Pertempuran Jambatan Besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Jambatan Besi
Sebahagian daripada Perang Arab-Byzantine dan
Kempen Khalid bin al-Walid

Sungai Orontes, Antakya. Pertempuran berlangsung berdekatan dengan sungai ini.
TarikhOktober 637 M
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad Muslim, Antakya ditakluk Khulafa al-Rasyidin
Pihak yang terlibat
Khulafa al-Rasyidin Empayar Byzantine,
Arab Kristian
Komandan dan pemimpin
Khalid bin al-Walid,
Abu Ubaidah bin al-Jarrah
Heraclius
Kekuatan
17,000[1] 20,000-30,000[1]
Kerugian dan korban
Minimum 10,000+[1]

Pertempuran Jambatan Besi berlangsung antara tentera Muslim pihak Khulafah al-Rasyidin dengan tentera Empayar Byzantine pada tahun 637 M. Pertempuran berlaku berdekatan dengan sebuah jambatan batu yang merentangi Sungai Orontes. Pertempuran ini dinamakan sempena jambatan ini. name. Pertempuran ini juga merupakan satu daripada pertempuran yang terakhir yang berlaku antara Kekhalifahan al-Rasyidin dengan Empayar Byzantine di Syria Romawi. Pertempuran ini menandakan penaklukan wilayah Syria Romawi yang hampir lengkap dengan terjatuhnya Antakya, ibu negeri wilayah tersebut, ke dalam tangan orang Islam

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Tentera al-Rasyidin telah mendapat kemenangan besar dalam Pertempuran Yarmuk dan berikutan kemenangan ini mereka berjaya menakluk wilayah Levant. Baitulmaqdis pula ditakluk Kekhalifahan al-Rasyidin tidak lama kemudian. Angkatan tentera Khulafah al-Rasyidin kemudian bergerak ke arah utara dan berjaya menakluk beberapa wilayah di Levant. Mereka memasuki ke dalam bahagian utara Syria berdekatan sempadan Syria dengan Anatolia, dengan niat untuk menawan Antakya dan untuk memastikan keselamatan wilayah yang mereka takluki daripada ancaman dari sebelah utara. Selepas menawan Aleppo, Abu Ubaidah bin al-Jarrah menghantar sepasukan tenteranya di bawah pimpinan Malik al-Asytar untuk menawan Azaz di Syria Utara, pada sebelah timur Pergunungan Taurus. Penaklukan Azaz penting bagi memastikan tidak ada pasukan tentera Byzantine berada pada sebelah utara Aleppo yang dapat menyerang tentera al-Rasyidin dari arah rusuk dan belakang semasa tentera al-Rasyidin menjalankan operasi terhadap Antioch.[1] Sebaik sahaja Malik pulang menyertai tenteranya, Abu Ubaidah bergerak ke arah barat bagi menakluk Antioch, dengan didahului pasukan Pengawal Bergerak pimpinan Khalid bin al-Walid yang bertindak sebagai pengawal hadapan. Ketumbukan ini bergerak terus ke arah barat dari melalui bandar Harim dan mendekati Antakya dari arah timur.[2]

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Sebuah jambatan besi merentangi Sungai Orontes 19 kilometer (12 bt) dari bandar Antakya. Tempat ini menjadi medan pertempuran antara tentera al-Rasyidin dengan garison tentera Byzantine yang mempertahnakan Antakya. Perincian pertempuran heabt ini tidak dicatatkan, akan tetapi sama Khalid bin al-Walid dan Pengawalnya memainkan peranan besar. Angkatan Byzantine mengalami kerugian besar dan tewas di tangan tentera Muslim. Kerugian Byzantine dalam pertempuran ini adalah yang tertinggi dalam kempen-kempen Penaklukan Levant oleh Muslim, kurang Pertempuran Ajnadain dan Yarmuk.[3] Saki-baki tentera Byzantine melarikan diri ke Antakya. Tentera al-Rasyidin kemudian mengepung Antakya. Kota Antakya menyerah kalah pada 30 Oktober 637 M dan mengikut perjanjian, tentera Byzantine dibenarkan keluar dari kota tanpa gangguan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Akram, A.I. (1970). The Sword of Allah: Khalid bin al-Waleed, His Life and Campaigns, chapter 36. Nat. Publishing. House, Rawalpindi. ISBN 0-7101-0104-X.
  2. ^ al-Tabari, Muhammad ibn Jarir. History of the Prophets and Kings, Vol. 3, p. 98.
  3. ^ al-Tabari, Muhammad Ibn Jarir. History of the Prophets and Kings, Vol. 3, pp.: 99-100.