Pertempuran Firaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Firaz
Sebahagian daripada Perang Arab-Byzantine dan
Penaklukan Parsi oleh Muslim
TarikhJanuari 634 M
Lokasi
Firaz, Mesopotamia (Iraq)
Keputusan Kemenangan muktamad pihak Muslim[1]
Pihak yang terlibat
Kekhalifahan al-Rasyidin Empayar Byzantine
Empayar Sasan Parsi
Arab Kristian
Komandan dan pemimpin
Khalid bin al-Walid Hormozd Jadhuyih
Kekuatan
15,000 150,000-300,000
Kerugian dan korban
1 cedera di kaki Semua pasukan

Pertempuran Firaz ialah pertempuran terakhir panglima Muslim, Khalid bin al-Walid, di Mesopotamia, (Iraq), menentang angkatan tentera gabungan Empayar Byzantine, Empayar Sasan dan Arab Kristian.[2] Tentera Khalid terdiri daripada 15,000 orang,[3] sementara kekeutan tentera gabungan dianggarkan sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda kekeutan tentera Khalid.[3]

Pertempuran ini berkesudahan dengan kemenangan Khalid dan merupakan penaklukan pertama Mesopotamia oleh orang Islam. Ketajuhan Empayar Sasan dan penaklukan Parsi oleh orang Islam menjadi lengkap selepas kemenangan besar pihak Muslim dalam Pertempuran al-Qadisiyah

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada penghujung 633 M, orang Islam berjaya menguasai lembah Euphrates. Firaz, pangkalan terpencil di pinggir Empayar Parsi yang masih dipertahankan garison Parsi, terletak di dalam lembah ini. Khalid membuat keputusan untuk mengusir Parsi dari pangkalan ini kerana khuatir Parsi akan melancarkan serangan bagi menawan semula wilayah-wilayah mereka. Beliau mara ke Firaz dengan pasukannya dan tiba di Firaz pada minggu pertama Disember 633 M. Firaz merupakan sempadan antara dua empayar besar, Empayar Byzantine dan Empayar Sasan, kedua-dua empayar mempunyai garison di sana. Byzantine memutuskan untuk membantu Parsi menghadapi ancaman daripada tentera Islam, dan kekuatan angkatan gabungan Byzantine dan Parsi serta kerajaan ufti Arab Kristian mereka sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda kekuatan Muslim. Jeneral Byzantine sangat yakin dengan kekuatan barisan tentera gabungan ini dan menghantar utusan kepada Khalid dan menuntut Khalid menyerah kalah. Khalid menjawab bahawa beliau akan menjawab tuntutan angkatan gabungan di medan tempur.[4]

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Khalid memberi musuhnya pilihan untuk menyeberang Sungai Euphrates, dan sebaik sahaja mereka melakukan demikian, Khalid bertindak. Tentera gabungan membelakangkan sungai dan kedudukan mereka sama dengan kedudukan yang dialami musuh tentera Islam dalam pertempuran di Mazar. Khalid menghimpit rusuk musuh dengan sayap formasinya, dan dengan membuat gerakan pantas, tentera Islam menyerbu ke jambatan yang merintangi sungai dan berjaya menawan jambatan tersebut. Justeru pihak Byzantine dan Sasan terperangkap dalam gerakan penyepit dengan tentera Islam berada di hadapan dan di belakang mereka. Pihak Muslim meningkatkan serangan dan mengetatkan jerut di leher musuh. Dalam pertarungan yang berlaku, pihak Byzantine dan Sasan terpaksa berundur dengan mengharungi sungai dan dalam keadaan kucar-kacir, mereka berundur sambil dihujani anak panah Muslim. Pertempuran berdarah ini menjadi lebih hebat dan lebih daripada 50,000 orang Byzantine, Sasan dan Arab Kristian terkorban. Akhirnya Firaz, kubu kuat terakhir di Mesopotamia Parsi, jatuh ke tangan orang Islam.[4]

Niat Khalid[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan pertempuran apabila kelihatan yang tentera Muslim berhadapan dengan kemungkinan yang mereka mungkin tewas, Khalid membuat niat bahawa sekiranya beliau akan menjalankan ibadat Haji sekiranya berjaya dalam pertempuran. Selepas meraih kemenangan, Khalid tinggal di Firaz buat seketika bagi menguruskan pentadbiran wilayah yang baru ditakluk. Pada bulan Januari 634 M, sementara sebuah garison berkawal di Firaz, angkatan utama tentera Muslim diarah pulang ke al-Hirah. Khalid tinggal di belakang bersama-sama pasukan belakang tenteranya. Semasa mara ke al-Hirah, Khalid berpisah daripada tenteranya dan terus menuju Makkah mengikut laluan yang jarang-jarang digunakan dengan sepasukan kecil. Beliau sempat menunaikan Haji secara rahsia dan kemudian pulang ke al-Hirah dan sampai di sana sebaik sahaja kontinjen terakhir tenteranya tiba, seolah-olah beliau tidak ke mana-mana dan berada di barisan belakang pasukannya sepanjang perjalanan mereka dari Firaz ke al-Hirah. Dan mahupun Khalid bersusah payah untuk memastikan yang beliau tidak dicam semasa menunaikan Haji di Makkah, berita tiba di telinga Khalifah Abu Bakar RA bahawa Khalid telah meninggalkan pasukannya di Iraq dan telah menziarah Makkah tanpa kenal. Khalid menerima surat daripada Khalifah Abu Bakar yang memintanya agar tidak mengulangi tindakannya.[4]

Sumber dalam talian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sykes, Percy, History of Persia, Vol.1, (Routledge and Kegan Paul:London, 1969), 492.
  2. ^ Sykes, 491.
  3. ^ a b A.I. Akram, The Sword of Allah: Khalid bin al-Waleed, His Life and Campaigns, Nat. Publishing. House, Rawalpindi (1970) ISBN 0-7101-0104-X.
  4. ^ a b c pioneer, Campaigns in Western Iraq