Pertempuran Nahrawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertempuran Nahrawan ialah satu pertempuran antara Ali bin Abi Talib dengan kelompok Khawarij.

Ekoran penyelesaian Perang Siffin yang tidak memuaskan hati, Ali pulang ke Kufah bersama tentera beliau pada 13 Safar 37H. Semasa dalam perjalanan pulang, sekumpulan dengan jumlah 12,000 orang tentera memisahkan diri daripada barisan utama tentera.

Kumpulan itu berang dengan kesimpulan di Siffin. Mereka inilah kelompok Khawarij. Mereka adalah orang-orang sama yang meletakkan senjata mereka di medan pertempuran. Sekarang mereka pula mengatakan bahawa Ali telah mengkhianati Islam dengan persetujuan kepada perjanjian damai itu dan patut merujuk penghakiman itu pada al-Quran sahaja atau terus berperang. Mereka menuntut Ali agar beliau bertaubat daripada dosa besar ini.

Apabila pasukan tentera itu tiba berhampiran Kufah, kelompok Khawarij berkhemah di sebuah kampung bernama Harura. Mereka mula mengatakan bahawa semua orang Islam adalah setaraf dan tiada seorang pun yang dapat memerintah terhadap yang lain. Dengan ini, mereka mengecam Ali dan Muawiyah ibn Abu Sufyan dan mengatakan bahawa iman mereka adalah "La hukma illa lillah" yang bererti tiada kekuasaan melainkan Allah".

Ali mengutuskan Sa'sa'a ibn Sauhan dan Ziyad ibn Nazr al-Harisi dengan ditemani oleh Abd Allah ibn al-Abbas kepada mereka dan kemudiannya beliau sendiri berangkat ke tempat mereka dan cuba menjelaskan kepada mereka bahawa mereka tersalah faham kalimah "La hukma illa lillah", dan bahawa dalam penerimaan majlis tahkim di Siffin, beliau tidak melanggar ajaran al-Quran.

Beliau menjelaskan bahawa mereka berada dalam kesilapan, kerana mereka sepatutnya tidak meletakkan senjata dan memaksa beliau memanggil balik Malik al-Ashtar yang sudah berada di puncak kemenangan. Beliau mengingatkan mereka bahawa merekalah yang mendesak supaya majlis tahkim diadakan dan memaksa beliau untuk melantik Abu Musa al-Ash'ari sebagai wakil mereka. Beliau memberitahu mereka bahawa beliau mendapati perangai mereka sekarang adalah sangat ganjil, memikirkan penglibatan mereka di Siffin. Kepada ini mereka mengakui bahawa mereka telah berdosa tetapi sekarang mereka telah bertaubat dan beliau juga patut berbuat demikian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]