Pertempuran Bukit Gqokli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Bukit Gqokli
Sebahagian daripada Perang Saudara Zulu
TarikhMay 1818
Lokasi
Bukit Gqokli, Afrika Selatan
Keputusan Kemenangan mutlak Zulu
Pihak yang terlibat
Zulu Ndwandwe
Komandan dan pemimpin
Shaka Zwide dan anaknya Nomahlanjana
Kekuatan
500 (awalnya) 1,500 (awalnya)
Kerugian dan korban
2,000 7,500

Pertempuran Bukit Gqokli berlangsung pada tahun 1818, dab merupakan sebahagian dari Perang Saudara Zulu, antara Shaka dari negara Zulu dan Zwide dari Ndwandwe, dalam jajahan Shaka dekat selatan Ulundi masa kini.

Ia merupakan pertempuran utama pertama Shaka menentang Zwide, yang menyedari bahawa jiran selatannya akan mencetuskan masalah di masa hadapan. Seorang pakar taktikal, sungguhpun diatasi 2:1, telah memastikan kemenangan berpihak kepada Shaka. Dia meletakkan tentera di air cetek di mana tentera Zwide, dibawah pimpinan Nomahlanjana, perlu meredah Sungai Umfolozi Putih, bagi melewatkan musuh ketika ia memiliki kelebihan. Sementara itu, dia memusnahkan kawasan sekitar sungai, dan meletakkan tenteranya sekeliling puncak bukit Gqokli, dengan simpanan, dan kesemua bekalannya, dalam lekukan di puncak bukit tersebut.

Dia menghantar sebahagian tentera sebagai umpan bagi menghalau lembu lari - Nomahlanjana kemudiannya memecahkan pasukannya bagi menangkap lembu sebagai bekalan makanan. Displin di sebelah pihak Kerajaan Zulu memastikan bahawa pasukan Ndwandwe yang mengepung melontar assegai mereta tanpa kesan tetapi tidak dapat senjata dilontarkan kembali pada mereka. Bulatan yang semakin mengecil di sebelah pihak penyerang turut menyebabkan kesesakan.

Bertempur merupakan kerja yang mendahagakan, dan pada penhujung hari ramai dari pihak Ndwandwe menyusup kembali ke sungai untuk minum - semakin mengurangkan pasukan Nomahlanjana. Gagal mencapai kemajuan dengan serangan berhadapan pada Shaka, Nomahlanjana memutuskan bagi menumpukan kesemua tenteranya pada satu titik. Ketika itu, taktik Shakas mula dilaksanakan - pasukan simpanannya meluru menuruni bukit dalam dua barisan dan memusnahkan lajur tersebut. Bagaimanapun, pasukannya yang berkurangan tidak mencukupi bagi menyebabkan kekalahan yang sepenuhnya, dan baki pasukan Ndwandwe berjaya berundur ke utara.



Pautan luar[sunting | sunting sumber]