 3, 4 dan 6 bagi mencabar kesahihan Ganesan sebagai speaker.Peraturan Tetap mensyaratkan bahawa pelantikan speaker baru hanya boleh dibuat jika berlaku kekosongan dan ia mesti dijalankan menerusi pengundian. Ganesan tetap mendakwa bahawa perlantikannya pada 7 Mei 2009 adalah sah. Speaker bertindak menutup mikrofon.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyatakan kekecohan oleh PR dan keluar beramai-ramai sebagai telah dirancang. Mereka berbaju hitam dan memboawa pelbagai poster. Antaranya bertulis 'BN Penyamun', 'BN Perompak' dan 'BN Pencuri'.

Sivakumar menyamar speaker[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mac 2010, Speaker Datuk R. Ganesan membuat laporan polis di IPD Ipoh terhadap V. Sivakumar (DAP- Tronoh)yang masih menyamar sebagai Speaker.Sivakumar menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bagi menghantar notis persidangan DUN Perak pada 30 Mac 2010 adalah satu bentuk jenayah penyamaran.

Sivakumar telah dilucutkan jawatan sebagai Speaker pada 7 Mei 2009 melalui ketetapan DUN. Pada 8 September 2009 , Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan bahawa pelucutan jawatan Sivakumar sebagai Yang DiPertua Dewan Negeri adalah sah dan mengesahkan pelantikan Ganesan sebagai Tuan Yang DiPertua Dewan Negeri Perak baru.[4]

Keselamatan ketat[sunting | sunting sumber]

Ramai polis berkawal di luar dewan dan pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Polis tidak berkawal di dalam dewan. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kesal dengan kenyataan Ngeh Koo Ham (DAP - Sitiawan). Ngeh berkata "Saya takut jika ada perbahasan dan ada mana-mana polis tidak suka kita, mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita".

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah menyatakan percakapan Ngeh Koo Ham akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Hasutan 1948 .[5]

Pada 12 April 2010, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham , bekas Speaker DUN V.Sivakumar dan Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberi keterangan di IPD Ipoh. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias mengesahkan polis menyiasat kenyataan Ngeh bahawa 'polis mungkin menembak sesiapa yang tidak disukai secara sesuka hati '.[6] Ngeh turut meminta salinan 5 aduan polis terhadapnya.

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Pada 2 April 2010, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak bersama 12 NGO menghantar memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta,Ipoh. Memorandum itu mendesak agar Sultan menarik balik gelaran dan pingat terhadap Adun Pakatan Rakyat . Memorandum itu diterima oleh Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Shamsul Baharin Hasan.Maslin Sham Razman selaku ketua pemuda tidak dapat menerima tindakan Adun PR yang masih mempertikaikan keputusan Sultan Perak yang melantik Zambry sebagai Menteri Besar Perak.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]