Pertempuran Kiev (1941)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Pertama Kiev
Sebahagian daripada Operasi Barbarossa di Barisan Timur dalam Perang Dunia II

Barisan Timur pada masa Pertempuran Kiev
Tarikh23 Ogos – 26 September 1941
Lokasi
Timur dan Selatan Kiev, RSS Ukraine, Soviet Union
Keputusan Kemenangan Jerman
Perubahan
wilayah
Jerman menawan Kiev
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi  Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin
Jerman Nazi Fedor von Bock
Jerman Nazi Gerd von Rundstedt
Jerman Nazi Heinz Guderian
Kesatuan Soviet Semyon Budyonny (Digugurkan dari tugas pada 13 September.)
Kesatuan Soviet Semyon Timoshenko
Kesatuan Soviet Mikhail Kirponos 
Kekuatan
500,000 627,000[1]
Kerugian dan korban

66,320 anggota[a]

14,839 terbunuh
48,702 cedera
2,779 hilang
Jumlah: 700,544[1]
Terbunuh, ditawan atau hilang: 616,304
Cedera: 84,240
Musnah: 411 kereta kebal dan SPG,[3] 343 pesawat[3]

Pertempuran Kiev Pertama adalah nama Jerman bagi operasi yang mengakibatkan tentera Soviet yang sangat besar terkepung di sekitar Kiev semasa Perang Dunia II. Pengepungan ini dianggap yang terbesar dalam sejarah peperangan (dari segi jumlah askar). Operasi ini berlangsung dari 7 Ogos hingga 26 September 1941 sebagai sebahagian daripada Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan tentera Paksi ke atas Soviet Union.[4] Didalam sejarah ketenteraan Soviet, ia dirujuk sebagai Operasi Pertahanan Strategik Kiev, dengan tarikh yang agak berbeza pada 7 Julai – 26 September 1941.[5]

Sebahagian besar Barisan Barat Daya Tentera Merah (Mikhail Kirponos) telah dikepung tetapi kumpulan-kumpulan kecil pasukan Tentera Merah berjaya melepaskan diri dari kelompok itu bersama-sama markas Marsyal Semyon Budyonny, Marsyal Semyon Timoshenko dan Komisar Nikita Khrushchev, beberapa hari selepas gerakan penutup Jerman bertemu di timur kota itu. Kirponos terperangkap dibelakang garisan Jerman dan terbunuh semasa cuba melolos keluar.

Pertempuran ini merupakan kekalahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini buat Tentera Merah, mengatasi Pertempuran Białystok–Minsk pada Jun–Julai 1941. Pengepungan ini memerangkap 452,700 askar, 2,642 meriam dan mortar serta 64 kereta kebal, dari jumlah ini hampir 15,000 melepaskan dari pengepungan itu pada 2 Oktober. Barisan Barat Daya mengalami 700,544 kasualti, termasuk 616,304 terbunuh, ditawan atau hilang semasa pertempuran itu. Tentera Darat Ke-5, Ke-37, Ke-26, Ke-21 dan Ke-38, mengandungi 43 divisyen, telah hampir dimusnahkan dan Tentera Darat Ke-40 mengalami banyak kerugian. Seperti Barisan Barat sebelum ini, Barisan Barat Daya perlu dicipta semula dari awal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Read, Anthony (2005). The Devil's Disciples: Hitler's Inner Circle. W W Norton & Co. ISBN 0-3933-2697-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Glantz, David (2001). The Soviet-German War 1941-1945: Myths and Realities: A Survey Essay. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2017-07-22. Dicapai pada 2017-12-17.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Clark, Alan (1965). Barbarossa: The Russian-German Conflict, 1941-45. London: William Morrow and Company.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Glantz, David (2011). Barbarossa Derailed: The battle for Smolensk, Volume 2. Birmingham: Helion & Company. ISBN 1-9060-3372-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Glantz, David (1995). When Titans Clashed: How the Red Army Stopped Hitler. Lawrence: University Press of Kansas. ISBN 0-7006-0899-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Guderian, Heinz (1952). Panzer Leader. New York: Da Capo Press. ISBN 0-3068-1101-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Krivosheev, Grigori F. (1997). Soviet Casualties and Combat Losses in the Twentieth Century. London: Greenhill Books. ISBN 1-85367-280-7.CS1 maint: ref=harv (link)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Erickson, John (1975). The Road to Stalingrad, Stalin's War with Germany. New York: Harper & Row. ISBN 0-06-011141-0.
  • Stahel, D. (2012). Kiev 1941: Hitler's Battle for Supremacy in the East. London: Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-01459-6.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Koordinat: 50°27′13″N 30°30′59″E / 50.4536°N 30.5164°E / 50.4536; 30.5164

  1. ^ a b Glantz 1995, m/s. 293.
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2013. Dicapai pada 10 Disember 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ a b Krivosheev 1997, m/s. 260.
  4. ^ Read 2005, m/s. 731.
  5. ^ Krivosheev 1997, m/s. 114.


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan