Pertempuran Breadfield

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pertempuran Breadfield
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah–Hungary
Kenyérmezői csata.jpg
Lukisan Pertempuran Breadfield.
Tarikh 13 Oktober 1479
Lokasi Breadfield (Kenyérmező), di Zsibód berhampiran Sungai Maros, Transylvania, Kerajaan Hungary
Hasil Kemenangan muktamad Hungary[1]
Pihak yang terlibat
Coa Hungary Country History Mathias Corvinus 1(1458-1490).svg Kerajaan Hungary
Empayar Uthmaniyyah
Komander
Paul Kinizsi
Bartholomew Drágfi
Stephen V Báthory
Vuk Grgurević-Branković
Dmitar Jakšić
Basarab Laiotă cel Bătrân
Ali Koca Bey
Kekuatan
12-15,000 tentera (Hungary, Serbia, Saxon Transylvania, Wallachia, Székely dan Hungary Transylvania) Sekitar 30000 tentera terdiri daripada Akıncı, Spakh dan Asab serta Janissari
1000-2000 tentera dari Wallachia[2]
Korban
3,000 terkorban[petikan diperlukan] 5,000-9,000 tentera Uthmaniyyah terkorban
1,000 tentera Wallachia terkorban[petikan diperlukan]

Pertempuran Breadfield (Bahasa Hungary: Kenyérmezei csata, Bahasa Romania: Bătălia de la Câmpul Pâinii, Bahasa Turki: Ekmek Otlak Savaşı) merupakan konflik berdarah yang terjadi di Transylvania pada 13 Oktober 1479 di Breadfield Zsibód (Şibot) berhampiran Sungai Mureş.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dengan kematian Skanderbeg, Venezia telah mengambi alih sebahagian besar kawasan perairan Balkan. Perkara ini merupakan rentetan daripada peristiwa Perang Uthmaniyyah-Venezia yang berlarutan dari tahun 1463 hingga 1479. Kesannya, Venezia menanggung kerugian yang tinggi dan dipaksa untuk memeterai Perjanjian Constantinople. Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menguasai kawasan Euboea, Lemnos dan sebahagian besar Albania. Konflik Uthmaniyyah dengan putera Moldavia, Stefan III telah mereda. Jadi, Uthmaniyyah mula menumpukan sasarannya ke arah Kerajaan Hungary yang pada masa itu diperintah oleh Matthias I. Hungary boleh dikatakan sebagai salah satu kerajaan terkuat di Eropah sambil memiliki legenda Tentera Hitam yang mempertahankan kerajaan tersebut. Beberapa siri penyerbuan ke atas Transylvania dan Wallachia oleh Uthmaniyyah telah dijalankan pada masa itu. Akhirnya, Matthias telah mengurniakan voivode Transylvania kepada Stefan V Báthory. Stefan memiliki jumlah tentera yang cukup menyamai tentera Uthmaniyyah dalam Pertempuran Breadfield pada 13 Oktober 1479.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Ali Koca Bey dan Putera Wallachia, Barasab IV mempunyai bilangan tentera antara 10,000 hingga 20,000 yang kebanyakannya terdiri daripada kavalri ringan atau digelar sebagai akinji. Sementara itu, Stefan V menjadi komander kepada 15,000 tentera yang terdiri daripada orang Hungary, Székely, Saxon Transylvania dan Serbia.

Kedua-dua pihak membahagikan pasukannya kepada tiga kumpulan. Pada awal pertempuran, pasukan sayap kanan dan pasukan tengah Uthmaniyyah memberikan tentangan yang sengit terhadap pasukan musuh masing-masing. Situasi menjadi bertambah cemas bagi pasukan tentera Hungary apabila Stefan rebah daripada tunggangan kudanya dan hampir ditawan oleh musuh setelah salah seorang kesaterianya telah membantunya pada saat-saat genting.

Secara kebiasaannya, pemimpin Uthmaniyyah akan berada di belakang pasukan tengah untuk memerhati keadaan medan pertempuran sepenuhnya. Namun dalam pertempuran ini, Ali Koca Bey menjadi komander untuk pasukan sayap kiri Uthmaniyyah dan sedang bergelut menentang tentera musuh sekali gus menyukarkannya untuk merencanakan strategi dalam keadaan yang sukar. Jeneral Hungary yang terkenal iaitu Pál Kinizsi sedang memimpin pasukan sayap kanan Stefan. Beliau berjaya mengheret pasukan musuhnya dari tengah medan sebelum mengucar-ngacirkan saingannya dengan melancarkan serangan bertali arus. Pasukan kavalri beliau kemudian dikirim untuk menyerang pasukan tengah Uthmaniyyah sebelum arahan berundur dibuat kepada seluruh pasukan Uthmaniyyah.

Tentera Uthmaniyyah telah kehilangan nyawa seramai 5,000 hingga 10,000 manakala tentera Hungary pula hanya kurang daripada 3,000 nyawa terkorban.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Battle of Breadfield (1479), 'Conflict and Conquest in the Islamic World: A Historical Encyclopedia, Vol. 1, ed. Alexander Mikaberidze, (ABC-CLIO, 2011), 215.
  2. ^ a b c Kármán & Kunčevic 2013, m/s. 266.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]