Pertempuran Aquae Sextiae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pertempuran Aquae Sextae)
Pertempuran Aquae Sextiae
Sebahagian daripada Perang Cimbri

Perempuan Teuton cuba mempertahankan kem mereka, hasil lukisan Heinrich Leutemann (1882)
Tarikh102 SM
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad Rom
Pihak yang terlibat
Teuton
Ambrones
Republik Rom
Komandan dan pemimpin
Teutobod # Gaius Marius
Kekuatan

Pertempuran menentang Ambrones
c. 30,000 (pahlawan Ambrones)


Pertempuran Aquae Sextiae

c. 100,000-200,000 (pahlawan daripada seluruh persekutuan puak)[1]

Pertempuran menentang Ambrones
c. 32,000-40,000 (enam legiun + auxilia)


Pertempuran Aquae Sextiae

c. 32,000-40,000 (enam legiun + auxilia)
Kerugian dan korban
c. 100,000–200,000 terkorban atau ditawan kurang daripada 1,000 terkorban

Pertempuran Aquae Sextiae (Aix-en-Provence) tercetus pada 102 SM. Selepas menanggung kekalahan demi kekalahan, tentera Rom di bawah pimpinan Gaius Marius akhirnya menewaskan Teuton dan Ambones. Teuton dan Ambones telah berjaya disingkirkan oleh Rom dengan dakwaan yang menyatakan jumlah mereka yang terkorban seramai 200,000 manakala 90,000 yang lain telah ditawan[2] termasuklah bilangan besar orang perempuan dan kanak-kanak yang kemudiannya telah dijual sebagai hamba. Sebahagian daripada mereka dilaporkan telah menjadi pemberontak gladiator dalam Perang Hamba Ketiga.[3] Pertempuran Aquae Sextiae masih lagi dikenang dengan lokasi pertempuran itu telah diberi nama Mont St. Victoire.[4]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Setelah kekalahan Rom dalam Pertempuran Arausio, Gaius Marius yang telah menamatkan kempen Perang Jugurtha telah memperkenalkan pembaharuan terhadap angkatan tentera Rom. Pembaharuan tersebut telah menjadi titik penting kepada sejarah politik dan ketenteraan Rom.

Pada masa itu, Cimbri bersama sekutunya mengambil keputusan untuk bertumpu terhadap Itali pada tahun 102 SM manakala Marius telah bersiap sedia untuk menghalang mereka. Puak-puak itu telah dipecahkan kepada dua bahagian. Puak Teuton yang dipimpin oleh Raja Teutobod mara melalui kawasan persisiran Mediterranean dalam usaha untuk menyerang barat Itali manakala Cimbri pula mara dari Gallia hingga ke Noricum untuk pergi ke timur laut Itali.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 102 SM, Gaius Marius sedang menunggu kehadiran puak Cimbri dari kem beliau yang telah dilengkapi dengan pertahanan yang terletak berhampiran Sungai Rhone. Puak Jermanik itu cuba untuk menyerang kem Marius tetapi serangan yang berlanjutan selama tiga hari ini telah gagal dan mereka menghadapi kerugian nyawa yang mencecah ribuan orang. Hal ini telah menaikkan semangat perjuangan legiun Rom.

Teuton mengambil keputusan untuk memintas Rom ke arah utara tetapi Marius telah bergerak selari dengan musuhnya untuk memaksa mereka bertempur di sebuah tempat yang dikenali sebagai Aquae Sextiae. Marius mempunyai 40,000 tentera manakala bilangan tentera musuhnya telah mengatasi tentera Marius dengan nisbah dua kepada satu. Tentera Rom mengambil posisi di atas kawasan bukit dan seramai 4,000 legiun yang akan menjalankan serangan hendap ditempatkan di hutan berdekatan. Untuk melaga-lagakan Teuton, Marius memimpin pasukan kavalrinya untuk melancarkan serangan tetapi mereka berundur semula dan berlindung di belakang barisan legiun. Teuton telah mara dengan pantasnya mendaki kawasan bukit sebelum mereka bertembung dengan pasak dan dinding perisai Rom. Tentera Rom yang memiliki kelebihan dari sudut latihan dan peralatan berjaya membuatkan Teuton berundur dari kawasan bukit tetapi pengunduran mereka telah diekori oleh legiun Rom. Pada masa itu, tentera Teutobod telah keletihan dan tidak berdaya. Mereka juga cuba untuk membuat dinding perisai sendiri tetapi ia telah dihalang oleh gabungan tentera Rom yang baru muncul dari kawasan hutan dan melakukan serangan hendap. Barisan belakang tentera Teuton telah disingkirkan dalam serangan mengejut ini.

Lebih daripada 50,000 pahlawan Teuton telah terkorban manakala Rom hanya menghadapi kerugian nyawa seramai ribuan orang. Tentera Rom terus melakukan pembunuhan beramai-ramai di kem musuh dan menyaksikan puluhan daripada ribuan telah terbunuh dan diperhambakan.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Tentera Rom terus memberi tekanan dan asakan terhadap penceroboh Teuton dan Cimbri. Pada musim bunga tahun 101 SM, Gaius Marius bergerak menuju ke Lembah Po bersama dengan kekuatan seramai 32,000 tentera dan ditambah lagi dengan 20,000 tentera Catulus. Cimbri cuba mengelak daripada bertembung dengan Marius sepanjang musim bunga dan pada awal musim panas. Marius terus menekan Boiorix hingga ke arah barat laut dalam percubaan untuk memerangkap mereka di sepanjang laluan Alps. Dengan itu, Cimbri tidak dapat lagi melepaskan diri daripada Rom. Pada penghujung bulan Julai, kedua-dua pihak tiba di sebuah tempat yang dikenali sebagai Vercellae yang menjadi medan penentuan bagi memutuskan nasib kedua-dua pihak tersebut.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jumlah keseluruhan persekutuan puak ialah c. 250,000 orang dan yang lain menganggarkan jumlahnya c. 150,000 ialah golongan perempuan dan kanak-kanak dan meninggalkan angka pahlawan seramai c. 100,000 orang.
  2. ^ Livy Ep. 68
  3. ^ Strauss, Barry (2009). The Spartacus War. Simon and Schuster. m/s. 21–22. ISBN 1-4165-3205-6. marius german.
  4. ^ name=LTS64>Lynda Telford, Sulla: A Dictator Reconsidered, p. 64.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]