Pertempuran Sherramuir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pertempuran Sherramuir (asal, The Battle of Sherramuir) ialah sebuah lagu/puisi karya Robert Burns (25 Januari 1759 – 21 Julai 1796), pemuisi berbangsa Scotland, tentang Pertempuran Sheriffmuir yang berlangsung di Scotland dalam tahun 1715 semasa kemuncak pemberontakan Jacobite di England dan Scotland. Puisi ini ditulis Burns semasa beliau menjelajah Tanah Tinggi Scotland dalam tahun 1787 dan pertama kali diterbitkan dalam The Scots Musical Museum ("Muzium Muzik Scotland") dalam tahun 1790. Puisi ini ditulis untuk dinyanyikan dengan lagu Cameronian Rant ("Herdikan Cameron").

Lagu ini ditulis sebagai pengubahsuaian kritikan hebat John Barclay (1734-1798), yang disebut Dialogue Between Will Lick-Ladle and Tom Clean-Cogue. Burns tahu bahawa Pertempuran Sheriffmuir berakhir tanpa keputusan muktamad dan tidak pasti pihak mana yang meraih kemenangan. Pengetahuan ini menjadi asas tema lagu/puisi yang ditulis sebagai sebuah naratif pertempuran tersebut oleh dua orang pengembala kambing yang menceritakan apa yang berlaku dari sudut pandangan yang bertentangan.

Seorang daripada pengembala mempercayai bahawa "pihak berbaju merah dengan balung hitam"[Nota 1] menewaskan pemberontak, dan menggambarkan bagaimana mereka "mencantas Clan (suku-suku) macam sembilan pin"[Nota 2]. Pengembala yang seorang lagi pula mempercayai yang pihak Jacobite "mengejar / Penunggang kuda hingga ke sungai Forth dengan berkesudahan "...ramai yang dikejar, sang Baju Merah / Akibat ketakutan terus pengsan" [Nota 3]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asal, "the red-coat lads wi' black cockades"
  2. ^ Asal, "hough the Clans like nine-pin kyles"
  3. ^ Asal, "did pursue / The horsemen back to Forth, man" "...mony a huntit, poor Red-coat / For fear amaist did swarf, man."

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.