Pertempuran Bu'ath

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pertempuran Bu'ath berlangsung pada tahun 617 M antara Bani Aws dan Bani Khazraj, suku kaum Arab Yathrib (kini Madinah), di Saudi Arabia. Pertempuran berlaku di wilayah tenggara oasis kepunyaan suku Yahudi, Bani Quraizah. Aws dibantu suku Yahudi daripada Bani Quraizah dan Bani Nadhir serta Arab Badwi daripada Bani Muzaina. Ketua gabungan ini ialah Hudair ibn Simak. Bani Khazraj dipimpin Amr ibn al-Numan dan tersiri daripada kebanyakan ahli Bani Khazraj dan suku Badwi Bani Juhaina dan Asyja. Suku Haritha daripada Bani Aws dan ketua Khazraj, Abdullah bin Ubai berkecuali. Pada awal pertempuran, pihak Aws terpaksa berundur, tetapi kemudian membuat serangan balas dan menewaskan Khazraj; kedua-dua ketua pasukan yang bertempur terbunuh. Walaupun Aws menang dalam pertempuran, hasilnya yang sebenar ialah gencatan senjata dan bukan keputusan muktamad.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bosworth, C.E. P.J. Bearman, Th. Bianquis, C.E. Bosworth, E. van Donzel and W.P. Heinrichs, penyunting. Bu'ath. Encyclopaedia of Islam Online. Brill Academic Publishers. ISSN 1573-3912. 
  2. ^ "Medina". Jewish Encyclopedia. 

Koordinat: 24°28′N 39°36′E / 24.467°N 39.600°E / 24.467; 39.600