Pertempuran Adrianople (1205)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Adrianople
Sebahagian daripada Perang Bulgaria–Latin
Tarikh14 April 1205
Lokasi
Di sekeliling Adrianople
Keputusan Kemenangan muktamad Bulgaria dan penawanan Maharaja Empayar Latin, Baldwin I
Pihak yang terlibat
Empayar Bulgaria Kedua dan Cumans Empayar Latin
Komandan dan pemimpin
Tsar Kaloyan dari Bulgaria Baldwin I dari Constantinople
Kekuatan
Kira-kira 40,000 tentera Bulgaria - infantri, kavalri dan pemanah.
Kira-kira 14,000 kavalri ringan dan pemanah Cuman.[1]
Tidak diketahui, kemungkinan beberapa puluh ribu. Jumlah pasti - 300 kesatria berat Eropah, kebanyakan daripada Perancis.
Kerugian dan korban
Tidak diketahui, kecil. Beberapa ribu tentera dan hampir kesemua kesatria.

Pertempuran Adrianople berlaku di sekitar Adrianopolis pada April 1205 antara pasukan tentera Bulgaria dan Cumans yang diketuai oleh Tsar Kaloyan dari Bulgaria, dengan Tentera Salib di bawah Baldwin I, yang mana beberapa bulan sebelumnya telah dirajakan sebagai Maharaja Kustantiniyah. Pertempuran ini dimenangi oleh Bulgaria yang mana berjaya menawan Baldwin.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Di sebabkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh Pasukan Salib, yang mana tidak mampu melunaskan bayaran sewa bagi kapal-kapal tentera dan pembesar Republik Venezia, Enrico Dandolo, telah mencadangkan agar tentera Perang Salib Keempat melencong dari matlamat asal mereka ke Jerusalem. Mereka sebaliknya meneruskan kemaraan ke Kustantiniyah, dan pada 12–13 April, 1204, ibu kota Empayar Byzantium telah ditawan dan dijarah. Pelbagai khazanah kebudayaan dimusnahkan atau dicuri, seperti teks-teks suci, relik, manuskrip, ikon, arkib, kerja seni, selain harta kekayaan. Hati Kristian Ortodoks mengalami kerosakkan yang tidak dapat dibaiki, ekoran dari penjarahan dan kebakaran yang di sebabkan oleh pengepungan Pasukan Salib. Penawanan Constantinople menyebabkan pengasasan Empayar Latin, yang mana asalnya hanya bertujuan untuk mengawal persekitran aConstantinople dan wilayah Thrake, tapi akhirnya meluas ke Bithynia, Thessaly dan tengah dan selatan Yunani.

Sekitar waktu yang sama, Tsar Kaloyan, Tsar Bulgaria, berjaya menyelesaikan rundingan dengan Paus Innocentius III. Pemerintah Bulgaria telah dianugerahi gelaran "rex", iaitu raja, sementara archbishop Bulgaria pula mendapat gelaran "primas", satu gelaran yang setara dengan patriarch.

Meskipun memiliki hubungan yang baik antara Kaloyan dan para penakluk baru Eropah Barat, serta merta setelah keadaan tenteram di Kustantiniyah, pasukan Latin mula mencetuskaan keadaan tegang di tanah-tanah Bulgaria. Kesatria Latin mula menyeberangi sempadan Bulgaria untuk menjarah kota-kota dan bandar-bandar sana, dan khabar mengenai hal ini menyakinkan Kaloyan bahawa perikatan dengan puak Latin adalah mustahil dan ia menjadi keperluan untuk mencari sekutu dalam kalangan penduduk Yunani Thrake yang belum lagi ditakluk oleh Kesatria Salib. Pada musim sejuk tahun 1204-1205, para utusan daripada para bangsawan Yunani tempatan melawat Kaloyan dan sebuah perikatan rasmi ditubuhkan.

Pada musim bunga tahun 1205, Didymoteicho dan Adrianople memberontak, tidak lama kemudian diikuti oleh seluruh Thrake. Maharaja Baldwin I mara bersama dengan tentera beliau menuju ke utara dan tiba di Adrianople pada penghujung bulan Mac.

Pengepungan[sunting | sunting sumber]

Tentera Latin tidak menyerang istana kota yang berada di depan mereka; sebaliknya melakukan pengepungan yang panjang, bagi meletihkan para pertahanan. Dengan mengelilingi kota yang dikepung dengan mesin-mesin pengepungan dan menggali terowong di bawah tembok kota, mereka berjaya melemahkan pertahanan kota dan dengan sabar menunggu pembukaannya. Pasukan tentera utama yang terdiri dari kesatria Latin membina kem-kem yang disusun dan yang dikawal baik di sekeliling kota untuk memerhati dan mengusir sebarang bantuan yang akan datang. Di hadapan setiap pintu tembok-tembok kota, satu unit akan ditempatkan yang mana termasuk sebuah kontigen tentera Venezia yang diketuai oleh Doge Enrico Dandolo.

Bagi melunaskan tanggungjawab beliau kepada para pemberontak Yunani, Tsar Kaloyan tiba dengan pasukan tentera beliau dan berkhemah kira-kira 25 km di arah timur laut kota pada 10 April, 1205. Berdasarkan pada Geoffrey dari Villehardouin, seorang sejarawan dan kesatria Perancis yang menemani Tentera Salib ke Balkan, pasukan tentera ini terdiri sehingga 54,000 askar.

Lokasi pertempuran[sunting | sunting sumber]

Pelbagai penyelidik menunjukkan lokasi pertempuran di utara Adrianople dan berdekatan dengan menara kubu di Vukelon - K. Jireče, V. Guzelev, St. Boyadjiev - bukti kukuh belum ditemui.

Menurut Niketas Choniates, seorang sejarawan Byzantium pada hari pertempuran Tsar Kaloyan telah memilih tempat serangan hendap seperti berikut: "Selepas Yoan dan tentera beliau bersembunyi di dalam gaung, masuk ke cenuram dan melalui curam-curamnya dengan merangkak ke tanah tinggi, memastikan lawan-lawan mereka tidak menyedari di mana kedudukan mereka". Dalam tulisan lain, ia dibaca "...dan bersembunyi dalam cerunan dalam bayangan hutan".

Tertipu dengan kavalri Cuman, tentera kesatria Latin mengejar mereka sehingga sekurang-kurangnya dua farsakh (lebih kurang 6 batu) sebelum tiba di tempat serangan hendap, yang mana antara 7 hingga 9 km, bergantung pada liga Perancis yang digunakan oleh Geoffrey dari Villehardouin. Berdasarkan pada Alberic dari Trois-Fontaines, lokasi pertempuran "penuh dengan paya-paya berair".

Pada hari ini, lokasi pertempuran ini memenuhi ciri-ciri di sungai Tùndzha.

Tentera[sunting | sunting sumber]

Tentera Tsar/Raja Kaloyan

Menurut ahli sejarah Perancis Geoffrey dari Villehardouin, tentera Bulgaria memiliki kekuatan berjumlah sekitar 54 ribu. Dalam tentera tersebut juga terdapat pasukan berkuda ringan daripada Cumans, yang, pada masa itu, merupakan sekutu atau tentera upahan untuk Kaloyan, kerana tsar sendiri telah berkahwin dengan puteri Cuman Anna. Ahli sejarah Perancis menegaskan bahawa terdapat kira-kira 14,000 daripada mereka dan bahawa "... mereka bukan kristian". Namun begitu, pasukan berkuda mereka memainkan peranan penting dalam pertempuran ini.

Tentera Empayar Latin dan Venice

Jumlah kesatria di tembok Adrianople adalah 300. Mengiringi mereka adalah sebilangan pasukan berkuda dan infantri tentera (mungkin tidak lebih daripada 1000-1500 orang) dan kuasa-kuasa Venetian, yang menurut beberapa sumber, juga ramai. Sungguhpun begitu, jumlah itu tidak lebih daripada empat ribu, namun ia tidak jelas berapa ramai tentera yang mengambil bahagian dalam pertempuran dan berapa ramai yang tinggal di belakang tembok untuk meneruskan pengepungan.

Geoffrey dari Villehardouin menyatakan bahawa sebahagian besar kesatria, masing-masing dengan unit mereka sendiri, dan juga semua pasukan Venice mengejar Cumans dan terus masuk ke dalam perangkap Bulgaria. Banyak nama kesatria yang berjuang dalam pertempuran tersebut disebut: Maharaja Baldwin I, Louis I, Koun Blois, Bishop Peter Betlehem, Stephan daripada Persh, Reno daripada Mentimirel, Robert of Ronsoa, Ustas daripada Umont, Count Jerar Lombardy, Jan daripada Mazerol dan lain-lain. Menurut ahli sejarah yang sama, keseluruhan angkatan Venetian mengambil bahagian dalam peperangan, dipimpin oleh Doge Enrico Dandolo sendiri.

Pasukan Adrianople dan Thrace Sungguhpun mereka tidak terbabit dalam peperangan itu sendiri, semua pemberontak Byzantine dari Thrace Timur berkumpul di Adrianopole dan berdiri dengan berani untuk mempertahankan tembok daripada penakluk. Bilangan mereka tidak diketahui.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Pertempuran berlangsung selama dua hari, seminggu selepas perayaan Easter Ortodoks.

Hari pertama, 13 April 1205

Pada 13 April, Kaloyan menghantar kavalri Cuman untuk meninjau dan membuat "serangan ujian" ke atas para kesatria. Pasukan Cuman melakukan satu serangan mengejut ke atas Maharaja Baldwin I dan dibalas dengan serangan balas oleh para kesatria, yang mana membuatkan pasukan kavalri Cuman berpusing-pusing dan "melarikan diri". Maka bermulanya pengejaran yang panjang, yang mana Kaloyan berjaya menggoda para kesatria untuk meninggalkan kem mereka. Selepas larian yang panjang, Cuman tiba-tiba berpusing semula yang mula menembak anak-anak panah ke arah rempuhan musuh, yang mana mengakibatkan banyak kematian, kepada askar-askar dan kuda-kuda. Menyedari kebodohan mereka, para kesatria memutuskan untuk bertahan di kedudukan mereka dan menunggu serangan dari tentera Bulgaria. Baldwin membuat keputusan untuk menunggu kesemua kesatria dan tentera yang masih tinggal untuk berkumpul semula dan bersedia untuk pertempuran yang lebih betul, yang mana akan dilakukan selepas perayaan Easter yang akan menjelang.

Semasa membuat persediaan untuk serangan hendap, tentera Bulgaria menggali "lubang serigala", untuk dijadikan sebagai halangan untuk pergerakkan dan formasi ketenteraan oleh kesatria kavalri berat. Dalam kalangan pasukan serangan hendap, Kaloyan meletkkan pasukan infantri, sementara pasukan simpanan terdiri daripada kavalri berat, sekiranya pasukan serangan hendap menyerah kalah kepada tentera Latin. Kavalri ringan Cuman diberi arahan untuk mengetuai kesatria ke dalam perangkap.

Pada malam yang sama, Baldwin membuat satu mesyuarat dengan kesemua para baron dan pemimpin daripada pasukan Tentera Salib Keempat. Mereka membuat keputusan, sekiranya ada satu serangan baru oleh Cuman, pasukan tentera tidak akan mengejar, sebaliknya mereka mesti membuat formasi garis pertempuran di hadapan kem.

Hari kedua, 14 April 1205

Pada Khamis, 14 April 1205, semasa perayaan Easter Katolik, kavalri ringan Cuman membuat serangan sapu ke atas kem kesatria dengan anak panah, teriakan kuat dan membunyikan besi. Berang dengan gangguan ini, para kesatria mencapai senjata mereka, menaiki kuda dan membuat formasi pertempuran. Meskipun rancangan telah dibuat lebih awal, Count Louis I dari Blois tidak menunggu ketibaan tentera yang lain dan menyerbu di hadapan unit beliau ke arah kavalri ringan Cuman yang lebih pantas. Terpedaya dengan tindakan ini, tentera-tentera lain yang telah dibutakan dengan api kemarahan, menuruti tindakan beliau. Ini menyebabkan para tentera meninggalkan kubu kuat mereka yang mula mengejar, yang mana membawa terus mereka ke arah serang hendap. Di sebabkan kepantasan kavalri mereka, pasukan Cumans terpaksa berhenti beberapa kali untuk menunggu kavalri berat yang sedang amarah untuk mengejar mereka, yang mana membuatkan Cuman melakukan tindakan serang dan lari sekali lagi. Kejadian ini berlangsung sehingga mereka tiba di lokasi serangan hendap, bertempat di sebuah gaung antara bukit-bukit.

Setelah melepasi "lubang serigala" dengan selamat, Cuman berpusing semula dan bersedia untuk membuat satu serangan serius. Apabila tentera kesatria tiba menyerbu dengan formasi berkarektor, banyak kuda-kuda yang jatuh bersama-sama dengan penunggangnya ke dalam "lubang serigala". Kejadian ini menghentikan serangan, mengakibatkan huru-hara dan kekeliruan dalam kalangan para penyerang. Kini dengan mempunyai masa yang cukup, penyerang hendap dari kumpulan infantri Bulgaria keluar dari tempat persembunyian dan mengelilingi para kesatria. Apabila Baldwin tiba dengan 200 orang kesatria yang lain, ia sudah terlambat. Percubaan beliau untuk memecahkan kepungan dan membebaskan Count Louis adalah sia-sia. Melihat kejadian ini, Kaloyan mula melakukan serangan dan mengepung Baldwin bersama dengan kavalri berat beliau, memisahkan kesatria Latin kepada dua kumpulan kecil. Dengan formasi yang terpecah, dikepung dan tidak boleh bekerjasama antara satu sama lain, pasukan kesatria ini dimusnahkan sepenuhnya. Untuk mencapai objektif ini, tentera Bulgaria menggunakan tali-temali d mana pada setiap hujungnya dipasang cangkuk. Dengan alatan ini, mereka dengan mudah menjatuhkan kesatria dari kuda mereka dan membunuh mereka dengan pedang, tukul dan kapak.

Walaupun melakukan segala-galanya, pertempuran masih sukar dan berlangsung sehingga lewat petang. Pasukan utamanya dalam tentera Latin iaitu tentera kesatria dikalahkan dan maharaja mereka, Baldwin I, berjaya ditawan dan dipenjarakan di Veliko Tarnovo, di mana beliau telah dikurung ke atas menara di kota kubu Tsarevets.

Kejadian selepas[sunting | sunting sumber]

Pengakhiran Maharaja Baldwin I

Selepas beliau ditawan oleh Bulgaria, nasib Maharaja Baldwin I tidak diketahui oleh rakyat beliau dan semasa ketiadaan beliau, Henry, adik lelaki beliau menjadi pemangku raja. Meskipun diketahui Balwin meninggal dunia semasa dalam tahanan, sebab tepat berkenaan kematian beliau tidak diketahui. Jelasnya, beliau dianggap sebagai tawanan yang amat berharga, tetapi kemudian ditinggalkan untuk mati dalam salah sebuah daripada menara di Tsarevets, tempat di mana beliau telah dikurung. Terdapat banyak lagenda berkenaan kematian beliau, dengan alasan kematian beliau yang paling terkenal adalah di sebabkan beliau cuba menggoda isteri Kaloyan. Sejarahwan, George Acropolites melaporkan bahawa Tsar menjadikan tengkorak Baldwin sebagai sebuah cawan minuman, sepertimana yang terjadi ke atas Nicephorus I hampir 400 tahun sebelumnya, akan tetapi tiada bukti yang ditemui untuk mengesahkan kejadian ini, tidak sepertimana kes Nicephorus I. Apa yang pasti, Kaloyan telah memberitahu Paus Innocent III dan istana Balwin akan kematian beliau di dalam penjara. Sebuah menara dalam kota kubu Tsarevets di ibu kota Zaman Pertengahan bagi Bulgaria, Veliko Tarnovo, masih dikenali dengan nama Menara Baldwin.

Kehormatan Kesatria dan kejatuhan Empayar Latin

Berita merebak di Eropah dengan pantas akan kekalahan kesatria dalam Pertempuran Adrianople. Tanpa ragu-ragu, kekalahan ini adalah satu kejutan di dunia pada waktu itu, di sebabkan fakta akan kemuliaan tentera kesatria yang tak terkalah di kalangan rakyat. Berita akan para kesatria ini, yang masyur oleh kerana perjalanan mereka yang jauh, yang berjaya menakluk kota terbesar pada zaman tersebut, Constantinople, sebuah ibu kota di mana benteng-benteng kota dikhabarkan tidak boleh dipecahkan, merupakan sebuah kehancuran bagi dunia Katolik. Setelah dilucutkan daripada lingkaran cahaya, para kesatria tidak lagi dilihat sebagai sebuah kuasa yang orang lain tidak boleh mencari jalan untuk melawan. Selepas setahun pertempuran di Adrianople, satu pukulan maut dihadapi oleh Empayar Latin, sebuah luka di mana membawa penamat akhirnya.

Hasil-hasil positif

Antara hasil positif dari pertempuran di Adrianople adalah kekuatan Empayar Bulgaria Kedua yang semakin meluas dan menyelamatkan rantau Balkan daripada pengaruh Latin.

Kaloyan si Penyembelih orang Rom

Dua tahun selepas pertempuran di Adrianople, Kaloyan mara untuk menawan kota-kota Latin dan pemberontak Byzantine yang lain, yang mana mula berkonspirasi untuk menentang beliau. Sungguhpun ia adalah sebuah perintah berdarah, sejarawan Byzantia George Akropolites memberi penjelasan mengapa tsar mengeluarkan arahan ini: "Beliau ingin membalas dendam, sepertimana yang dikatakan oleh mereka, untuk syaitan, yang mana kelakuan Basil II yang menentang Bulgaria; dan, sepertimana kata beliau, sepertimana Basil memanggil diri beliau sebagai penyembelih orang Bulgaria, beliau menamakan diri beliau sendiri sebagai si Penyembelih orang Rom..."

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Phillips, Jonathan (2004) The Fourth Crusade and the Sack of Constantinople, London: Jonathan Cape ISBN 0-224-06986-1; p. 289.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 41°40′00″N 26°34′00″E / 41.6667°N 26.5667°E / 41.6667; 26.5667