Pertempuran di Borneo Utara berlaku semasa Perang Dunia Kedua antara Kuasa Bersekutu dan tentera Jepun. Ianya sebahagian daripada Kempen Borneo dalam Perang Pasifik, ia telah berlaku pada 10 Jun sehingga 15 Ogos 1945 di Borneo Utara (kemudiannya dikenali sebagai Sabah). Pertempuran melibatkan siri pendaratan tentera Australia pada beberapa tempat di tanah besar sekitar Teluk Brunei dan juga pada pulau-pulau yang terletak di sekitar teluk. Pertempuran yang besar berlaku dan kedua-dua belah pihak mengalami kerosakan yang agak banyak. Walau bagaimanapun akhirnya, Australia berjaya merampas kawalan rantau ini.