Pertempuran Walaja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pertempuran Walaja
Sebahagian daripada Penyebaran Islam di Parsi
Tarikh Mei 633M
Lokasi Lembah bukit wilayah Walaja
Hasil Kemenangan tentera Islam
Perubahan
wilayah
Wilayah Walaja dikuasai oleh tentera Islam
Pihak yang terlibat
Empayar Sassanid Khulafa al-Rasyidin
Komandan
Indrazaghur Khalid Al-Walid,
Kekuatan
Sekitar 15,000 Sekitar 18,000
Korban
Sekitar 10,000 Sekitar 2,000

Pertempuran Walaja berlaku pada bulan Mei 633 M. Pertempuran ini adalah di antara tentera Islam pimpinan Khalid ibn al-Walid dengan tentera Parsi dan tentera Arab yang bersekutu dengan Parsi pimpinan Panglima Besar Indrazaghur. Kekuatan tentera Parsi dianggarkan antara 10,000 hingga 15,000 orang dan tentera Islam ialah 18,000 orang. Dalam pertempuran ini, tentera Khalid berjaya mengalahkan tentera Parsi dengan taktik yang cukup berkesan. Taktik serangan dari arah belakang secara mengejut dari dua arah yang berlainan adalah asas kepada strategi Khalid ibn al-Walid dalam pertempuran ini. Sehari sebelum hari pertempuran, Khalid ibn al-Walid menghantar dua regu tentera berkuda seramai 2,000 orang yang diketuai oleh Busr ibn Abi Rahm dan Sa'id ibn Abi Marra untuk bersembunyi di sebalik dua bukit yang terletak beberapa batu di belakang petempatan khemah tentera Parsi.

Dengan ini, tentera Parsi menganggap bahawa bilangan tentera berkuda Islam adalah berkurangan daripada yang disangka. Sebagai umpannya, Khalid melantik Adi ibn Hatim dan Asim ibn Amr untuk mengetuai tentera pejalan kaki bersama-sama sejumlah kecil tentera berkuda pimpinan Khalid untuk menghadapi tentera Parsi.

Pada hari pertempuran, ketika tentera Parsi yang sedang mengasak tentera Islam, Panglima Besar Khalid memberi isyarat kepada pasukan berkuda yang bersembunyi di sebalik bukit untuk membuat serangan balas. Indrazaghur terkejut dengan serangan dari arah belakang oleh dua pasukan berkuda tentera Islam pimpinan Busr dan Sa'id yang mana seterusnya menyebabkan kematian yang ramai bagi pihak tentera Parsi. Dalam pertempuran ini Indrazaghur terkorban.