Pertempuran Franklin (1864)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Franklin
Sebahagian daripada Perang Saudara Amerika

Pertempuran Franklin, oleh Kurz dan Allison (1891).
Tarikh30 November 1864 (1864-11-30)
Lokasi
Keputusan Kemenangan kepada pihak Kesatuan[1]
Pihak yang terlibat
Amerika Syarikat Amerika Syarikat Negeri-negeri Gabungan Amerika Negeri-negeri Gabungan
Komandan dan pemimpin
John M. Schofield John Bell Hood
Unit terlibat
Tentera Ohio Tentera Tennessee
Kekuatan
27,000[2] 27,000[2]
Kerugian dan korban
2,326 keseluruhannya
189 terbunuh
1,033 tercedera
1,104 hilang/ditangkap[2]
6,252 keseluruhannya
1,750 terbunuh
3,800 tercedera
702 hilang/ditangkap[2]

Pertempuran Franklin telah berlaku pada 30 November 1864 di Franklin, Tennessee dan ia adalah sebahagian daripada Kempen Franklin–Nashville dalam Perang Saudara Amerika. Ia adalah salah satu bencana peperangan paling teruk bagi Angkatan Tentera Negeri Gabungan. Leftenan Jeneral John Bell Hood dari Tentera Gabungan Tennessee mengendalikan banyak serangan hadapan terhadap kedudukan pertahanan yang diduduki oleh Angkatan Tentera Kesatuan dibawah Mejar Jeneral John M. Schofield, dan Hood tidak mampu menembusi ataupun menghalang Schofield daripada berundur secara teratur dan terancang ke Nashville.

Serangan tentera Gabungan terdiri daripada enam divisyen infantri yang mengandungi lapan belas briged dengan 100 rejimen seramai hampir 20,000 orang, yang juga dikenali sebagai "Serangan Pickett di Barat" menyebabkan kerosakan yang besar kepada tentera dan pegawai tentera Tennessee dimana 14 orang Jeneral (enam terbunuh atau tercedera sehingga mati, tujuh tercedera dan seorang tertangkap) dan 55 komander rejimen menjadi mangsa. Setelah kekalahannya terhadap Mejar Jeneral George H. Thomas dalam pertempuran seterusnya di Nashville, tentera Tennessee berundur dengan separuh tentera dimana mereka memulakan serangan pendek dan berjaya memusnahkan sebagai kuasa melawan untuk baki perang.

Pertempuran tahun 1864 ini merupakan tindakan ketenteraan kedua di Franklin. Pertempuran yang berlaku pada tahun sebelumnya adalah satu pergelutan kecil berkaitan dengan penguatkuasaan peninjauan yang diketuai oleh pemimpin tentera berkuda Gabungan, Mejar Jeneral Earl Van Dorn pada 10 April.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ NPS
  2. ^ a b c d David J. 2001, m/s. 774

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Connelly, Thomas L., penyunting (1971), Autumn of Glory: The Army of Tennessee 1862–1865, Baton Rouge: Louisiana State University Press, ISBN 0-8071-2738-8 Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  • David J., Eicher, penyunting (2001), The Longest Night: A Military History of the Civil War (dalam bahasa Inggeris), Jakarta: Simon & Schuster, ISBN 0-684-84944-5 Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Esposito, Vincent J., penyunting (1959), West Point Atlas of American Wars (dalam bahasa Inggeris), New York: Frederick A. Praeger, OCLC 5890637 Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan) (Koleksi peta tanpa teks penerangan tersedia secara dalam talian di tapak web West Point Diarkibkan 2012-08-29 di archive.today.
  • Hood, John Bell (penyunting), Advance and Retreat: Personal Experiences in the United States and Confederate States Armies (dalam bahasa Inggeris), Lincoln: University of Nebraska Press, ISBN 978-0-8032-7285-9 Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan) (Pertama kali diterbitkan untuk Tabung Peringatan Anak Yatim Hood oleh G. T. Beauregard)
  • Horn, Stanley F., penyunting (1941), The Army of Tennessee: A Military History (dalam bahasa Inggeris), Indianapolis: Bobbs-Merrill, OCLC 2153322 Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  • Jacobson, Eric A.; Rupp, Richard A. (2007), For Cause & for Country: A Study of the Affair at Spring Hill and the Battle of Franklin (dalam bahasa Inggeris), Franklin: TN: O'More Publishing, ISBN 0-9717444-4-0 Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  • Kennedy, Frances H., ed., penyunting (1998), The Civil War Battlefield Guide (dalam bahasa Inggeris), 2, Boston: Houghton Mifflin Co., ISBN 0-395-74012-6 Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: extra text: editors list (link)
  • McPherson, James M., ed. Battle Chronicles of the Civil War: 1864. Connecticut: Grey Castle Press, 1989. ISBN 1-55905-024-1. First published in 1989 by McMillan.
  • McPherson, James M. Battle Cry of Freedom: The Civil War Era. Oxford History of the United States. New York: Oxford University Press, 1988. ISBN 0-19-503863-0.
  • Nevin, David, and the Editors of Time-Life Books. Sherman's March: Atlanta to the Sea. Alexandria, VA: Time-Life Books, 1986. ISBN 0-8094-4812-2.
  • Sword, Wiley. The Confederacy's Last Hurrah: Spring Hill, Franklin, and Nashville. Lawrence: University Press of Kansas, 1993. ISBN 0-7006-0650-5. First published with the title Embrace an Angry Wind in 1992 by HarperCollins.
  • Welcher, Frank J. The Union Army, 1861–1865 Organization and Operations. Vol. 2, The Western Theater. Bloomington: Indiana University Press, 1993. ISBN 0-253-36454-X.
  • National Park Service battle summary
  • CWSAC report update

Pautan luar[sunting | sunting sumber]