Pertempuran Hittin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pertempuran Hattin)
Pertempuran Hattin
Sebahagian daripada Perang Salib

Ilustrasi Pertempuran Tanduk Hattin dalam manuskrip lama
Tarikh4 Julai 1187
Lokasi
Hittin, berhampiran Tiberias
32°48′13″N 35°26′40″E / 32.80361°N 35.44444°E / 32.80361; 35.44444Koordinat: 32°48′13″N 35°26′40″E / 32.80361°N 35.44444°E / 32.80361; 35.44444
Keputusan Kemenangan muktamad Ayubiyyah
Pihak yang terlibat
Kerajaan Jerusalem
Kesatria Templar
Kesatria Hospitaller
Order Santo Lazarus
Kerajaan Antioch
Dinasti Ayubiyyah
Komandan dan pemimpin
Guy dari Lusignan #
Raymond III dari Tripoli
Balian dari Ibelin
Gerard de Ridefort #
Raynald dari Châtillon #
Salahuddin al-Ayyubi
Gokbori
Al-Muzaffar Umar[1]
Al-Adil I
Al-Afdal ibn Salahuddin[2]
Kekuatan

20,000 orang[3][4]

30,000 lelaki[6][4]
Kerugian dan korban
semua orang Mungkin besar juga

Pertempuran Hattin pada Julai 1187 merupakan kekalahan besar bagi Pejuang Salib, dan membuka jalan bagi kuasa kota Baitulmaqdis berpindah daripada orang Nasrani kepada orang Islam di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi.

Pertempuran Hattin berlaku di tempat berhampiran dengan Tiberias, di kawasan dimana ciri-ciri geografik utamanya adalah bukit berkembar, sebenarnya gunung berapi mati, ("Tanduk Hattin") sebelah laluan melalui pergunungan utara antara Tiberias dan jalan dari Acre di sebelah barat.

Jalan Darb al-Hawarnah, dibina oleh orang-orang Rom, menjadi laluan utama timur-barat antara teluk (ford) Jordan, Laut Galilee dan persisiran Mediterranean. Salahuddin Al-Ayubbi telah menawan bandar Tiberias, di sebelah timur, pada 2 Julai 1187 dengan hanya sebahagian kecil tenteranya. Raymond III dari Tripoli, yang isterinya, Eschiva dikepung di kubu di Tiberias, dan Raja Guy dari Jerusalem berada di Acre dengan sebahagian besar tentera Salib, yang mengandungi 1200 kesasteria, kemungkinannya hampir seramai 20 000 tentera berjalan kaki, dan sejumlah besar tentera upahan yang diupah dengan wang yang didermakan kepada Kerajaan Jerusalem oleh Henry II dari England. Raymond menekankan bahawa pergerakan dari Acre ke Tiberias merupakan apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Salahuddin dan Sephoria merupakan kedudukan yang kukuh untuk dipertahankan oleh tentera salib, tetapi akibat pertelingkahan dalaman istana dan tuduhan pengecut, Raja Guy memerintahkan tenteranya bergerak menentang Salahuddin di Tiberias. Ini merupakan apa yang dirancang oleh Salahuddin, kerana dia mengira bahawa dia hanya mampu mengalahkan tentera salib di pertempuran lapangan, dan bukannya dengan mengepung kubu mereka.

Tentera Salib memulakan pergerakan mereka dari Sephoria pada 3 Julai dan hampir serta-merta diganggu oleh tentera berkuda Muslim. Pada waktu tengahari, Salahuddin bergabung dengan tenteranya di Cafarsett dan menghantar tenteranya untuk bertempur dengan tentera Salib yang keletihan dan semakin sedikit. Tentera Salib telah dibahagi kepada 3 bahagian dan pasukan belakang (rearguard) telah dipaksa berhenti oleh serangan yang berterusan, dengan itu memberhentikan keseluruhan tentera Salib. Tentera Salib selepas seharian tanpa air, terpaksa berkhemah ditengah-tengah padang rumput, dikelilingi oleh tentera Salahuddin, yang menyalakan api di sekeliling khemah pada waktu malam bagi mengganggu tentera Raja Guy.

Pada pagi 4 Julai tentera Salib, dahaga dan patah semangat, membongkar khemah dan bergerak ke arah matair Hattin, tetapi pergerakan mereka yang tidak sekata diserang oleh tentera Salahuddin yang menghalang pergerakan ke hadapan dan sebarang cubaan untuk berundur. Count Raymond melancarkan dua serbuan untuk meloloskan diri. Serbuan keduanya menyebabkan dia terpisah dari badan tentera utama dan memaksa dia berundur. Kebanyakan tentera berjalan kaki Salib melarikan diri ke Tanduk Hattin. Tanpa perlindungan tentera infantri, kuda kesasteria dibunuh oleh pemanah tentera Muslim dan mereka terpaksa berjuang berjalan kaki dan mereka juga turut berundur ke Tanduk Hattin. Tentera Salib dikepung dan, walaupun tiga kali menyerbu ke arah kedudukan Salahuddin, dapat dikalahkan. Pihak Muslim berjaya menawan khemah diraja Raja Guy, dan juga Salib Sebenar (True Cross), barangan reninggalan yang suci bagi tentera Salib. Salahuddin menawan Raja Guy, termasuk Raynald dari Chatillon, yang dibunuh Salahuddin sendiri, memenuhi ancamannya yang dibuatnya apabila Raynald mengganggu perniagaan orang Islam dan laluan haji pada awal abad tersebut. Gerard de Ridefort, Grand Master bagi Kesasteria Templar, dan Grand Master Kesasteria Hospitaller turut ditawan. Kemungkinannya 3,000 pejuang Salib lepas lari. Dari mereka yang ditawan, hanya mereka dengan keluarga yang kaya ditebus, yang bakinya dihadikan hamba abadi dan kesasteria kumpulan bersenjata (military orders) dihukum bunuh.

Pada pertengahan September, Salahuddin telah menawan Acre, Nablus, Jaffa, Toron, Sidon, Beirut dan Ascalon, dan Jerusalem jatuh ke tangan tentera Muslim pada 2 Oktober 1187, menandakan berakhirnya kehadiran Nasarani di Outremer.

Berita kekalahan teruk di Hattin merupakan pendorong kepada pembentukan Perang Salib Ketiga.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]