Pertempuran Orchomenus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Orchomenus
Sebahagian daripada Perang Mithridates Pertama

Peta pergerakan tentera Rom semasa pertempuran di Orchomenus
Tarikh85 SM
Lokasi
Keputusan Kemenangan Rom
Pihak yang terlibat
Republik Rom Pontus
Komandan dan pemimpin
Sulla Archelaus
Kekuatan
15,000–16,000 75,000–80,000
Kerugian dan korban
sekitar 100 besar dianggarkan sekitar 15,000

Pertempuran Orchomenus tercetus pada tahun 85 SM antara Rom dan tentera Raja Mithridates IV. Tentera Rom telah dipimpin oleh Lucius Cornelius Sulla manakala tentera Mithridates diketuai oleh Archelaus. Tentera Rom telah meraih kemenangan manakala Archelaus telah berpaling tadah menyertai Rom. Pertempuran ini menandakan berakhirnya serangan Mithridates ke atas Eropah.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Setelah berakhirnya Pertempuran Chaeronea, situasi Lucius Cornelius Sulla masih lagi goyah apabila Archelaus memperoleh bantuan ketenteraan seramai 80,000 orang dan Mithridates pula dapat menguasai laut. Sulla juga menghadapi masalah politik apabila pesaingnya di Senat telah melantik konsul Flaccus untuk menggantikannya. Flaccus kemudian telah mendarat di Yunani tidak lama kemudian. Sulla tidak akur akan penggantiannya lalu beliau telah menempatkan dirinya di tengah Greece untuk berperang dengan sama ada Archelaus atau Flaccus. Archelaus telah bersiap untuk memerangi Sulla dan beliau telah mendarat di Boeotia. Kedua-dua pihak ini bertembung di Orchomenus.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Archelaus telah mendirikan sebuah kem di utara Tasik Copais yang kini telah kering. Tentera Lucius Cornelius Sulla telah membentuk tiga barisan dan Sulla sendiri telah memimpin pasukan pedati kuda Rom. Legion Rom diarahkan untuk membina pertahanan berduri di hadapan barisan kedua pasukan dan mereka turut menggali parit di bahagian pasukan sayap untuk mengelakkan daripada serangan pintas musuh. Jeneral Pontus bertindak balas dengan mengirim pasukan kavalri yang menyasarkan pasukan sayap musuh. Apabila serangan ke atas pasukan kanan Rom telah gagal, serangan ke atas pasukan kiri Rom hampir berjaya tetapi Sulla telah menyelamatkan hari itu dengan memimpin tenteranya menuju ke medan pertempuran tersebut. Archelaus pula telah menghantar pasukan phalanx dan pedati kudanya ke tengah pertempuran. Tentera Rom kemudian berundur meninggalkan pertahanan berduri. Pedati kuda Archelaus juga panik kerana bertembung dengan pertahanan berduri Rom sebelum mereka berundur dan memusnahkan pasukan phalanx mereka sendiri. Archelaus cuba menggerakkan pasukan kavalrinya untuk membantu jantung pasukannya tetapi tindakannya hanya menambahkan panik apabila kavalri Rom kini bebas untuk melancarkan serangan balas ke atas phalanx yang telah tidak berorganisasi. Kesemua tentera Pontus dapat kembali ke kem mereka hasil bantuan barisan infantri. Sebaik sahaja tentera Pontus berada di kem, Sulla mengarahkan tenteranya untuk menggali parit bagi mengepung kem Pontus. Archelaus cuba melancarkan serangan balas untuk mengganggu kerja-kerja penggalian Rom tetapi ia berjaya ditangkis dan Rom kemudiannya menyerbu kem beliau. Ramai tentera Pontus telah terkorban dalam serbuan itu.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Mithridates IV menawarkan rundingan damai tetapi permintaan Lucius Cornelius Sulla terlalu tinggi. Hasil kekalahan dalam pertempuran ini telah melemahkan kedudukan Mithridates di Anatolia dan banyak wilayah-wilayahnya telah mengadakan pemberontakan. Pasukan Rom yang lain dipimpin oleh Flaccus telah mara menuju ke Thrake. Walaupun tentera-tenteranya telah memberontak dengan membunuh Flaccus dan menggantikannya dengan Fimbria sebaliknya, kemaraan tentera ini menuju ke Asia Kecil tetap diteruskan. Tentera Pontus yang ditugaskan untuk menentang mereka telah ditewaskan. Mithridates terpaksa menawarkan rundingan damai sekali lagi. Suatu erjanjian damai telah dimeterai di Dardanus pada tahun 85 SM. Mithridates perlu menyerahkan kesemua wilayah di Asia Kecil hasil penaklukannya yang lalu bersama dengan 80 buah kapal perang dan Pontus pula perlu membayar sebanyak 3,000 talent kepada Rom sebagai ganti rugi. Sulla kemudian berjaya memulihkan pemerintahan Rom di Asia dan berurusan dengan Fimbria. Pada tahun 84 SM, beliau kembali pulang ke Itali untuk menentang musuh politiknya. Mithridates meneruskan dua peperangan akan datang menentang Rom.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 38°29′N 22°59′E / 38.48°N 22.98°E / 38.48; 22.98