Pertempuran Wabash

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Little Turtle, seorang ketua puak Red Indian dalam pertempuran Wabash

Pertempuran Wabash, juga dikenali sebagai Kekalahan St. Clair, Pertempuran Sungai Wabash atau Pertempuran Seribu Pembunuhan, berlangsung pada 4 November 1791 di Northwest Territory (Wilayah Barat Laut) antara Amerika Syarikat dengan Western Confederacy (Pakatan Barat) orang asli Amerika atau Red Indian. Pertempuran ini merupakan sebahagian daripada Perang Indian Barat Laut. Pertempuran merupakan kemenangan besar pihak Indian Amerika dan kekal sebagai kekalahan paling hebat yang dialami Tentera Darat AS ditangan Indian.

Indian dipimpin oleh Little Turtle (Penyu Kecil) daripada kaum Miami, Blue Jacket (Jaket Biru) daripada kaum Shawnee dan Buckongahelas daripada kaum Lenape. Kumpulan perang Indian lebih daripada seribu pendekar, termasuk sebilangan besar Potawatomi dari Michigan timur dan sungai Saint Joseph. Lawan mereka yang terdiri daripada lebih kurang seribu orang tentera Amerika dipimpin Jeneral Arthur St. Clair. Pakatan Indian Amerika memperoleh kemenangan besar dan dari segi kehilangan nyawa berbanding kekuatan, pertempuran ini merupakan kekalahan paling teruk buat tentera AS—daripada 1,000 orang pegawai dan anggota, hanya 48 orang yang terlepas daripada kecederaan. Hasil pertempuran ini, Presiden George Washington memaksa St. Clair untuk melepaskan jawatan dan Kongres Amerika Syarikat memulakan sisatan pertamanya terhadap Badan Eksekutif kerajaan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.