Pertempuran Palikao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Palikao
Sebahagian daripada Perang Candu Kedua

Jambatan Palikao pada petang hari pertempuran
Tarikh21 September 1860
Lokasi
Palikao, China
Koordinat: 39°54′24″N 116°36′51″E / 39.90667°N 116.61417°E / 39.90667; 116.61417
Keputusan Kemenangan muktamad Britain-Perancis
Pihak yang terlibat
 United Kingdom
 Perancis
Qing China
Komandan dan pemimpin
United Kingdom James Hope Grant
Perancis Charles Cousin-Montauban
Sengge Rinchen
Kekuatan
10,000[1] 50,000[2]
Kerugian dan korban
Britain:[3]
2 maut
29 cedera
Perancis:[4]
3 maut
18 cedera
1,200 maut[4]
Templat:Campaignbox Second Opium War

Pertempuran Palikao (Perancis: Le Combat de Palikao, Cina ringkas: 八里桥之战Cina tradisional: 八里橋之戰pinyin: Bālǐqiáo zhī zhàn; secara harfiahnya "Battle of the Eight-Mile Bridge") berlaku di jambatan Palikao antara tentera Britain-Perancis dengan Empayar Qing semasa Perang Candu Kedua pada pagi 21 September 1860. Ia membolehkan tentera negara-negara Barat menduduki ibu kota Beijing dan akhirnya mengalahkan Empayar Qing.[5]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Tentera Britain-Perancis telah cuba selama dua tahun untuk ke Peking (kini Beijing). Pada tahun 1858, tandatangan dalam Perjanjian Tianjin telah menghentikan potensi lawatan selepas penawanan Kubu Taku yang mempertahankan Sungai Peiho, yang mana kembali semula ke bawah kekuasaan tentera Qing. Pada tahun 1859, satu cubaan bersenjata untuk memasuki sungai telah berjaya dihentikan oleh penghadang di seberang sungai yang mengakibatkan kekalahan dramatik kepada pasukan tentera Britain-Perancis apabila mereka cuba menawan semula kubu daripada arah sungai.

Berlayar daripada Hong Kong pada bulan Julai, penawanan Kubu Taku pada 21 Ogos 1860 telah membuka laluan sungai untuk ke Peking. Pihak berkuasa China di kubu telah menyerahkan kesemua 22 buah kubu di sepanjang sungai sehingga Tientsin, termasuk bandarnya.[6]:514

Tujuan ekspedisi Britain-Perancis adalah untuk memaksa kerajaan China di Peking untuk mengawasi perjanjian perdagangan yang telah ditandatangani di anatar kerajaan mereka di Tianjin pada tahun 1858, yang mana termasuk membenarkan Britain untuk terus berdagang candu di China. Leftenan Jeneral Sir Hope Grant[7] adalah komander Britain bersama dengan Charles Cousin-Montauban yang bertanggungjawab di pihak Perancis.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Pasukan berikat Britain-Perancis mara daripada Kubu Taku, dengan pasukan tentera Perancis berada di tebing sungai sebelah satu lagi manakala Britain di sebeelah yang lain. Mereka tiba di Tianjin pada 1 September 1860 dan rundingan dilakukan dengan Peking.[6]:514

Para perunding, diketuai oleh Grant di bawah panji perjanjian damai sementara, telah ditawan oleh tentera Qing yang mana dengan serta merta menyebabkan rundingan dibatalkan.[6]:514

Pasukan tentera mara daripada Tianjin dengan ddilindungi oleh kavalri dan apabila mereka tiba di Chang-Kia-Wan; mereka bertembung dengan sebuah pasukan tentera China yang besar dengan barisan depan sepanjang lima batu.[8] Terdapat pertempuran kecil berlaku antara pasukan kavalri, apabila artileri pihak Eropah berjaya mendiamkan artileri pihak China, pasukan China mula kucau-kacir dan melarikan diri.[8]

Dua hari kemudian, pada 20 September; pasukan kavalri menemui tentera China dalam kedudukan yang kukuh di hadapan terusan yang menghubungkan Peking dengan Sungai Peiho, bersama dua buah jambatan di Palikao. Pasukan tentera berikat menyerang bahagian hadapan manakala kavalri menyerang daripada sisi kiri memaksa China berundur ke belakang jambatan.[8] Tentera Britain-Perancis menyebabkan korban besar pada tentera Qing yang terperangkap di terusan. Beijing kemudian diserang selepasnya.[9]

Di pihak Qing, tentera Sengge Rinchen, termasuk kavalri elit Mongolia, dimusnahkan sepenuhnya selepas beberapa serangan hadapan yang dilakukan oleh tentera berikat.

Selepas kejadian[sunting | sunting sumber]

Dengan kemusnahan tenetera Qing, Maharaja Xianfeng melarikan diri daripada ibu kota, meninggalkan abang beliau, Putera Gong, untuk mengetuai rundingan.

Rundingan tertumpu pada pembebasan tawanan. Rundingan ini gagal dan pada 11 Oktober; para jurutera mula memecahkan tembok Peking. Semuanya telah bersedia apabila pada jam 11.30 malam pintu dibuka dan Peking menyerah diri.[6]:514

Para tawanan telah dibawa ke Kementerian Kehakiman (atau Badan Hukuman) di Beijing, di mana mereka telah dikurung dan diseksa. Parkes dan Loch kembali bersama-sama dengan 14 orang terselamat yang lain. 20 orang tawanan warga Britain, Perancis dan India telah mati. Mayat mereka sukar untuk dikenal pasti.[10]

Pasukan tentera Britain-Perancis memasuki Beijing dan menjarah Istana Musim Panas dan Istana Musim Panas Lama. Harry Smith Parkes dan tawanan diplomat yang terselamat dibebaskan, Lord Elgin telah mengarahkan Istana Musim Panas dibakar hangus, bermula pada 18 Oktober. Pemusnahan Kota Larangan juga dibincangkan, seperti dicadangkan oleh Elgin bagi mengelakkan Empayar Qing menggunakan penculikan sebagai alat tawar menawar, dan membalas dendam akan layanan buruk kepada tawanan yang ditahan oleh mereka.[11]

Komander Perancis, Cousin-Montauban kemudian dianugerahkan gelaran "Count Palikao" dan sedekad kemudian, dilantik sebagai Perdana Menteri Perancis ke-31 oleh Napoléon III.

Dalam Perjanjian Tianjin, istana Qing telah bersetuju akan kesemua tuntutan pihak Barat, termasuk bayaran ganti rugi dan menerima diplomat asing di istana maharaja di Beijing. Di sebabkan kedua-dua diplomat Qing dan Barat tidak membincangkan perdagangan candu, perjanjian ini secara efektifnya menghalalkannya.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ de Saint-Amand & Martin 1912, p. 273
  2. ^ Frontier and Overseas Expeditions from India. Volume 6. Calcutta: Superintendent Government Printing. 1911. p. 435.
  3. ^ London Gazette: no. 22452, pp. 4770–4771, 27 November 1860. Accessed 28 September 2010.
  4. ^ a b de Saint-Amand & Martin 1912, p. 277
  5. ^ Mourre 1968, p. 500
  6. ^ a b c d Porter, Maj Gen Whitworth (1889). History of the Corps of Royal Engineers Vol I. Chatham: The Institution of Royal Engineers.
  7. ^ Grant, Sir James Hope in Encyclopædia Britannica, 11th edition
  8. ^ a b c "China War 1860". 1st Queens Dragoon Guards. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2017. Dicapai pada 21 September 2016.
  9. ^ Boulger 1893, p. 383
  10. ^ Wolseley, Garnett Joseph (1862). Narrative of the war with China in 1860; to which is added the account of a short residence with the Tai-ping rebels at Nanking and a voyage from thence to Hankow (1862). London, Longman, Green, Longman, and Roberts. m/s. 276. OCLC 10947915. Dicapai pada 1 September 2009. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  11. ^ Endacott, G. B.; Carroll, John M (2005) [1962]. A biographical sketch-book of early Hong Kong. Hong Kong University Press. ISBN 978-962-209-742-1.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Boulger, Demetrius Charles (1893). China. Kessinger Publishing. ISBN 1-4179-1627-3.
  • de Saint-Amand, Imbert; Martin, Elizabeth Gilbert (1912). Napoleon III at the Height of His Power. New York: Charles Scribner's Sons.
  • Mourre, Michel (1968). Dictionnaire D'histoire Universelle. Éditions universitaires.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Luxembourg, Rosa The Accumulation of Capital Chapter 28: The introduction of the commodity economy [1]