Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Pertempuran Sedan (1940)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pertempuran Sedan
Sebahagian daripada Pertempuran Perancis, Barisan Barat dalam Perang Dunia II
Bundesarchiv Bild 146-1978-062-24, Floing, Pontonbrücke über die Maas.jpg
Askar Jerman bersama tawanan Perancis menyeberangi sungai Meuse pada 15 Mei 1940 berhampiran Sedan
Tarikh 12–15 Mei 1940
Lokasi Sedan dan kawasan sekitarnya, Perancis
49°42′9″N 4°56′33″E / 49.70250°N 4.94250°E / 49.70250; 4.94250Koordinat: 49°42′9″N 4°56′33″E / 49.70250°N 4.94250°E / 49.70250; 4.94250
Hasil Kemenangan muktamad Jerman[1][2]
Pihak yang terlibat
Perancis
United Kingdom United Kingdom
Jerman
Komandan
Maurice Gamelin
Perancis Charles Huntziger
Perancis Henri Giraud
Pierre Lafontaine
Perancis Marcel Têtu
Perancis Kolonel Poncelet 
P H L Playfair
Gerd von Rundstedt
Ewald von Kleist
Heinz Guderian
W. von Richthofen
Bruno Loerzer
Jerman Nazi Heinrich Krampf
Karl Weisenberger
Friedrich Kirchner
Rudolf Veiel
Jerman Nazi Ferdinand Schaal
Kekuatan
20,000 askar
300 kereta kebal
174 laras artileri[3]

152 pesawat pengebom[4][5]
250 pesawat pejuang[4][5]

60,000 askar[6]
41,000 kenderaan[7]
771 kereta kebal[8]
1,470 pesawat[3]
141 laras artileri[3]
96 bot getah
Korban
kehilangan anggota tidak diketahui
kerugian artileri tidak diketahui
kerugian kereta kebal tidak diketahui
167 pesawat[9]
120 terbunuh
400 cedera (12–14 Mei)[10]
647 terbunuh atau cedera (15–17 Mei)[11]
sekurang-kurangnya 81 bot getah[12]

Pertempuran Sedan atau Pertempuran Sedan Kedua (12–15 Mei 1940)[10][13][14] adalah satu sengketa Perang Dunia II yang diperjuangkan semasa Kempen Perancis. Pertempuran ini adalah sebahagian daripada pelan operasi Wehrmacht Jerman yang diberi nama kod Fall Gelb (Kes Kuning) untuk menyerang melalui Hutan Ardennes yang tebal dan berbukit-bukau, bagi mengepung tentera Bersekutu di Belgium dan timur laut Perancis. Kumpulan Tentera Darat A Jerman menyeberangi sungai Meuse dengan tujuan menawan Sedan dan mara arah utara ke pantai Selat, dalam usaha untuk memerangkap bala tentera Bersekutu yang sedang mara dari timur ke Belgium, sebagai sebahagian daripada strategi Rancangan Dyle Bersekutu.

Sedan terletak di tebing timur Sungai Meuse. Penaklukannya akan memberi Jerman sebuah pangkalan untuk menawan jambatan Meuse dan melintasi sungai itu. Sekiranya ini berlaku, divisyen-divisyen Jerman kemudian dapat mara ke dalam kawasan pedalaman Perancis yang terbuka dan tidak dikawal, disebalik Sedan, dan ke Selat Inggeris. Pada 12 Mei, Sedan telah ditawan tanpa tentangan. Pada hari-hari berikutnya, pihak Jerman mengalahkan pertahanan Perancis yang mengelilingi Sedan di tebing barat sungai Meuse. Ini sebahagian besarnya dicapai oleh Luftwaffe. Akibat pengeboman Jerman dan semangat yang rendah, askar pertahanan Perancis tidak mampu melancarkan pertahanan yang konsisten. Pihak Jerman menawan jambatan Meuse di Sedan membolehkan mereka menghantar pasukan tentera termasuk unit armor melintasi sungai itu. Pada 14 Mei, tentera udara Bersekutu, iaitu Tentera Udara Diraja (RAF) dan Armée de l'Air (Tentera Udara Perancis) cuba memusnahkan jambatan itu, dan menghalang bala bantuan Jerman menghampiri tebing barat. Luftwaffe mencegah mereka daripada melakukannya. Di dalam pertempuran udara yang besar, pihak Sekutu mengalami kerugian yang tinggi hingga memudaratkan kekuatan pengebom Sekutu didalam kempen ini.[15]

Penyeberangan Meuse membolehkan pihak Jerman memecah masuk kedalaman strategik, atau bahagian belakang yang tidak dikawal, dalam barisan Sekutu dan mara ke Selat Inggeris dengan tanpa tentangan yang signifikan. Pihak Perancis cuba melancarkan serangan balas terhadap pangkalan terdepan Jerman yang dikuasai, dari 15–17 Mei, tetapi ofensif ini menjadi mangsa kepada penangguhan dan kekeliruan. Lima hari selepas mengukuhkan pangkalan terdepan mereka di Sedan, pada 20 Mei, Tentera Darat Jerman tiba di Selat. Kemenangan di Sedan mencapai matlamat operasi Fall Gelb dan mengepung ketumbukan tentera terkuat Sekutu, termasuk Pasukan Ekspedisi British. Pertempuran ini memusnahkan saki baki tentera darat Perancis sebagai angkatan tempur yang efektif, dan mengusir Tentera Darat British dari benua Eropah, menyebabkan kekalahan Perancis pada Jun 1940. Pertempuran di Sedan adalah sebab utama kejatuhan Perancis.[15][16]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Frieser 2005, p. 145.
  2. ^ Mitcham 2000, p. 38.
  3. ^ a b c Frieser 2005, p. 158.
  4. ^ a b Frieser 2005, p. 179.
  5. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Healy 2007, p. 56 tidak disediakan
  6. ^ Frieser 2005, p. 157.
  7. ^ Krause and Cody 2006, p. 171.
  8. ^ Healy 2007, p. 44.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Frieser 2005, p. 181 tidak disediakan
  10. ^ a b Frieser 2005, p. 196.
  11. ^ Frieser 2005, p. 210.
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Frieser 2005, p. 168 tidak disediakan
  13. ^ Mansoor 1988, p. 1.
  14. ^ Krause and Cody 2006, p. 174.
  15. ^ a b Dear 2005, p. 326.
  16. ^ Healy 2007, p. 62.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bond, Brian & Taylor, Michael. The Battle of France and Flanders, 1940. Leo Cooper, 2001. ISBN 0-85052-811-9
  • Bond, Brian. Britain, France and Belgium, 1939–1940. London: Brassy's, 1990. ISBN 0-08-037700-9
  • Dear, Ian. The Oxford Companion to World War II. Oxford, Oxfordshire: Oxford University Press, 2001. ISBN 0-19-860446-7.
  • Ellis, Major L.F. Ed. Butler, James Ramsay Montagu. The War in France and Flanders 1939–1940. Naval & Military Press, 2004 (1954). ISBN 978-1-84574-056-6
  • Evans, Martin Marix. The Fall of France. Oxford: Osprey Publishing, 2000. ISBN 1-85532-969-7
  • Frieser, Karl-Heinz. The Blitzkrieg Legend. Naval Institute Press, 2005. ISBN 978-1-59114-294-2
  • Healy, Mark, Ed. Prigent, John &. Panzerwaffe: The Campaigns in the West 1940. Vol. 1. London: Ian Allan Publishing, 2008. ISBN 978-0-7110-3240-8
  • Hooton, E.R. Luftwaffe at War; Blitzkrieg in the West. London: Chervron/Ian Allen, 2007. ISBN 978-1-85780-272-6.
  • Hooton, E.R. Phoenix Triumphant: The Rise and Rise of the Luftwaffe. London: Brockhampton Press, 1994. ISBN 1-86019-964-X
  • Jackson, Robert. Air War Over France, 1939–1940. London: Ian Allen, 1974. ISBN 0-7110-0510-9
  • Krause, M. and Cody, P. Historical Perspectives of the Operational Art. Center of Military History Publication, 2006. ISBN 978-0-16-072564-7
  • Lormier, Dominique. La bataille de Stonne : Ardennes, Mai 1940. Librairie Académique Perrin, Paris. 2010. ISBN 978-2-262-03009-4
  • Mitcham, Samuel. German Order of Battle, Volume Two: 291st 999th Infantry Divisions, Named Infantry Divisions, and Special Divisions in WWII. Stackpole Books, 2007. ISBN 978-0-8117-3437-0
  • Mitcham, Samuel. The Panzer Legions: A Guide to the German Army Tank Divisions of World War. Stackpole Books, 2000. ISBN 978-0-8117-3353-3
  • Mansoor, Peter R. "The Second Battle of Sedan, May 1940", in the Military Review. Number 68 (June 1988), pp. 64–75.
  • Terraine, John. The Right of the Line: The Royal Air Force in the European War, 1939-1945. London: Sceptre Publishing, 1985. ISBN 0-340-41919-9
  • Ward, John. Hitler's Stuka Squadrons: The Ju 87 at war, 1936–1945. London: Eagles of War, 2004. ISBN 1-86227-246-8.

Templat:Subject bar