Pertempuran Montgisard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Montgisard
Sebahagian daripada Perang Salib

The Battle of Montgisard, 1177, oleh Charles Philippe Larivière
TarikhNovember 25, 1177
Lokasi
Montgisard, dekat Ramla
Keputusan Kemenangan mutlak tentera salib
Pihak yang terlibat
Kingdom of Jerusalem
Kesatria Templar
Bani Ayyubiyyah
Komandan dan pemimpin
Baldwin IV of Jerusalem
Odo de St Amand
Raynald of Châtillon
Saladin
Kekuatan
475 orang kesatria Templar,
Beberapa ribu tentera pejalan kaki
~26,000
Kerugian dan korban
1,100 orang terbunuh
750 orang cedera
23,000

Pertempuran Montgisard berlaku antara kerajaan Bani Ayyubiyyah dan Kerajaan Baitulmaqdis pada 25 November 1177. Raja Baldwin IV yang berusia 16 tahun dan teruk diserang penyakit kusta memimpin balatentera Kristian yang besar menentang tentera Salahuddin. Tentera Islam dikejar dan mengalami kehilangan banyak nyawa, hanya sebahagian kecil yang berjaya menyelamatkan diri.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1177, Raja Baldwin IV dan Philip of Alsace yang baru sahaja tiba untuk mengerjakan haji telah merancang untuk bersekutu dengan Empayar Bizantin bagi menyerang Mesir dari laut; tetapi tiada satu pun rancangan yang membuahkan hasil.

Sementara itu, Salahuddin merancang penaklukan Kerajaan Baitulmaqdis dari Mesir. Setelah menyedari rancangan Salahuddin, Baldwin IV meninggalkan Baitulmaqdis bersama-sama hanya 375 orang kesatria menurut William of Tyre, cuba mempertahankan Ascalon, tetapi Baldwin dilengahkan oleh satu ketumbukan mengandungi 26000 orang yang dihantar Salahuddin. Turut menemani Baldwin ialah Raynald of Châtillon, penguasa Oultrejordain yang baru sahaja dibebaskan dari tahanan di Aleppo pada tahun 1176. Raynald merupakan musuh ketat Salahuddin dan seorang panglima tentera hakiki, dengan penyakit kusta yang dideritai Raja Baldwin menyebabkannya tidak begitu berkuasa untuk memimpin sendiri pasukan tentera. Turut serta ialah Odo de St Amand, ketua agung Kesatria Templar, Baldwin of Ibelin, saudaranya Balian, Reginald of Sidon dan Joscelin III of Edessa. Tentera Templar lain cuba bertemu Baldwin di Ascalon, tetapi mereka juga dikepung di Gaza.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Salahuddin terus mara ke Baitulmaqdis dengan anggapan bahawa Baldwin tidak berani mengekori beliau dengan tentera yang sedikit itu. Beliau menyerang Ramla, Lydda dan Arsuf, tetapi disebabkan Baldwin tidak dianggap memberi ancaman, beliau membenarkan tenteranya bertebaran di kawasan yang luas. Bagaimana pun, tanpa diketahui Salahuddin, ketumbukan tentera yang ditinggalkan beliau untuk menundukkan Raja Baldwin mencukupi dan kini Baldwin dan kesatria Templar mara untuk memintas beliau sebelum sampai ke Baitulmaqdis.

Tentera Kristian yang diketuai Baldwin mengejar tentera Islam di sepanjang pantai, dan akhirnya menawan mereka di Mons Gisardi berhampiran Ramla.[1] Salahuddin amat terkejut dengan kejadian ini. Pasukan tentera beliau menjadi kucar-kacir, lemah formasi dan letih akibat perjalanan yang panjang. Tentera Islam yang dalam keaadan panik, tergesa-gesa membuat barisan pertahanan melawan musuh. Bagaimana pun, dari jauh tentera Kristian berdiam diri. Raja Baldwin mengarahkan relik Salib Sebenar dijulang di hadapan tentera.[2] Raja remaja itu yang badannya telah dimamah penyakit kusta yang teruk, dibantu turun dari kudanya dan melutut di hadapan salib itu. Dia berdoa pada Tuhan agar ia menang dan bangun berdiri untuk memberi semangat kepada tenteranya. Ketika tentera Salahuddin tergesa-gesa membuat persediaan, Baldwin memulakan serangan merentasi pasir.

Tentera Baitulmaqdis merempuh tentera Islam yang sedang mengatur barisan dengan tergesa-gesa itu lalu mengorbankan banyak nyawa. Raja Baldwin yang bertempur dengan tangan berbalut untuk menutupi luka dan kudisnya, sibuk bertarung dan tentera Salahuddin dengan cepat dikalahkan. Mereka cuba melarikan diri namun ramai yang gagal. Salahuddin sahaja yang berjaya mengelakkan dirinya daripada ditawan dengan melarikan diri melalui seekor unta lumba.

Raja Baldwin mencapai kemenangan besar. Dia memusnahkan kekuatan tentera Salahuddin, menawan kafilah Salahuddin dan membunuh anak saudara beliau, Ahmad (anak Taqi al-Din).

Baldwin mengejar Salahuddin sehingga senja dan kemudian berundur ke Ascalon. Dengan ditimpa hujan lebat selama 10 hari dan derita akibat kehilangan 90 peratus tentera, Salahuddin lari kembali ke Mesir dengan diganggu puak Badwi di tengah jalan. Hanya 1/10 daripada tenteranya yang berjaya pulang ke Mesir bersama-samanya.

Akibat[sunting | sunting sumber]

Baldwin memperingati kemenangannya dengan membina sebuah biara Benedictine di medan pertempuran itu yang ditujukan pada St. Catherine of Alexandria, yang hari jamuannya jatuh pada hari pertempuran itu. Bagaimana pun, ia bukanlah kemenangan yang mudah; Roger des Moulins, ketua agung Kesatria Hospitaller melaporkan bahawa 1,100 orang telah terbunuh manakala 750 orang pulang dalam keadaan tercedera. Bimbang dengan kehilangan pegangannya di Mesir dan persekutuan dengan vasal Syrianya, Salahuddin menyebarkan propaganda bahawa tentera Kristian sebenarnya kalah dalam pertempuran itu.[perlu rujukan]

Sementara itu, Raymond III of Tripoli dan Bohemund III of Antioch menyertai Philip of Alsace dalam satu expedisi berasingan ke atas Harim di Syria; kepungan ke atas Harim berlarutan hingga tahun 1178, dan kekalahan Salahuddin di Montgisard menghalang beliau daripada membebaskan vasal Syria beliau itu. Di sebalik setahun yang agak aman, pada tahun 1179 Salahuddin mampu memperbaharui serangan ke atas kerajaan itu, termasuklah kemenangan beliau dalam Pertempuran Marj Ayyun pada tahun tersebut. Ini membawa kepada satu lagi dekad peperangan yang berakhir dengan kemenangan Salahuddin terhadap tentera salib dalam Pertempuran Hattin pada tahun 1187.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ possibly at Tell el-Jezer (Lane-Poole 1906, pp. 154–155), or Kfar Menahem (Lyons & Jackson 1982, p. 123)
  2. ^ Lane-Poole 1906, halaman 154–155

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Baha ad-Din ibn Shaddad, The Rare and Excellent History of Saladin, ed. D. S. Richards, Ashgate, 2002.
  • Willemi Tyrensis Archiepiscopi Chronicon, ed. R. B. C. Huygens. Turnholt, 1986.
  • Bernard Hamilton, The Leper King and his Heirs, Cambridge University Press, 2000.
  • Steven Runciman, A History of the Crusades, vol. II: The Kingdom of Jerusalem and the Frankish East, 1100–1187. Cambridge University Press, 1952.
  • R. C. Smail, Crusading Warfare, 1097–1193. Cambridge University Press, 1956.