Pertempuran Szőlős

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pertempuran Szőlős
Sebahagian daripada Kempen Hungary 1527–1528
Tarikh 1 Mei, 1527
Lokasi near Csigérszőllős, Kerajaan Beraja Hungary (kini Romania)
Hasil Kemenangan Serbia
Pihak yang terlibat
Kerajaan Hungary di bawah Dinasti Szapolyai Empayar Serbia di bawah Jovan Nenad
Komandan
Péter Perényi Jovan Nenad
Kekuatan
10,000 kavalri, 2,000 infantri + beberapa ratus askar kerahan 15,000 (infantri dan kavalri)
Korban
3,000 Minimal

Pertempuran Szőlős atau Pertempuran Seleš (Bahasa Hungary: Szőlősi csata, Bahasa Serbia: Селешка битка (Seleška bitka)) berlaku pada 1 Mei, 1527 di antara pemberontak etnik Serbia dengan para bangsawan Hungary. Komander pasukan tentera Serbia adalah Maharaja Jovan Nenad, sementara tentera Hungary diketuai oleh Péter Perényi dari Transylvania. Tentera Hungary kekalahan teruk sementara Perényi berjaya melarikan diri.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada akhir tahun 1526. Bálint Török menyerang Subotica, ibu kota bagi wilayah yang baru diasaskan selepas kekalahan dalam Pertempuran Mohacs, dengan seramai 67 orang tentera kesatria kavalri elit. Serbia mempertahankan kota dan berjaya mematahkan serangan ini. Apabila László Csáky tiba bersama-sama dengan tambahan 300 anggota kavalri Hungary, Serbia membalas semula dengan kekuatan penuh. Csáky berjaya dikalahkan dan dibunuh.

Peristiwa ini memberi tamparan kepada para bangsawan Hungary, dan János Szapolyai telah melantik Péter Perényi sebagai ketua tentera untuk memusnahkan negara baru ini di jantungnya. Sementara itu, Jovan Nenad, yang sedar akan niat Hungary, mengumpulkan pasukan tentera yang agak besar dan mara untuk berhadapan dengan musuh beliau.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Pasukan tentera Perényi memiliki seramai 2,000 infantri dan 10,000 kavalri (terdiri daripada orang Transylvania Hungary dan Saxon) bersama-sama beberapa ribu orang askar kerahan dan bangsawan daripada kawasan Tisza. Tentera Jovan pula adalah seramai 15,000 infantri dan kavalri.

Jovan membuat serangan pertama, memusatkan tentera beliau ke atas infatri Hungary, dan kemudian berjaya menumpaskan kavalri Transylvania. Sekitar 3,000 orang tentera Hungary dan Saxon mati dalam pertempuran ini, sementara tentera Jovan mengalami jumlah korban yang kecil.

Sumber[sunting | sunting sumber]