Pertempuran Hazir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Hazir.
Sebahagian daripada Penaklukan Levant oleh Muslim
(Perang Arab-Byzantine)
TarikhJun 637 M
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad Kekhalifahan al-Rasyidin
Pihak yang terlibat
Kekhalifahan al-Rasyidin
(Pengawal Bergerak)
Empayar Byzantine
Komandan dan pemimpin
Khalid bin al-Walid Menas†
Kekuatan
17,000 70,000
Kerugian dan korban
Minimum Seluruh angkatan tentera

Pertempuran Hazir berlangsung antara angkatan Empayar Byzantine dengan Pengawal Bergerak tentera Kekhalifahan al-Rasyidin pada Jun 637 M. Pertempuran berlaku di Hazir, Syria, lebih kurang 5 kilometer (3.1 bt) di timur Qinasrin.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Selepas penaklukan Baitulmaqdis, Khalifah Umar al-Khattab pulang ke ibu negaranya, Madinah. Beliau mengarahkan Yazid bin Abu Sufyan supaya bergerak mara ke Caesarea. Yazid terus ke Caesarea dan sekali lagi mengepung kota pelabuhan tersebut. Sementara itu Amr bin al-As dan Syurahbil bin Hasanah mara untuk menawan Palestin dan Jordan semula. Mereka berjaya melaksanakan tugas tersebut sepenuhnya pada hujung tahun 637 M. Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan Khalid bin al-Walid pula, dengan naggota tentera seramai 17,000 orang, mara dari Baitulmaqdis untuk menawan selurh wilayah di utara Syria.

Abu Ubaidah bergerak ke Damsyik, yang pada masa itu dalam tangan Muslim, dan kemudian ke Emesa (Homs). Objektifnya ialah Qinasrin dan beliau bergerak menuju kubu itu dengan angkatannya didahului Pengawal Bergerak yang dipimpin Khalid bin al-Walid. Pasukan Khalid tiba di Hazir, 5 kilometer (3.1 bt) di arah timur Qinasrin, dan di sini, pasukan ini diserang oleh sebuah pasukan Byzantine yang kuat. Panglima Byzantine di Qinasrin seorang jeneral bernama Menas, seorang jeneral yang disegani dan disayangi para soldadunya. Menas sedar sekiranya beliau menunggu di Qinasrin, beliau akan dikepung tentera Muslim dan akhirnya terpaksa menyerah diri oleh sebab beliau tahu yang Maharaja Byzantine, Heraclius, tidak dapat membantunya. Lantas Menas membuat keputusan untuk menjalankan serangan terhadap pasukan hadapan tentera Muslim di satu tempat di luar kawasan kubu Qinasrin, dan menewaskan pasukan hadapan tersebut senbelum pasukan utama Muslim tiba di medan. Dengan berbekalkan rencana ini, Menas menyerang Pasukan Bergerak Khalid dengan angkatan seramai 70,000 orang Byzantine; dapat dilihat bahawa beliau tidak mengetahui tentang kehadiran Khalid ataupun beliau tidak mempercayai apa yang didengarnya tentang ketangkasan Khalid sebagai panglima tentera.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Pertempuran bermula di sebuah lembangan yang terletak lebih kurang lima kilometer di timur Qinasrin, iaitu sebuah tempat bernama Hazir, sebuah perkampungan petani. Khalid mengatur pasukannya ke dalam formasi perang; Menas mengatur pasukannya dalam formasi sebuah ketumbukan di bahagian tengah dengan dua sayap, dan seperti Khalid, memimpin pasukannya di hadapan. Tidak lama kemudian, kedua-dua angkatan beraksi dan bertarung di Hazir. Menas terbunuh semasa pertempuran masih baru dan apabila berita kematiannya tersebar, para tenteranya menyerang dengan garang bagi membalas dendam tindakan Muslim yang telah membunuh panglima kesayangan mereka. Namun, mereka berhadapan dengan sebuah pasukan tentera yang terunggul pada zaman itu. Khalid membawa sebuah pasukan berkuda dan bergerak dari sisi sebuah sayap Byzantine dan menyerang pasukan Romawi dari belakang. Tidak lama kemudian seluruh pasukan Byzantine dikepung dan keazaman mereka untuk membalas dendam berkesudahan dengan kemusnahan keseluruhan tentera Byzantine—tidak seorang Romawi pun yang terselamat dalam pertempuran.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tabari: Vol. 3, p. 98.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • A.I. Akram, The Sword of Allah: Khalid bin al-Waleed, His Life and Campaigns, Nat. Publishing. House, Rawalpindi (1970) ISBN 978-0-7101-0104-4.