Pertempuran di Hutan Teutoburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertempuran Hutan Teutoburg
Sebahagian daripada the Perang Jermanik
Tarikh 9 September hingga 11 September 9 M
Lokasi Kaunti Osnabrück, Niedersachsen
Hasil Kemenangan mutlak Jermanik.
Pengunduran strategik Empayar Rom dari Germania.
Yang berperang
Puak-puak Jermanik (Cherusci, Marsi, Chatti, Bructeri, Chauci dan Sicambri) Empayar Rom
Komander dan pemimpin
Arminius Publius Quinctilius Varus
Kekuatan
17,000-25,000 3 legion Romawi,
3 ala dan
6 kohort bantuan, mungkin 20,000 - 25,000
Kerugian
Tidak diketahui; tetapi tidak sebanyak angkatan Rom lebih 20,000

Pertempuran di Hutan Teutoburg (Bahasa Jerman: Schlacht im Teutoburger Wald atau Varusschlacht) merujuk kepada pertempuran di antara tiga Legion Romawi bersama-sama pasukan sokongan di bawah pimpinan Publius Quinctilius Varus dan askar-askar Jermanik di bawah pimpinan Arminius (Bahasa Jerman: Hermann), seorang pemimpin puak Cherusci. Pertempuran ini, yang direkodkan berlaku pada musim luruh dalam tahun 9 M, menyaksikan kekalahan Jeneral Varus, sekaligus juga dikenali di dalam bahasa Latin sebagai clades Variana. Hampir satu perlapan daripada tentera Rom terkorban dalam pertempuran ini yang menamatkan usaha-usaha Rom untuk menakluki kawasan-kawasan Germania di sebelah kanan sungai Rhine hingga ke sungai Elbe. Kedudukan Hutan Teutoburg yang menjadi tempat pertempuran sebenarnya masih kabur dan pelbagai tempat di utara Jerman dan bahagian timur Belanda telah dicadangkan. Bukti-bukti terbaru menunjukkan bahawa sebahagian daripada pertempuran itu mungkin berlaku di kawasan hutan sekitar Osnabruck dalam negeri Niedersachsen.

Pertempuran ini kemudiannya mempunyai pengaruh kuat terhadap gerakan nasionalisme di negeri-negeri Jerman sekitar abad ke-19. Di samping itu, penemuan rekod sejarah yang ditulis oleh Tacitus pada abad ke-15 sebelumnya membawa kepada idea yang melambangkan puak-puak Jermanik sebagai asal usul kepada bangsa Jerman, sekaligus meningkatkan sokongan terhadap usaha-usaha penyatuan Jerman yang pada ketika itu berpecah mengikut negeri.


Flag of Germany.svg Rencana berkaitan Jerman ini merupakan rencana tunas. Bantulah Wikipedia dengan mengembangkannya.