Pertunjukan Udara Paris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertunjukan Udara Paris
Salon International de l'Aéronautique et de l'Espace, Paris-Le Bourget
Paris Air Show 2007 01.jpg
Pertunjukan Udara Paris 2007 - hari pertama
Lokasi Paris
Negara Perancis
Laman sesawang
paris-air-show.com

Pertunjukan Udara Paris (Salon International de l'Aéronautique et de l'Espace, Paris-Le Bourget) merupakan satu acara perdagangan antarabangsa untuk perniagaan aeroangkasa. Ia diadakan di Lapangan Terbang Le Bourget berdekatan Paris, Perancis pada setiap tahun ganjil, menggilir dengan kedua-dua Pertunjukan Penerbangan dan Pameran Antarabangsa Farnborough dan Internationale Luft- und Raumfahrtausstellung Berlin (ILA).

Pertunjukan Udara Paris adalah satu pertunjukan udara komersial yang diuruskan oleh badan industri aeroangkasa Perancis Groupement des Industries Françaises Aéronautiques et Spatiales (GIFAS) yang mana tujuan utamanya adalah bagi mempertontonkan pesawat awam dan tentera kepada para pelanggan yang berpotensi. Ia merupakan salah satu pertunjukan udara yang paling berprestij di dunia; secara tradisinya, kebanyakan kontrak-kontrak jualan utama diumumkan semasa pertunjukan sebagai sebahagian daripada kaedah komunikasi korporat dari pengeluar. Kesemua pengeluar utama antarabangsa, selain angkatan bersenjata dari beberapa negara, menghadiri Pertunjukan Udara Paris.

Semasa hari penutup, selain dari pelawat industri, pertunjukan udara ini juga menarik sejumlah besar pelawat awam dari Perancis dan negara-negara Eropah yang lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]