Persidangan DUN Perak Ogos 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persidangan DUN Perak Ogos 2010 diadakan sehari sahaja iaitu pada 3 Ogos 2010 di Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh,Perak.

Peruntukan RM80 juta[sunting | sunting sumber]

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama. Usul itu disokong ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Nizar disingkirkan[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Ogos 2010, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin digantung dari persidangan Dewan Undangan Negeri Perak kerana engkar arahan speaker, Datuk R Ganesan supaya duduk.[1] Ketika itu, rang undang-undang usul perbekalan tambahan RM80 juta sedang dibahaskan. Tetapi Nizar terus bercakap lebih 15 minit. Nizar mendakwa Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir memberi wang RM50,000 untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak adalah wang rakyat, bukan wang parti.

ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari dengan sokongan Adun BN mengesyorkan Nizar digantung .Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan dewan.

Media diketepikan[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Agungnya V Anbalagan dari Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) merayu Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk R Ganesan kembali menyediakan ruang khas untuk wartawan membuat liputan persidangan. Seharusnya tidak hanya wartawan akhbar perdana sahaja yang dibenarkan membuat liputan penting persidangan. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]