Pertempuran Philippeville

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertempuran Philippeville merupakan suatu pertembungan dalam Perang Algeria antara pihak Perancis dan pemberontak Algeria - terutamanya Barisan Pembebasan Kebangsaan - pada 20 Ogos 1955 berpusat di bandar Philippeville dan kawasan sekitarnya.

Pertempuran ini tercetus oleh beberapa faktor, terutamanya antara masyarakat Arab asal di jajahan tersebut yang dilayan sebagai "warganegara kelas kedua" masyarakat pendatang dari negara-negara di Eropah seperti Perancis, Malta, Itali dan Sepanyol (pied-noirs atau colons). Penduduk Arab begitu tersisih dari segi hak mengundi (yang dikekang sehingga tahun 1944 dengan beberapa batasan tertentu)[1]:20 serta hak pemilikan tanah yang memenangkan pihak colons tersebut[1]:23-24 Masyarakat pied-noir tersebut pula menganggap mereka berada dalam keadaan yang diancam atau digugat ("siege mentality") oleh masyarakat majoriti Muslim yang dianggap ganas dan sentiasa bersedia mahu membunuh mereka.[1]:32-33

Kebanyakan masyarakat Muslim Algeria menganggap kejadian ini membuktikan dakwaan pihak Barisan Pembebasan tersebut mengenai sikap perkauman yang berakar dalam pihak Perancis kerana sikap tidak acuh Tentera Darat negara tersebut, lalu menghilangkan harapan mereka agar warga Algeria dilayan setaraf dengan warga Perancis.[1]:141

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Evans, Martin Algeria: France's Undeclared War, Oxford: Oxford University Press, 2012