Pertempuran Takungan Chosin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jajaran askar Divisyen Marin Pertama AS bergerak melalui garisan tentera China semasa penembusan kepungan China di Takungan Chosin

Pertempuran Takungan Chosin, juga dikenali sebagai Kempen Takungan Chosin atau Kempen Tasik Changjin (Bahasa Korea: 장진호 전투; Cina ringkas: 长津湖战役pinyin: Cháng Jīn Hú Zhànyì),[1]}} ialah pertempuran muktamad semasa Perang Korea. Sedikit masa selepas penyertaan Republik Rakyat China dalam konflik, Tentera Darat ke-9 Tentera Sukarelawan Rakyat [1] menyusup masuk ke wilayah timur laut Korea Utara dan mengejutkan Kor ke-X AS di kawasan Takungan Chosin. Satu pertempuran yang ganas berlangsung selama 17 hari dalam cuaca sejuk. Dalam tempoh antara 27 November dan 13 Disember 1950, 30,000[2] orang tentera PBB di bawah perintah Mejar Jeneral Edward Almond dikepung oleh lebih kurang 67,000[3] tentera China di bawah perintah Song Shi-Lun. Walaupun tentera China berjaya mengepung dan melebihi bilangan angkatan PBB, pihak PBB berjaya menembus pengepungan sambil menyebabakan kehilangan nyawa sebilangan besar tentera China. Pengunduran Kor ke-X dari pelabuhan Hungnam menandakan pengunduran kesemua tentera PBB dari Korea Utara.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Official Chinese sources refer to this battle as the Second Phase Campaign Eastern Sector (第二次战役东线). The Western Sector is the Battle of the Ch'ongch'on River Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "nota" defined multiple times with different content
  2. ^ Appleman, 1990, p 24
  3. ^ Appleman, 1990 p 361

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.