Pertubuhan Pribumi Perkasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
ڤرتوبوهن ڤريبومي ڤرکاس
PERKASA
JenisKetuanan Melayu, politik jauh kanan, ultranasionalisme
Ibu pejabatKuala Lumpur,  Malaysia
Penubuhan
PengasasDato' Paduka Dr. Ibrahim Ali
Diasaskan12 Sept 2008
Identiti
Orang pentingDato' Ibrahim Ali (Presiden)
Syed Hassan Syed Ali (Setiausaha Agung)
Kawasan berkhidmatSeluruh Malaysia
Fokusmemansuhkan perlembagaan
MatlamatBerjuang dalam mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera
Ahli>700,000
MotoPribumi Perkasa Negara
Laman sesawangTemplat:Dalam proses penambahbaikan
Pembubaran
Dibubarkan-
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ialah sebuah pertubuhan yang bertujuan "memperjuangkan" dan "mempertahankan" hak-hak orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia.

Pengasas[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen Pasir Mas Dato' Dr. Ibrahim Ali menjadi pengasas dan presiden yang pertama Perkasa.

Dato' Dr. Ibrahim Ali merupakan bekas ahli parlimen Bebas Pasir Mas yang bertanding atas tiket PAS pada PRU12. Pada PRU13 beliau bertanding di kawasan yang sama atas tiket Bebas dan tewas kepada calun PAS.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Perkasa mendakwa melindungi hak-hak orang Melayu Malaysia daripada orang bukan Melayu. Mereka menuduh bahawa orang Melayu tidak diberi potongan kek ekonomi yang mencukupi dan isu-isu lain.

Ahli Perkasa[sunting | sunting sumber]

Ahli Perkasa sekarang 1 orang.[perlu rujukan]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Tahun 1988, Tan Sri Datuk Mohamed bin Rahmat, bekas menteri penerangan pernah memberi maklumat bahawa sebuah parti baru 'Perkasa' akan didaftarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan penyokong-penyokongnya. Tok Mat telah melawat ke kilang percetakan Utusan di Utusan Printcorp di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin. Pemimpin UMNO Team B mahu melancarkan parti baru beberapa bulan selepas Umno diharamkan. Perkara itu menjadi berita utama surat khabar Utusan Malaysia. Ekoran itu, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ibrahim Ali menuntut Utusan dan pengarangnya Rozaid Abdul Rahman memohon maaf dan menarik balik berita tersebut. Peguam bela kes itu ialah Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar.[1]

Permit akhbar[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Mac 2010, Perkasa menerima surat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri - 'Suara Perkasa'. Akhbar itu dikeluarkan setiap dua minggu.[2]

Mesyuarat Agung pertama[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mac 2010, Mesyuarat Agung pertama Perkasa diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Bagaimanapun Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat merasmikan mesyuarat ini kerana bimbang disalah anggap dan dimanipulasikan. Alternatifnya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir merasmikannya. 8,000 ahli dan 2,000 orang tetamu akan hadir.[3] Antara tokoh UMNO yang hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, Mukhriz Mahathir dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Seramai 4000 penyokong Perkasa berbaju Melayu hadir di Dewan Pusat Dagangan Dunia Putra. Replika keris besar didirikan di tengah pentas. Ibrahim Ali dengan penuh semangat menjulang dan mengucup keris untuk mempertahankan nasib Melayu.

Perkasa mendakwa memperjuangkan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Sultan menyeru Perkasa jangan terlalu ekstrem, terlalu perkauman dan hendaklah sanggup bersuara melalui saluran undang-undang sedia ada. [4]

Ibrahim Ali berkata bahawa negara Yugoslavia berpecah kerana konflik rakyat pelbagai kaum dan sosiobudaya. Perkasa membidas kerajaan yang kelihatan memberi perlindungan besar kepada pemodal bukan Melayu dan [pada masa sama menarik bantuan dan subsidi kepada orang Melayu dan Bumiputera.

Menurut PERKASA, Kerajaan Malaysia pimpinan Najib dilihat mengamalkan dasar pasaran terbuka yang dikhuatiri akan menjejaskan persaingan di kalangan golongan itu. Mereka khuatir bahawa bantuan kepada golongan majoriti dinafikan sementara golongan pemodal kaum minoriti dilindungi.

Pasaran bebas ditentang PERKASA kerana semua modal berada di kalangan syarikat besar yang "gagah" dan "dominan". Pasaran bebas dilihat akan membahayakan orang Melayu malah golongan yang tidak berada akan tertindas.

Dalam ucapannya, Ibrahim Ali merujuk kepada buku 'World On Fire' oleh Prof Amy Chua, seorang profesor Cina di Universiti Yale, Amerika Syarikat. Orang Filipina membakar kedai Cina di Filipina. Orang Indonesia turut bertindak terhadap peniaga Cina di Indonesia. Demikian juga orang Afrika Selatan membakar kedai orang India di Afrika Selatan.[5]

Kekayaan Malaysia dikuasai 60 % lebih oleh golongan Cina manakala Bumiputera masih lagi ketinggalan jauh, tak sampai pun 20 %, malah makin merosot. Model Ekonomi Baru mestilah memastikan ketidakseimbangan agihan kek ekonomi ini. Pada 9 Februari 2010, The New Straits Times melaporkan Dewan Perniagaan Cina Malaysia telah menganjurkan Seminar Model Ekonomi Baru.Seminar itu merumuskan bahawa kerajaan kena mengenepikan segala bentuk pertolongan dan mengenepikan apa jua bentuk subsidi.

Perkasa menentang perjuangan DAP yang berteraskan 'Malaysian Malaysia' yang menuntut hak sama rata antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Perkasa menuduh DAP bermatlamat untuk merampas hak keistimewaan orang Melayu dan menghapuskan raja-raja Melayu serta bertujuan menimbulkan kacau-bilau, memecahkan perpaduan antara bangsa di Malaysia.

Dua persatuan guru-guru sekolah Cina bergabung menjadi satu dan membuat pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu. Perbuatan mereka itu tidak dianggap pula sebagai rasis, tetapi disokong oleh masyarakat Cina dan akhbar-akhbar Cina. Timbul juga isu keengganan pihak pengurusan sekolah aliran Cina menerima guru bukan Cina menyebabkan berlaku kekurangan tenaga pengajar di sekolah-sekolah tersebut.[6]

Pergerakan Pemuda UMNO pula dibidas kerana dilihat tidak lagi bermaya memperjuangkan nasib Melayu.[7]

Kesan kata-kata ini, Ibrahim Ali telah dituduh sebagai seorang yang rasis serta tidak menyokong konsep 1Malaysia.

Sokongan terhadap Perkasa[sunting | sunting sumber]

Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre menjalankan kajian pada 11-27 Mac 2010 melibatkan 883 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia:

  1. Hampir 70 % pengundi Melayu di Semenanjung menyokong tuntutan Perkasa agar kerajaan tidak membuka kuota dan perlindungan ekonomi orang Melayu. Sebahagian besar yang menyokong tuntutan Perkasa itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO.
  2. 61 % orang Melayu bersetuju bahawa Perkasa boleh membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya ke-13. Perkasa sebagai NGO mampu mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu.
  3. 44 % orang Melayu setuju terhadap isu 'kaum Cina akan merampas negara' pada masa hadapan.[8]

Tentangan terhadap Perkasa[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Mac 2010, Ibrahim Ali menyatakan akan menyaman akhbar harian The Sun. Akhbar itu menuduh Ibrahim dan Perkasa mengeluarkan kad jemputan mesyuarat agung tahunan Perkasa pada 27 Mac 2010, dengan menyebut ia akan dirasmikan oleh Sultan Selangor tanpa sebarang kebenaran baginda dan pihak istana. Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj juga dikatakan menasihatkan Ibrahim supaya jangan bersikap melampau. Sultan menerima mengadap Ibrahim Ali di Istana Mestika selama 40 minit.[9]

Pada 2 April 2010, Perkasa menuntut maaf daripada timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press. Mereka melabel Perkasa sebagai NGO perkauman. Perkasa hanyalah mempertahankan pelembagaan Malaysia.[10] Teng menyifatkan ucapan perasmian oleh Tun Dr Mahathir bersifat perkauman dan menjijikkan. Perkasa disifatkan mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama dan tidak selaras dengan 1Malaysia.[11]

Pada 3 April 2010, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak memertahankan perjuangan Perkasa. Beliau menjelaskan perkara itu ketika diwawancara oleh Fauziah Ibrahim dalam rancangan 101 East, Al-Jazeera. Perkasa bukan pelampau ekstrem.[12]

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil Hulu Selangor[sunting | sunting sumber]

Selepas pilihan raya di konstituensi Hulu Selangor, Selangor, bancian menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah menang atas majoriti undian Melayu dan India, dan bahawa kebanyakan orang Cina telah mengundi parti pembangkang. Lantaran itu, Ibrahim Ali telah menuduh masyarakat Cina di Hulu Selangor "tidak mengenang budi" serta menyaran kerajaan untuk menarik balik alokasi untuk orang Cina kerana tidak menyokong Barisan Nasional. Pernyataan ini telah ditentang kuat oleh banyak parti dan juga oleh Perdana Menteri Najib.[13]

Bantahan cadangan pengeluaran lesen judi Piala Dunia[sunting | sunting sumber]

Melalui surat bantahan rasmi yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Perkasa, Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Perkasa telah mengemukakan bantahan rasmi terhadap cadangan pengeluaran lesen judi sempena pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 dengan alasan, ia membelakangi nilai dan akhlak selain kebanyakan agama telah melarang dan mengharamkan aktiviti berjudi dikalangan penganutnya [1].

Wee Meng Chee[sunting | sunting sumber]

Demonstrasi oleh Perkasa yang diketuai Arman Azha Abu Hanifah[14]

Pada 30 September 2010, Wee Meng Chee merancang melancarkan album pertamnaya di New Era College. Tunjuk perasaan anjuran Perkasa yang membabitkan 50 orang dan diketuai oleh Arman Azha Abu Hanifah telah menunjuk perasaan di depan kolej terbabit untuk menentang beliau.[14]. Perkasa turut 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap tersebut selepas album sulungnya dilancarkan, mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk mengekori ke mana saja beliau mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.[15]

Perkasa bergayut pada Dr Mahathir[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz percaya Perkasa dan Gertak bergantung kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang vokal mengkritik kerajaan. Bekas ketua Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz juga berpandangan serupa. Perkasa dan Gertak akan mati tanpa kehadiran Dr Mahathir.[16]

Mesyuarat Agung Perkasa kali ke-2[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Oktober 2011, Mesyuarat Agung Perkasa kali ke-2 diadakan di Setiawangsa . Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor merasmikannya. Turut hadir ialah Tan Sri Zainuddin Maidin, ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, Datuk Mohd Khalid Yunus, pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Usul Muhammad Zahid Md Arip agar Zulkifli Noordin dilantik sebagai Naib Presiden Perkasa mengganti Datuk Mokhtar Samad yang meletakkan jawatan, diterima sebulat suara. [17][18] Naib presiden Perkasa turut disandang oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Dr Zubir Harun, Abang Naseer Abang Hadari dan Musli Oli.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]