Persona Non Grata (filem 2006)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persona Non Grata
Poster filem Persona Non Grata
PengarahSyed Azidi Syed Abdul Aziz
PenulisSyed Azidi Syed Abdul
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Syarikat
penerbitan
Nizarman
Diedarkan olehMetrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 9 Mac 2006 (2006-03-09) (Malaysia)
Masa tayangan
96 minit
NegaraMalaysia
Bahasa

Persona Non Grata ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 2006 yang mula ditayangkan di pawagam pada 9 Mac 2006. Filem ini ialah arahan pengarah Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan dilakonkan oleh Erra Fazira dan Hans Isaac sebagai watak utama.

Persona Non Grata adalah istilah Bahasa Latin yang diguna pakai oleh pihak imigresen terhadap individu yang tidak mempunyai kesahihan kerakyatan dan tergolong dalam mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan ketika berada di luar negara.

Penerbit filem ini telah menganjurkan peraduan mencari judul filem di mana 30% penyertaan mencadangkan supaya judul sementara filem ini (Persona Non Grata) dikekalkan. Judul-judul lain yang dicadangkan ialah 'Pelarian Cinta', 'Cinta Amnesia , 'Hey...!' dan 'Sempadan Cinta'.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah cinta di antara seorang gadis yang berusaha untuk mengingati semalamnya dan seorang pemuda yang berusaha melupakan masa silamnya. Hey dan Ben bertemu di dalam suasana yang paling tidak romantik di Kotaraya Bangkok dan Hey langsung tidak dapat mengingati detik tersebut serta segala-gala tentang dirinya sebelum saat Ben kejutkannya.

Hey bangkit di dalam sebuah hidup baru bertemankan Ben, lelaki yang paling tidak romantik yang hidupnya bergelumang denga seribu rahsia dan kemurungan. Apabila Edward muncul di hadapan rumah Ben barulah Hey dapat melihat jalan yang dapat membantunya keluar daripada kegelapan yang menyelubunginya. Namun peluang yang muncul dihadapan Hey tiba-tiba disambut dengan kegelisahan oleh Ben.

Kegelisahan yang akhirnya memaksa Ben membongkar perasaanya terhadap Hey. Lalu berputiklah cinta di antara mereka. Ben membuat keputusan untuk memilih jalan hidup yang baru demi kerana perasaannya terhadap Hey. Malangnya ini mengundang petaka buatnya. Sedang Ben cuba membantu Hey, tiba-tiba dia mula mengingati beberapa insiden yang menemukan dia dan Ben. Insiden yang akhirnya mendesak Hey memisahkan dirinya dari Ben.

Edward muncul semula dan kali ini bersama A’em yang mengakui mengenali Hey. Dengan bantuan A’em, Hey akhirnya menemui kembali kehidupan lampaunya. Kehidupan lampau yang akhirnya menyedarkannya bahawa satu waktu dulu, dia pernah lari dari kehidupan tersebut. Penemuan yang memaksa dia lari sekali lagi ke Bangkok.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia Ke-19
  • Pelakon Lelaki Terbaik-Hans Isaac(Pencalonan)
  • Pelakon Wanita Terbaik -Erra Fazira(Pencalonan)
  • Skor Muzik Asal Terbaik-Megat Azuar (Pencalonan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]