Pertempuran Gorni-Dubnik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Gorni-Dubnik
Sebahagian daripada the Perang Rusia-Turki (1877–1878)

Pertempuran Gorni-Dubnik
Tarikh24 Oktober 1877
Lokasi
Keputusan Kemenangan Rusia
Pihak yang terlibat
 Empayar Rusia  Empayar Uthmaniyah
Komandan dan pemimpin
Iosif Gurko Ahmed Hifzi Pasha
Kekuatan
18,000 4,000
Kerugian dan korban
829 terbunuh 1,500 terbunuh dan sakit
2,289 penyakit

Dalam usaha hendak menawan kubu Pleven dengan cepat, tentera Rusia mula mensasarkan garison sepanjang laluan perbekalan dan perhubungan Tentera Uthmaniyah. Sejumlah besar garison telah dihapuskan semasa Pertempuran Lovcha pada bulan September. Jeneral Iosif Gurko telah dipanggil dari kawasan Shipka Pass untuk menangani lebih banyak garison yang melindungi Pleven.

Pada 24 Oktober, Gourko telah menyerang kubu Gorni Dubnik. Serangan tentera Rusia ditentang hebat tetapi dua kolum tentera Rusia dengan mudah dapat mengundurkan garisan pertahanan Uthmaniyah. Batalion penembak tepaj Finland terbabit dalam pertempuran dan menyerbu dinding kota. Gourko terus menyerang dan komander garrison iaitu Ahmed Hifzi Pasha menyerah. Pada tempoh sebulan beberapa lagi garison Uthmaniyah ditawan termasuk Orhanie. Pada 24 Oktober, tentera Rusia telah mengepung Pleven yang kemudiannya menyerah diri pada 10 Disember.

Pertempuran itu diperingati oleh Regimen Pengawal Finland pada 24 Oktober sebagai hari penghormatan bagi keturunan batalion penembak tepat Pengawal Finland, Regimen Jaeger Pengawal Finland.