Pertempuran Thermopylae (191 SM)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pertempuran Thermopylae
Sebahagian daripada Perang Syria
AsiamenorEn188ACSinColores.svg
Peta Asia Kecil pada saat peperangan.
Tarikh 191 SM
Lokasi Thermopylae
Koordinat: 38°48′00″N 22°32′00″E / 38.8000°N 22.5333°E / 38.8000; 22.5333
Hasil Kemenangan Rom
Pihak yang terlibat
Republik Rom Empayar Seleucid
Liga Aetolia
Komandan
Manius Acilius Glabrio
Marcus Porcius Cato
Lucius Valerius Flaccus
Titus Quinctius Flaminius[1]
Antiochus III Agung
Kekuatan
20,000 infantri
2,000 kavalri
15 gajah perang
10,000 infantri Seleucid
2,000 infantri Aetolia
500 kavalri Seleucid
Jumlah bilangan gajah yang tidak diketahui
Korban
200 terkorban 10,000 terkorban atau ditawan

Pertempuran Thermopylae tercetus pada tahun 191 Sebelum Masihi (SM) antara tentera Rom di bawah pimpinan konsul Manius Acilius Glabrio dan tentera Seleucid yang diketuai oleh Raja Antiochus. Pertempuran ini merupakan pertempuran utama yang pertama dalam kancah Perang Syria. Kemenangan berpihak kepada Rom dan Antiochus terpaksa untuk lari mencari perlindungan dari Greece.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Antiochus menyeberangi Hellespont dan mara melalui Thessaly untuk mengepung Larissa. Rom dapat membaca pergerakannya sebelum menggunakan semua pengaruhnya untuk menghalang Makedonia dan Liga Achaea daripada menyertai tentera Seleucid. Legiun Rom yang ditempatkan di Greece di bawah pimpinan Appius Claudius bergerak menghampiri Thessaly. Antiochus pula tidak perasan bahawa betapa lemahnya tentera Rom di kawasan itu. Apabila sejumlah tentera Rom yang kecil menghampiri Larissa, beliau berasa panik dan berundur bersama dengan tenteranya menuju ke Pulau Euboea sebelum mereka menghabiskan waktu sepanjang musim sejuk di sana. Perkara ini terbukti sebagai satu kesilapan apabila tentera Rom mengambil kesempatan ini untuk menggerakkan lebih daripada 20,000 tenteranya dari Brundusium ke Apollonia pada musim bunga tahun 191 SM. Kebanyakan tentera Seleucid pada masa itu masih berada di Asia. Jadi, kedudukan Antiochus tidak tentu. Beliau hanya mempunyai 10,000 tentera untuk berhadapan dengan tentera Rom seramai 30,000 hingga 40,000 orang. Antiochus kiranya boleh memanfaatkan kelebihannya di Laut Aegea untuknya beredar ke Asia. Namun sebaliknya, beliau memilih untuk bertahan daripada legiun Rom di Thermopylae sementara menunggu kedatangan bantuan ketenteraan.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Laluan Thermopylae yang panjang dan sempit telah dihimpit oleh laut dan paya. Antiochus tahu bahawa terdapat dua laluan di kawasan pergunungan yang pernah digunakan oleh Parsi untuk memintas Sparta dalam pertempuran yang tercetus di kawasan itu pada satu kurun yang lalu. Beliau kemudian menempatkan tentera sekutunya iaitu Aetolia di situ untuk menyekat laluan tersebut. Jeneral Rom iaitu Manius Acilius Glabrio telah mengarahkan dua daripada tribunnya untuk menyerang melalui laluan itu. Walaupun salah satu daripadanya telah gagal, satu kumpulan lagi berjaya mengatasi kehebatan Aetolia. Tentera Rom yang berada di hadapan laluan Thermopylae menyerang secara berterusan kerana ia merupakan satu-satunya cara. Namun, phalanx Seleucid dapat menahan asakan legiun Rom sebelum mereka memberikan tekanan hebat ke atas musuh. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak telah ternampak tentera Aetolia yang sedang turun daripada kawasan lembah apabila mereka dikejar oleh tentera Rom. Perkara itu telah membuatkan phalanx Seleucid yang lain berundur dalam keadaan panik tetapi mereka kemudian diserbu oleh tentera Rom. Kebanyakan tentera Antiochus telah terbunuh dan ditahan sebagai tawanan perang. Raja Antiochus juga telah melarikan diri dan mencari perlindungan menuju ke Euboea.

Kekalahan Seleucid dalam pertempuran tersebut telah menjejaskan hubungan diplomatik. Aetolia telah meminta rundingan damai berasingan manakala Pergamon dan Rhodes pula bersekutu dengan Rom sekali gus menimbulkan masalah ke atas dominasi Seleucid di lautan.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Plutarch, Parallel Lives, Life of Flaminius, 15.