Pertubuhan Belia Warisan dan Integrasi Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertubuhan Belia Warisan dan Integrasi Rakyat atau dikenali sebagai PERWIRA adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan dibawah akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Presiden PERWIRA masa kini adalah En Azmi Bin Murid.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum didaftarkan, PERWIRA dahulunya dikenali sebagai Gerakan Manjung atau "Manjung Force" pada tahun 2005 - 2008. Pertubuhan Belia Warisan dan Integrasi Rakyat (PERWIRA) telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 6 Mei 2009 melalui Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah En Azmi Bin Murid.

Mesyuarat agung yang pertama telah diadakan pada tahun 2009 di mana En Azmi Bin Murid telah dipilih sebagai Presiden PERWIRA yang pertama manakala En Ismail Bin Abdul Rahman dipilih sebagai Setiausaha Agung.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

(1) Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;
(2) Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain;
(3) Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat;
(4) Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;
(5) Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan;
(6) Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.

Visi PERWIRA: 'Membina Dan Melahirkan Pemimpin Muda Bagi Generasi Akan Datang'

Misi PERWIRA: 'Menggerakkan Belia Kearah Kesempurnaan Iman'

Budaya PERWIRA:

  1. Menghayati Budaya Ilmu,
  2. Menghayati Amalan Kerohanian,
  3. Memahami dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa, dan
  4. Menghayati Ruh - Jihad fi Sabilillah.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Menegak, mengembang dan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair;
  2. Menjalankan dan melaksanakan program belia dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat;
  3. Menggembleng tenaga belia seluruhnya dan mengarahkannya untuk kebaikan masyarakat;
  4. Mewakili belia-belia Malaysia di persidangan-persidangan luar negeri;
  5. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan undang-undang dan peraturan semasa;

Alamat surat-menyurat[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Belia Warisan Dan Integrasi Rakyat
No 68 Lorong Warisan 4
Fasa 3B Bandar Baru
32040 Sri Manjung Perak Darul Ridzuan
Phone: 605-688 4648
Fax: 605-688 4648


Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Daftar Persatuan Malaysia

Laman Sesawang[sunting | sunting sumber]

Laman Rasmi PERWIRA

Laman Rasmi KOPERASI PERWIRA MANJUNG BERHAD