Pertempuran Ridanieh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pertempuran Ridanieh
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah-Mamluk (1516–1517)
Tarikh 22 Januari 1517
Lokasi Ridanieh, Mesir
Hasil Kemenangan Uthmaniyyah
Pihak yang terlibat
Empayar Uthmaniyyah Mameluke Flag.svg Kesultanan Mamluk
Komandan
Fictitious Ottoman flag 1.svg Sultan Selim I
Fictitious Ottoman flag 1.svg Hadım Sinan Pasha  [1]
Mameluke Flag.svg Sultan Tuman Bay II
Mameluke Flag.svg Janbirdi al-Ghazali
Mameluke Flag.svg Shadi Baig 
Kekuatan
20,000 20,000
Korban
6,000[2] 7,000

Pertempuran Ridanieh atau Pertempuran Ridaniya (Bahasa Turki: Ridaniye Muharebesi; Bahasa Arab: معركة الريدانية‎) berlaku pada 22 Januari 1517 di Mesir. Tentera Uthmaniyyah di bawah Sultan Selim I menewaskan tentera Mamluk di bawah pimpinan Al-Ashraf Tuman bay II. Tentera Uthmaniyyah seterusnya berarak ke kota Kaherah dan kepala penguasa Mamluk yang terakhir, Tuman Bay II digantung di pintu gerbang Al Ghourieh.[3] Menurut versi yang lain, badan beliau telah digantung di pintu gerbang kota sebelum dikebumikan selepas digantung selama tiga hari.[4] Wazir Agung Uthmaniyyah Sinan Pasha telah terkorban dalam konflik ini.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Setelah kekalahan Mamluk dalam Pertempuran Khan Yunis, saki baki tentera Mamluk telah diarahkan untuk berundur ke Kaherah bagi mempertahankan kota itu. Pada masa yang sama, Tentera Laut Uthmaniyyah akhirnya tiba dan membolehkan Sultan Selim memulakan perjalannya ke Mesir. Perjalanan melalui Gurun Sinai sedikit sukar tetapi hasil bantuan tentera laut yang menyalurkan bekalan kepada pasukan pejalan kaki Uthmaniyyah di darat, mereka akhirnya sampai ke Mesir pada bulan Januari 1517.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Januari, Tuman Bay bertempur dengan pasukan Sultan Selim di Ridanieh yang terletak di pinggiran kota Kaherah. Mamluk telah membeli kira-kira 300 meriam dari Venice dan mereka telah menempatkan meriam-meriam tersebut di dalam parit. Sementara itu, Uthmaniyyah telah menempatkan meriam mereka di atas bukit. Duel meriam antara kedua-dua belah pihak berakhir dengan kejayaan Uthmaniyyah kerana Mamluk tidak mempunyai pengalaman untuk mengendalikan senjata baru itu. Tentera Uthmaniyyah seterusnya mengirimkan tembakan ke arah kavalri Mamluk yang ingin menyerang kawasan bukit dan merampas meriam Uthmaniyyah. Namun, serangan ini berjaya dipatahkan oleh askar janissari. Pada saat ini, Sultan Selim melaksanakan strategi perang muslihat yang mengejutkan tentera-tentera Mamluk. Tentera Mamluk akhirnya berpecah dan meninggalkan medan pertempuran.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ E.J. Brill's First Encyclopaedia of Islam, 1913–1936, Vol.9, Ed. Martijn Theodoor Houtsma, (BRILL, 1938), 432.
  2. ^ Dupuy, R. Ernest; Dupuy, Trevor N. (1993). The Harper Encyclopedia of Military History (ed. 4th). HarperCollins Publishers. m/s. 540.
  3. ^ Gharib, Samir (May 2000). "The Soul of Old Cairo". The UNESCO Courier. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. 53 (5): 6. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada July 8, 2008.
  4. ^ Muir, William (1896). The Mameluke; Or, Slave Dynasty of Egypt, 1260–1517, A. D. Smith, Elder. Rencana ini mengandungi teks dari sumber ini yang berada dalam domain awam.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]