Pertandingan Lagu Eurovision 1992

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertandingan Lagu Eurovision 1992
Tarikh
Akhir9 Mei 1992
Hos
TempatMalmö Isstadion[1]
Malmö, Sweden
PenyampaiLydia Cappolicchio
Harald Treutiger
KonduktorAnders Berglund
PengarahKåge Gimtell
Penyelia eksekutifFrank Naef
Penyiar hosSveriges Television (SVT)
Pembuka tiraiCarola mempersembahkan "All the Reasons to Live"
Penutup tiraiA Century of Dance
Peserta
Jumlah penyertaan23
Negara yang membuat
penampilan sulung
Tiada
Negara yang
muncul kembali
Belanda Belanda
Negara yang tidak kembaliTiada
Undian
Sistem undianSetiap negara memberikan 12, 10, 8-1 mata untuk 10 lagu kegemaran mereka
MataTiafa
Lagu yang dimenangiRepublik Ireland Ireland
"Why Me?"

Pertandingan Lagu Eurovision 1992 ialah Pertandingan Lagu Eurovision ke-37 yang diadakan pada 9 Mei 1992 di Malmö, Sweden. Ia dihoskan oleh Lydia Cappolicchio dan Harald Treutiger. Linda Martin, mewakili Ireland, ialah juara pertandingan ini, menyanyikan "Why Me?", yang dicipta oleh Johnny Logan (merupakan juara Pertandingan Lagu Eurovision 1980 dan Pertandingan Lagu Eurovision 1987 sebagai penyanyi/pencipta lagu). Pertandingan ini diadakan di Malmö Isstadion, Malmö, dimana bentuk pentas ketika itu ialah busur kapal Viking dengan seekor naga di bahagian tengah dan bintang di setiap bahagian. Bahagian pembukaan juga termasuk seorang wanita yang mengenakan pakaian berwarna kebangsaan Sweden (biru dan kuning), berputar pada pita. Tradisi filem kad pos berlanjut dengan klip video yang berpangkalan di setiap negara. Pemenang tahun sebelumnya, Carola, tampil di atas pentas memakai gaun putih dengan lengan tipis, kerah berlian buatan (dan belenggu), serta menyanyikan "All the Reasons to Live".

Pertandingan ini juga merupakan penyertaan terakhir Yugoslavia yang kemudian berpisah menjadi beberapa negara, yang cuba untuk bertanding di pertandingan 1993.[2][3] Perwakilan mereka ialah perwakilan terakhir meskipun peserta pertandingan tempatan merupakan sebahagian dari negaranya.[4]

Selepas menjadi juara kedua dua kali berturut-turut (1988 dan 1989), dan mendapat keputusan yang mengecewakan (1990, 1991), United Kingdom diwakili oleh Michael Ball dengan lagu pop-balada kontemporari "One Step Out of Time" (Melayu: Selangkah Habisnya Waktu). Namun, Ireland diwakili oleh Linda Martin yang berpengalaman, menjadi pemenang tempat kedua tahun 1984, tetapi kembali lagi bekerjasama dengan Johnny Logan yang memenangi pertandingan sebanyak dua kali. Pada akhirnya, Ireland menjadi juara pertandingan dengan unggul 16 mata atas United Kingdom, memulai rentetan kemenangan Ireland pada dekad 1990-an. Malta, mengirimkan lagu "Little Child" oleh Mary Spiteri, berada di bawahnya dengan menjadi juara ketiga dengan 123 mata. Ini ialah pertama kalinya seluruh peserta dalam 3 teratas menyanyikan lagunya dalam bahasa Inggeris. Sweden, tuan rumah, menempat kedudukan ke-22.

Switzerland harus menggantikan lagunya yang berjudul "Soleil, soleil" yang dinyanyikan oleh Géraldine Olivier kerana tidak memenuhi peraturan pertandingan dan pemilihan lagu, dan meskipun memenangi pemilihan, lagu ini tidak dapat dihantar ke Malmö.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Melodifestivalen 1992". Dicapai pada 2017-11-24.
  2. ^ Klier, Marcus (2007-09-28). "Interview with Extra Nena". ESCToday. Dicapai pada 2008-08-26.
  3. ^ Deniz, Jose Miguel Galvan (2005-03-14). "Eurovision shows political side". BBC News. Dicapai pada 2008-08-26.
  4. ^ "Eurovision Trivia: Did you know..." BBC News. 2005-05-06. Dicapai pada 2008-08-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]