Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-38 diadakan pada 31 Oktober 2009 hingga 1 November 2009 di Menara PGRM, Cheras. Gerakan ditubuhkan pada 1968, asalnya serpihan parti MCA dan kemudian menjadi komponen Barisan Nasional pada 1970. Persidangan ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Gerakan ialah Tan Sri Koh Tsu Koon. Kubu kuat Gerakan ialah Pulau Pinang sehingga Presiden Gerakan mesti menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Malangnya tsunami politik berlaku di Malaysia pada 8 Mac 2008.[1]

Dalam PRU12, Gerakan kalah teruk apabila tumpas di Pulau Pinang kepada DAP. Gerakan hanya menang 2 kerusi parlimen iaitu di Gerik dan Simpang Renggam . Persidangan ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat pemuda, wanita dan utama.

Tuntutan[sunting | sunting sumber]

  • Gerakan menekankan 'perpaduan dalam kepelbagaian'. Tahap toleransi harus lebih tinggi. Malahan ia dijelmakan melalui tagline "Malaysia Truly Asia"
  • Konsep Barisan Nasional yang ditubuhkan pada 1974 amat sesuai untuk negara seperti Malaysia. Malahan Nelson Mandela mencontohi Malaysia untuk menyatupadukan Afrika Selatan.
  • Gerakan mahukan perubahan dalam sistem kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis di Malaysia. Berlaku pendakwaan yang tidak berkesan dan pilih bulu.
  • Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang ditubuhkan pada Januari 2009 amat perlu agar keyakinan rakyat dapat dipulihkan.
  • Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan pelbagai ketirisan dan pembaziran yang ketara hendaklah diambilkira. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah segera menyiasat sesiapa yang dimaksudkan dalam laporan itu. [2]
  • Jabatan Imigresen Malaysia berjaya mengeluarkan pasport dalam tempoh 3 jam merupakan satu rekod dunia.
  • [[Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hendaklah tidak hanya mengambil kakitangan Melayu semata-mat bagi mengelak persepektif perkauman. Ini sesuai dengan slogan '1Malaysia, Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan.

Desakan Datuk Mohamed Aziz[sunting | sunting sumber]

Gerakan tersinggung dengan desakan ahli parlimen Sri Gading , Datuk Mohamed Aziz yang menyifatkan Tan Sri Koh Tsu Koh amat lemah dan tidak layak menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau mendesak Koh Tsu Koon berundur dari barisan kabinet Malaysia. Mujurlah Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan perlantikan itu dengan alasan 'wakil suara penyokong Gerakan' dan menghargai sumbangan Gerakan. Mohamed Aziz turut mendesak Datuk Seri Ong Tee Kiat berundur kerana terbabit dalam Skandal PKFZ.

Ada cadangan agar Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr Teng Hock Nan membuat aduan kepada Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).[3] 50 orang pemuda Gerakan diketuai Oh Teong Keong mengadakan demonstrasi membantah kritikan Mohamed Aziz.[4]

Semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Koh Tsu Koon dikaitkan dengan 'penyerahan' tanah Kampung Buah Pala kepada sebuah koperasi. Tindakan ini menyebabkan penduduk kampung 'High Chaparral' itu menjadi mangsa kelemahan pentadbiran.[5]

Satu parti[sunting | sunting sumber]

Gerakan beberapa kali telah menyarankan agar semua parti komponen Barisan Nasional digabungkan menjadi satu parti sahaja. Kali ini Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn mengemukakan cadangan yang sama bagi menyelesaikan politik perkauman dan memberi 'check and balance' kepada BN.

Amalan sekarang iaitu satu kaum satu parti menjurus kepada pandangan ekstrem.[6]

Persidangan Pemuda Gerakan[sunting | sunting sumber]

Pemuda Gerakan turut bersidang. Ketua Pemuda Gerakan ialah Lim Si Pin, anak Lim Keng Yaik. Dalam PRU12 beliau tewas di parlimen Batu, Kuala Lumpur. Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow kesal kerana hanya 50 % perwakilan Gerakan hadir. 50 % perwakilan lagi tidak hadir tanpa sebarang surat tunjuksebab.

Usul supaya Gerakan keluar sahaja daripada Barisan Nasional ditolak. Hal ini telah dibangkitkan beberapa kali sebelum dan selepas PRU12.[7] Negeri yang mencadangkannya masih dirahsiakan.

Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe sebelum ini begitu marah dengan kenyataan Ahmad Ismail dari UMNO, Bukit Bendera.

Usul Pemuda Gerakan:

  1. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perantara dan bahasa rasmi negara . Perwakilan hendaklah menggunakan bahasa itu dalam perbahasan pada mesyuarat agung masa depan.
  2. Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah adil dalam pemberian biasiswa pendidikan tinggi kepada calon berkelayakan.
  3. Subjek Matematik dan Sains pada peringkat menengah disampaikan dalam bahasa Inggeris.
  4. Mendesak kerajaan memansuhkan ISA
  5. Meminda Akta Penerbitan dan mesin Cetak
  6. Mengambil alih Lebuhraya Utara Selatan bagi mengurangkan beban rakyat.
  7. Hapuskan yuran dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti selaras dengan dasar 'pendidikan percuma'.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]