Pengepungan Orléans

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pertempuran Orléans)
Pengepungan Orléans
Sebahagian daripada Perang Seratus Tahun
Joan of Arc di Pengepungan Orléans oleh Jules Lenepveu
Joan of Arc di Pengepungan Orléans oleh Jules Eugène Lenepveu, dilukis pada 1886–1890
Tarikh12 Oktober 1428 – 8 Mei 1429
(6 bulan, 3 minggu dan 5 hari)
Lokasi
Orléans, Perancis
Keputusan Kemenangan muktamad Perancis
Pihak yang terlibat
Kerajaan beraja England Kerajaan beraja Perancis
Kerajaan beraja Scotland
Komandan dan pemimpin
Earl Salisbury 
Earl Suffolk
John Talbot
William Glasdale 
Jean de Dunois
Joan of Arc (WIA)
Gilles de Rais
Jean de Boussac
La Hire
Kekuatan
5,000[1] 6,400 askar, 3,000 rakyat bersenjata[1]
Kerugian dan korban
lebih 4,000[1] 2,000[1]

Pengepungan Orléans atau Pertempuran Orléans (12 Oktober 14288 Mei 1429) adalah kemenangan Perancis yang pertama bagi Jeanne d'Arc semasa Perang Seratus Tahun dan merupakan titik balik dalam perang antara Perancis dan England.

Setelah kematian Henry V dari England, yang telah naik takhta sebagai raja Perancis, putera Henry yang masih bayi, Henry VI dari England, dinamakan sebagai Raja Perancis. Charles VII dari Perancis, putera raja Perancis sebelumnya, Charles VI, sangat lemah dan tidak berbuat apapun untuk menuntut hak beliau sehinggalah Jeanne d'Arc, seorang gadis berusia 17 tahun yang mendakwa telah mendengar suara Tuhan, memujuk beliau untuk mengambil langkah.

Kemenangan Perancis di Orléans menjadi satu titik balik yang penting untuk pihak Perancis kerana hal ini menyuntik semangat para pendukung Charles VII. Setelah kemenangan di Orléans, Charles diangkat menjadi raja di Reims, dan Perancis memperoleh kemenangan di Paris dan Patay. Jeanne d'Arc ditangkap oleh orang-orang dari Bourgogne, dan diserahkan kepada pihak England. Jeanne d'Arc yang mengatakan bahawa beliau tidak bersalah di atas tuduhan memggunakan ilmu sihir namun dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan melawan Gereja Katolik Rom dan menjatuhkan hukuman mati ke atas beliau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Paul Charpentier et Charles Cuissard, Journal du siège d'Orléans, 1428-1429, H. Herluison, 1896. (p. 410)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]